UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

4 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini telah dijlankan bagi mengenalpasti perbezaan tahap kebimbangan atlet dalam tiga tempoh yang berbeza sebelum pertandingan e-sport dalam kalangan pelajar kolej. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan tahap kebimbangan atlet e-sport pada tempoh 2 rninggu, 24 jam dan 30 rninit sebelum pertandingan. Pengkaji menggunakan soal selidik daripada Sport Competition Anxiety Test (SCAT). Semua data akan dianalisis bagi mendapatkan tiga mean dan sisihan piawai yang berbeza yang menentukan tahap kebimbangan atlet yang berbeza menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Bagi tahap kebimbangan atlet untuk 2 minggu sebelum pertandingan (M=l.28, SD=0.46) dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan atlet adalah rendah. Manakala, tahap kebimbangan atlet untuk 24 jam sebelum pertandingan (M=2.28, SD=0.46) dapatan kajian menunjukkan tahap kebimbangan atlet adalah sederhana dan tahap kebimbangan atlet untuk 30 minit sebelum pertandingan (M=2.78,.....
Final Year Project Published 2021 3979 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan membangun dan menguji keberkesanan kelas maya i-Think (ITVC) ke atas kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan minat terhadap topik elektrokimia dalam kalangan murid berbeza keupayaan spatial. Pembangunan ITVC dan kelas maya konvensional (CVC) adalah berdasarkan Model ADDIE. Keberkesanan ITVC diuji menggunakan kajian kuasi eksperimen yang melibatkan 66 orang murid tingkatan empat. Kumpulan kawalan dan rawatan masing-masing terdiri daripada 33 orang murid yang mempelajari tajuk elektrokimia secara CVC dan ITVC. Kedua-dua ITVC dan CVC dibangunkan dalam platform kelas maya Google Classroom yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. ITVC menggunakan i-Think manakala CVC menggunakan jadual perbandingan. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian keupayaan spatial, ujian KBAT elektrokimia dan soal selidik minat murid terhadap elektrokimia. Data dianalisis menggunakan ANOVA faktorial (2x2) pengukuran berulang bagi menjawab persoalan kajian. Terda.....
Thesis Published 2022 1938 hits Available
3
Abstract
Kemasukan pelancong telah menjadi isu yang semakin hangat kerana peranannya yang sangat penting dalam sektor pelancongan dan ekonomi sesebuah negara. Kesan penularan penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) terhadap aktiviti pelancongan telah menyebabkan pola kemasukan pelancongan di Malaysia menurun secara mendadak. Peramalan kemasukan pelancong dapat membantu agensi-agensi yang terlibat untuk menarik semula kemasukan pelancong dengan cara mempromosikan pakej pelancongan, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pola kemasukan pelancong di Malaysia dengan menggunakan model Holt-Winters dari Januari 2015 hingga Disember 2021. Ketepatan ramalan bagi data kajian ini diuji dengan korelasi Pearson. Hubungan bagi data sebenar dan data ramalan bagi training dan testing pada tahun 2015 - 2019 (r=0.637) adalah tinggi manakala bagi training dan testing pada tahun 2015 - 2021 (r=0.946) adalah sangat tinggi. Oleh itu, model Holt-Winters digu.....
Final Year Project Published 2023 1444 hits Available
4
Abstract
Kajian ini adalah berkaitan dengan proses pembangunan modul pembelajaran irama gitar bes bagi rentak joget. Objektif kajian pula adalah untuk menghasilkan modul pembelajaran irama gitar bes bagi rentak joget, menentukan isi kandungan modul tersebut, serta menilai kebolehgunaan modul. Instrumen kajian temu bual berstruktur, kajian perpustakaan dan juga soal selidik telah digunakan untuk mencapai objektif ini. Hasil kajian mendapati model ADDIE sesuai untuk membangunkan modul ini. Temu bual dengan pakar pula telah berjaya mengisi isi kandungan yang diperlukan modul. Dapatan menunjukkan isi kandungan modul berjaya meningkatkan kemahiran pelajar Nilai min 4.40 (sangat baik) manakala nilai min untuk aspek peningkatan minat pelajar pula adalah 3.80 (baik). Kesimpulannya, modul ini bukan sahaja memenuhi objektif kajian, malah berpotensi menjadi alat bantu pembelajaran yang signifikan dalam pendidikan muzik di peringkat sekolah menengah...
Thesis Published 2025 123 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.