AbstractKajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh faktor kos, ekonomi dan sosial terhadap
kebarangkalian lawatan dalam kalangan pelancong domestik ke Pantai Teluk Nipah,
Pulau Pangkor. Oleh itu, kajian ini menggunakan Kaedah Kos Perjalanan Individu
(ITCM) sebagai alat untuk mengira nilai ekonomi kawasan pelancongan pinggir
pantai berdasarkan perbelanjaan individu pelancong. Dengan menggunakan
pensampelan bertujuan, sebanyak 168 soal selidik diedarkan dalam kalangan
pelancong tempatan yang telah bermalam di Pulau Pangkor pada 23 hingga 27
Disember 2017. Penggunaan model kajian diadaptasi daripada kajian Raziah (2003)
yang mana model sebelum ini adalah daripada Jamal & Redzuan (1997). Namun
dalam kajian ini, terdapat beberapa item pembolehubah yang ditambah seperti kos
cenderamata, kos internet, kos telefon dan kos perbelanjaan rekreasi. Ordinary Least
Square (OLS), min dan analisis logistik dikira untuk mendapatkan kos jumlah
perbelanjaan dalam kalangan pelancong tempatan. Nilai R.....