UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

10 record(s) found

1
Abstract
Kertas kerja ini dibuat bertujuan untuk menjelaskan apresiasi sebenar dalam melihat seni folk karya En. Zahir Yusof dari sudut interdisiplin. Penjelasan ini bermula dengan pengenal pastian intraestetik karya iaitu bentuk, imej dan simbol dalam karya tersebut. Ini seterusnya membawa kepada melihat pengaruh karya tersebut terhadap institusi sosial. Pengaruh yang dimaksudkan adalah persekitaran, perilaku, keperluan serta nilai dalam seni ‘folk art’ Zahir Yusof sebagai satu unsur apresiasi ekstraestetik. Satu bentuk ‘folk art’ telah dianalisa berdasarkan konsep tema tertentu iaitu ‘decoupage'. Nilai kepercayaan mewujudkan identiti Zahir Yusof yang tersendiri terhadap gaya dan olahan idea yang dihasilkan. Penjelasan apresiasi ‘folk art’ Zahir Yusof ini memberi makna dalam aspek rupa bentuk, imej dan simbol serta meninggalkan pengaruh positif terhadap institusi sosial masyarakat pada masa kini...
Article Published 2016 2555 hits Available
2
Abstract
Kajian penyelidikan ini dijalankan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Seni dalam Bidang Reka Bentuk Industri melalui penghasilan model tiga dimensi (3D) dengan menggunakan “modelling clay” yang dihasilkan dengan menggunakan campuran silikon. Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah pelajar ISMP Seni yang mengambil mata pelajaran Lanjutan Reka Bentuk Industri. Bahan yang digunakan bagi mendapatkan kebolehgunaan dan pengaplikasian modelling clay untuk menghasilkan model 3D dalam kalangan pelajar ISMP Seni. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah pemerhatian, rakaman visual, temu bual dan pemetaan tempat. Dapatan kajian membuktikan kebolehgunaan dan pengaplikasian modelling clay dalam kalangan ISMP Seni melalui tugasan menghasilkan sebuah model kereta yang dilakukan secara berkumpulan. Penggunaan modelling clay ini telah memberi kebaikan dan peningkatan dalam menghasilkan model 3D...
Article Published 2016 2430 hits Available
5
Abstract
Kajian ini dibuat sempena pameran Negaraku 2017 di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur. Karya yang dipilih dalam pameran ini berbentuk nasionalisme mengupas tentang apreasasi karya berbentuk nasionalisme dalam pameran Negaraku 2017 memfokuskan kedua menyatakan ciri-ciri subjek nasionalisme yang terkandung dalam karya dan fokus seterusnya menginterpretasi makna karya nasionalisme dalam konteks seni moden Malaysia. Karya untuk pameran“Negaraku” bertujuan untuk mengenalpasti bentuk karya-karya  ciri-ciri subjek nasionalisme yang terkandung dalam karya-karya seni rupa di dalam pameran seni “Negaraku” dan ingin menginterpretasi makna karya nasionalisme dalam konteks seni moden Malaysia. Penyelidikmenggunakan pendekatan kualitatif kajian kes. Kaedah pengumpulan data melalui penelitian (observasi), temubual, rakaman visual dan dokumentasi. Seterusnya data ini di analisis menggunakan model kajian Edmund Burke Feldmen (1992). Manakala kajian ini menggunakan pendekatan interdisiplin .....
Article Published 2019 1184 hits Available
6
Abstract
Tesis ini bertujuan untuk mengkaji kritikan tokoh kontemporari berdasarkan logik seperti aliran moden, Muktazilah, Syiah, Anti-Hadith, orientalis dan mempertahankan semula hadith-hadith daripada sahih al-Bukhari dan sahih Muslim yang dikritik. Isu yang diketengahkan dalam tesis ini adalah untuk mengupas sangkalan kritikan yang telah dilemparkan oleh golongan kontemporari disamping mengemukakan penyelesaian dan jawapan berdasarkan sumber-sumber yang dihasilkan oleh para ulama dahulu dan kini. Justifikasi kajian ialah untuk mengenal pasti, menghuraikan faktor dan menganalisis tema hadith yang berkaitan dengan kesihatan, pencegahan penyakit, alam semesta, penciptaan insan dan sifat-sifatnya. Metodologi kajian yang digunakan berbentuk kualitatif secara penyelidikan perpustakaan. Ia menggunakan metode induktif, deduktif dan komperatif dalam menganalisa data-data penyelidikan dan membuat perbandingan terhadap kritikan tokoh kontemporari. Dapatan kajian mendapati bahawa tokoh kont.....
Thesis Published 2023 1419 hits Available
7
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kornpetensi yang dimiliki oleh Pengetua sebagai pemimpin pengajaran. Kajian ini juga memperlihatkan perbezaan antara tahap kompetensi dengan keperluan kompetensi. Tahap kompetensi di sini berdasarkan ciri-ciri latarbelakang dan hubungan antara tahap, dilihat juga keutamaan kompetensi mengikut persepsi Pengetua dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran. Pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada guru guru dari enam buah sekolah di Daerah Hulu Selangor. Kompetensi yang di kenal pasti meliputi bidang iaitu Kurikulum dan Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian Pengajaran, Perkembangan Staf, Hubungan Interpesonal, Motivasi Staf dan Pengurusan Sekolah. Untuk Penganalisaan data menggunakan Kaedah diskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (Ujian-t, Anova sehala dan Korelasi Pearson). Hasil Kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (p>O.05) di antara kompetensi dengan kepimpinan pengajara.....
Thesis Published 2005 477 hits Available
8
Abstract
Pendidikan Jasmani memainkan peranan penting dalam mendidik dan meningkatkan aspek psikomotor, afektif dan kognitif murid. Pelibatan yang aktif dalam aktiviti fizikal dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan sekaligus dapat meningkatkan skor gred pencapaian Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK). Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti keperluan untuk membina program intervensi dalam sesi memanaskan badan dalam sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) Pendidikan Jasmani. Kajian tinjauan menggunakan soal selidik ini dijalankan ke atas 110 orang Ketua Panitia Pendidikan Jasmani di negeri Pahang yang dipilih melalui pemilihan sampel bertujuan. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif. Hasil analisis menunjukkan seramai 95.1% (4.75±.43) bersetuju supaya satu program intervensi yang bersesuaian dijalankan dalam sesi memanaskan badan perlu untuk dibangunkan dalam PdPc Pendidikan Jasmani supaya dapat meningkatkan .....
Article Published 2024 447 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai kesan modul Guided Fitness and Skills Training (G-FiST). Pembinaan modul G-FiST ini adalah berdasarkan kepada model Sidek & Jamaludin. Modul G-FiST telah melalui proses kesahan pakar kandungan (96%) dan mempunyai nilai kebolehpercayaan (_=.94) yang tinggi. Kajian ini menilai kesan modul terhadap tahap kecergasan fizikal berdasarkan kesihatan dan minat terhadap aktiviti fizikal. Pendekatan kajian kuantitatif dengan reka bentuk quasiexperimental, (Pretest _ Postest Control Group Design) digunakan dalam kajian ini. Modul G-FiST mengandungi 16 aktiviti kecergasan fizikal dan lapan aktiviti kemahiran yang telah dijalankan ke atas murid tahun lima di empat buah sekolah di Daerah Bera, Pahang. Pemilihan sekolah dilakukan melalui teknik fishball draw dan pemilihan sampel seramai 160 orang dipilih berdasarkan kaedah intact sampling. Sampel terdiri daripada kumpulan rawatan (n=80) dan kumpulan kawalan (n=80). Tiga jenis instrumen digunakan iaitu mod.....
Thesis Published 2024 1193 hits Available
10
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk membina dan menilai perisian serta melihat persepsi dan minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam penggunaan perisian multimedia interaktif yang bertajuk 'Pengenalan kepada Reka Bentuk Poster'. Isi kandungan perisian ini adalah berdasarkan kepada modul sukatan mata pelajaran Grafik di Fakulti Seni dan Muzik. Multimedia interaktif yang dibina sebagai bahan kajian dibangunkan oleh penyelidik dengan menggunakan perisian Macromedia Director versi 8.5.Penyampaian konsep dalam perisian ini menggunakan Teori Konstruktivisme manakala konsep pembelajaran kendiri yang digunakan dalam perisian ini adalah berasaskan Teori Motivasi Humanistik. Penggunaan elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, dan lain-lain dalam perisian bagi meningkatkan minat dan keseronokan belajar di kalangan pengguna adalah berasaskan Model ARCS. Model reka bentuk pengajaran yang digunakan dalam perisian ini adalah berdasarkan Model Dick dan Carey.Kaedah pen.....
Thesis Published 2004 220 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.