UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

15 record(s) found

1
Abstract
Kertas kerja ini membincangkan pelaksanaan pendekatan berpusatkan pelajar yang dilihat berpotensi dalam membentuk kemahiran insaniah pelajar di Universiti Awam. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual untuk proses pengutipan data. Peserta kajian terdiri daripada seorang pensyarah Bahasa Melayu dan 21 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu di sebuah Universiti Awam. Data dianalisis berdasarkan kod dan tema yang muncul daripada data temu bual dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan pendekatan berpusatkan pelajar (PBP) yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat menggalakkan pembentukan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar, khususnya kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi dan sosial, kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah, kemahiran kepimpinan, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran teknologi maklumat. Kemahiran insaniah membolehkan seseorang pelajar menyesuaikan diri bukan sahaja dengan per.....
Article Published 2016 1804 hits Available
2
Abstract
Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan turut mendapat peluang untuk belajar dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Mereka berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan menggunakan bahasa isyarat sendiri. Perkara ini tentu menyukarkan mereka kerana tidak boleh berinteraksi secara bebas dengan orang di sekeliling mereka. Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan boleh mendapat manfaat daripada sistem pendidikan yang mereka hadiri jika guru dan murid menggunakan komunikasi augmentatif dan alternatif dalam proses P&P. Satu kajian kualitatif telah dijalankan secara naratif inkuiri sebagai kaedah kajian. Data dikumpul melalui pemerhatian di dalam bilik darjah, temu bual dan analisis bukti dokumen. Hasil kajian mendapati murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan belajar kemahiran bahasa menggunakan isyarat tangan dan berbantukan gambar yang mana boleh dianggap sebagai kaedah tradisional. Proses P&P kemahiran bukan lisan dap.....
Article Published 2012 2682 hits Available
4
Abstract
The Ministry of Education Malaysia (MoE) has suggested using Flipped Classroom (FC) teaching method as an innovation in the teaching of additional mathematics especially in algebra. The suggestion of using FC is very much related to the concept of 21th Century Classroom that emphasizes good communication, collaboration, critical as well as creative thinking. This quasi-experimental research was carried out to determine the effects of FC on the motivation of students taking additional mathematics. Treatment group (n = 36) was treated with FC methods, whereas control group (n = 34) received conventional methods of learning additional mathematics. To control the difference in dependent variables, a pre-test was given before the experiment started. After nine weeks of treatment, both groups were given a post-test. The motivational questionaire on additional mathematics was used as a tool to collect the data. In determining the difference of data between treatment and control groups, the pr.....
Article Published 2018 1327 hits Available
5
Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru-guru Bahasa Melayu tentang penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) komponen sastera (KOMSAS). Persepsi guru Bahasa Melayu ini merujuk kepada tahap pengetahuan, tahap kemahiran pelaksanaan dan tahap sikap guru dalam PdPc Bahasa Melayu menggunakan bahan KOMSAS. Sampel terdiri daripada 219 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di daerah Gua Musang (8 sekolah menengah), Kuala Krai (10 sekolah menengah) dan Machang (8 sekolah menengah) di Kelantan. Pemilihan sampel dibuat secara rawak. Pengumpulan data adalah melalui soal selidik menggunakan skala Likert 1 hingga 5. Data dianalisis dalam bentuk deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif meliputi analisis frekuensi, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan deskriptif ialah pengetahuan min 2.63, kemahiran pelaksanaan min 3.18 dan sikap min 3.63. Implikasi kajian ini ialah guru-guru Bahasa Melayu perlu diberi lebih pend.....
Article Published 2018 1220 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara Atribut Inovasi (AI), Kepimpinan Teknologi Guru (KTG) dan Integrasi Teknologi (IT) web di sekolah serta  pengaruh  AI sebagai  pengantara di antara KTG dan IT. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan  dalam kajian ini. Seramai 412 orang responden telah dipilih menggunakan dua peringkat persampelan  iaitu kluster dan berstrata. Sampel kajian terdiri daripada  guru- guru dari sekolah zon selatan  Semenanjung Malaysia yang dikategorikan sebagai lima bintang dalam  penarafan Smart School  Qualification Standards (SSQS). Tiga set instrumen iaitu National Educational Standards –  Administrator (NETS-A), Diffusion of Innovation dan Technological Pedagogical Content Knowledge  (TPACK) telah digunakan dalam kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan Model Persamaan  Struktural. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara KTG dan AI (β  =0.64, p = 0.001.....
Thesis Published 2018 4815 hits Available
7
Abstract
Kajian  simbol  kecantikan  wanita  dalam  mantera  menumpukan  penelitian  terhadap unsur  simbol  kecantikan  wanita  yang  terdapat  dalam  teks  Ulit  Mayang  Kumpulan Mantera  Melayu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji simbol kecantikan wanita dalam  mantera   berdasarkan  teori  semiotik.  Objektif  kajian  adalah  untuk  mengenal pasti  simbol  dan   menganalisis  makna  simbol  kecantikan  wanita  yang  digunakan dalam  mantera  Melayu.  Reka   bentuk  kajian  ini  adalah  bersifat  kualitatif  dengan menggunakan kajian kepustakaan bagi  menelaah bahan rujukan ahli sarjana luar dan dalam negara sebagai hujah untuk menyokong analisis  pengkaji. Analisis kandungan pula  pengkaji  secara  teliti  mengenal  pasti  simbol  dan   menganalisis  makna  simbol kecantikan wanita secara luaran dan dalaman yang terdapat dalam teks  Ulit Mayang Kumpulan  Mantera  Melayu.  Instrumen  kajian  yang  digunakan .....
Thesis Published 2020 3620 hits Available
8
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk melihat potensi penggunaan media sosial sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar Pendidikan Islam di IPT yang terpilih. Kajian ini melibatkan 146 orang pelajar yang mengambil jurusan Pendidikan Islam di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Islam Malaysia dan Kolej Universiti Islam Selangor. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisis deskriptif melibatkan penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar, persepsi pelajar terhadap sistem rangkaian media sosial sebagai bahan pdp, faktor penerimaan dan kepercayaan pelajar terhadap media sosial sebagai bahan pdp. Manakala analisis inferensi melibatkan ujian – t, ANOVA sehala dan ujian korelasi Pearson bagi menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajian menunjukkan penggunaan.....
Thesis Published 2021 17252 hits Available
9
Abstract
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis dalam kalangan murid daripada keluarga B40. Kajian kes ini djalankan di dua buah sekolah menengah kebangsaan yang dikenal pasti ramai murid B40 yang tidak tahu dan kurang lancar membaca dan menulis di daerah Hulu Langat, Selangor. Seramai 16 murid B40 tingkatan 1, iaitu 7 orang murid B40 kaum Cina, 4 orang murid B40 kaum India dan 5 orang murid B40 kaum Melayu dipilih sebagai peserta kajian. Seramai 8 orang murid B40 belajar di SMKA dan 8 orang murid B40 lagi belajar di SMKB. Temu bual berstruktur digunakan sebagai instrumen kajian. Data temu bual dianalisis secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua murid B40 kaum Cina, India dan Melayu ini mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca dan menulis yang sangat terhad dan terhad. Murid B40 Cina paling lemah kemahiran membaca dan menulis. Jika tahu menulis, mereka tidak tahu perkara yang ditulis. Murid B40 India pula, kemahiran mem.....
Article Published 2021 1665 hits Available
10
Abstract
The user interface (UI) is an access point where users interact with applications and systems. It might be as simple as a visual display overlaying on a screen, controlled by a pair of analogue potentiometers. Nowadays, UI has become a crucial component in video games and a significant factor in the user experience (UX). Users judge designs quickly and care most about usability and appeal, for instance, the surface and overall feel of a design. This research proposes an approach for evaluating UI in existing educational games that can assist educational game designers in developing even more engaging and rewarding games. The critical analysis is based on the ten (10) UI elements connected to each selected game. Simultaneously, this study describes an educational game in terms of experience and its impact on players based on UI elements. To this end, a conceptual framework for designing and developing an educational gaming platform based on the UI elements identified has been explored a.....
Article Published 2022 1023 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.