UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

75 record(s) found

1
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan papan Periodice bagi standard kandungan Jadual berkala unsur moden bagi matamuridan sains tingkatan empat dengan kesahan yang baik dan mengenalpasti persepsi kebolehgunaan permainan papan Periodice dari segi reka bentuk, minat dan kebolehmainan. Reka bentuk kajian ialah kajian pembangunan berpandukan model reka bentuk instruksional ADDIE. Populasi kajian ialah murid tingkatan empat dari sebuah sekolah di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Keseluruhan populasi ialah sampel kajian iaitu seramai 63 orang yang dipilih menggunakan teknik pensampelan mudah. Instrumen kajian ialah borang kesahan Periodice dan soal selidik kebolehgunaan Periodice. Data kesahan dan kebolehgunaan Periodice dianalisis masing-masing menggunakan peratus persetujuan pakar dan statistik deskriptif untuk mencari nilai min, sisihan piawai dan kekerapan. Dapatan kajian menunjukkan, Periodice mempunyai nilai kesahan kandungan dan ciri istimewa yang b.....
Final Year Project Published 2024 988 hits Available
2
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kriteria kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan murid tingkatan empat yang mengambil subjek Biologi. Terdapat dua objektif bagi kajian ini iaitu 1) mengenal pasti aspek bagi kriteria kemahiran berfikir secara kritis yang terkandung dalam pemikiran murid Biologi tingkatan empat dan 2) mengenalpasti kriteria paling dominan dalam kemahiran berfikir secara kritis murid Biologi tingkatan empat. Metodologi bagi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan bertujuan yang diambil seramai lima orang murid yang mengambil subjek Biologi. Teknik persampelan bertujuan yang digunakan bagi pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif ini adalah temubual berstruktur. Kaedah yang digunakan bagi analisis data dalam kajian ini adalah kaedah tematik. Data dianalisis secara tematik berdasarkan transkrib temubual untuk memperoleh tema bagi setiap kriteria pemiki.....
Final Year Project Published 2024 986 hits Available
3
Abstract
Kajian inibertujuanuntukmembangunkanVideo EduToc bagi standardkandungan Persamaan Kimiadengannilaikesahanyangbaikdanmengenalpastipersepsi kebolehgunaan Video EduToc terhadap gurupelatih.Rekabentukkajianiniialah kajian pembangunanyangberpandukanModelADDIEdanmenggunakanpendekatan kuantitatif. Seramai30oranggurupelatihyangjugamerupakanpelajarIjazahSarjana Muda PendidikanKimiaUPSIbagisemesterenamdijadikansebagaisampeldalam mengkaji kebolehpercayaaninstrumenmanakala92daripada116oranggurupelatih semester tujuhdipilihmelaluikaedahpensampelansecararawakmudahsebagai sampel kajiansebenar.Instrumenkajianiniialahborangpenilaiankesahankandungan dan soalselidikyangdianalisismenggunakanperatuspersetujuanpakarsertaborang soal selidikpersepsikebolehgunaanyangdianalisismenggunakan IBM SPSS Statistics 27 bagi mendapatkanskormindansisihanpiawai.Dapatankajian menunjukkan kandunganvideoinidansoalselidikmendapatkesahanyangbaik dengan peratuspersetujuanpakaryangtinggiiaitu94.4%dan97.5%.Analisiska.....
Final Year Project Published 2024 1164 hits Available
4
Abstract
The internship program is commonly imposed as the partial fulfilment of a degree at the university level. It is a platform where knowledge and theory learned in the classroom can be applied to real working environments, indirectly preparing the students for their future careers. However, the increasing complexity of managing intern attendance and performance tracking in internship programs necessitates a streamlined and efficient solution. More attention should be paid to internship programs to meet the growing competitive job market's needs and fulfil the university requirements. This paper presents the development of E-Kehadiran, a web-based management system to address these challenges. The primary objective of this system is to enhance the accuracy and efficiency of attendance tracking and logbook submissions, thereby improving the overall management of internship programs. The development process involved creating a comprehensive use case diagram to identify and define the interac.....
Article Published 2024 434 hits Available
5
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penglibatan murid tingkatan empat sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam proses pembelajaran melalui kaedah Pembelajaran Hibrid Serentak (PHS). Selain itu, kajian ini juga berhasrat untuk menentukan pengaruh kawalan kendiri, interaksi pengajaran dan interaksi sosial terhadap penglibatan murid serta peramal terpenting ke atas penglibatan murid. Metodologi kajian yang digunakan ialah kaedah kajian tinjauan. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah melalui edaran soal selidik kepada 350 orang murid tingkatan empat sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang mempunyai pengalaman dalam PHS. Hasil analisis deskriptif menunjukkan skor min tahap penglibatan ialah sebanyak 3.40, iaitu berada pada tahap sederhana. Manakala hasil analisis regresi berganda menunjukkan gabungan ketiga-tiga faktor ini mempengaruhi sebanyak 53.6% penglibatan murid. Keputusan analisis juga menunjukkan bahawa kawalan ken.....
Thesis Published 2024 942 hits Available
6
Abstract
This study investigated the effect of peer interaction on mathematical understanding during learning activities among primary school students. This study gives an overview of how peer interaction impacts student understanding of mathematics. It enlightens educators and learners on the importance of communication in the teaching and learning process, especially in mathematics. The objectives of this study are to investigate students’ peer interaction during learning activities and to study the effects of their interaction on their understanding of mathematics while completing their mathematics group tasks. This study employed the qualitative approach. Four Year 5 students, aged between 10 and 11 years old, have been selected through purposive sampling as respondents. The data collected were the recorded videos of the mathematics lessons on the selected subtopics. Based on the findings, peer interaction among the respondents significantly affects their understanding. The communication .....
Article Published 2024 436 hits Available
7
Abstract
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk meneroka Video Penceritaan Digital dalam meningkatkan amalan membaca dan kemenjadian murid. Objektif kajian ini adalah meneroka kesesuaian kandungan Video Penceritaan Digital dalam meningkatkan amalan membaca dan kemenjadian murid, mengenalpasti samada Video Penceritaan Digital dapat meningkatkan amalan membaca dan meneroka kemenjadian murid dari aspek kemahiran komunikasi. Reka bentuk kualitatif dan jenis kajian kes ini menggunakan kaedah analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian dan juga deskriptif. Seramai sebelas orang responden yang terdiri daripada seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Sektor Sumber Teknologi dan Pendidikan), lima orang guru dan lima orang murid. Data dianalisis dalam bentuk analisis tematik menerusi kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kandungan Video Penceritaan Digital haruslah sesuai dari segi elemen multimedia yang baik, tidak keterlaluan serta bersesuaian dengan kognitif m.....
Thesis Published 2024 1020 hits Available
8
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membangunkan dan menilai keberkesanan kit pengaturcaraan berkonsepkan Internet of Things (IoT) melalui pendekatan pembelajaran Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM) terhadap kemahiran mengaplikasikan, menganalisis masalah, pencapaian dan sikap terhadap STEM dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) topik penyelesaian masalah pengaturcaraan. Kit pengaturcaraan dibangunkan bagi menyelesaikan salah konsep pelajar dalam menganalisis masalah aras tinggi, mereka bentuk penyelesaian dan membangunkan algoritma. Kajian ini menggunakan pendekatan Kajian Reka bentuk dan Pembangunan (DDR) dengan berpaksikan teori konstruktivisme, Model Reka bentuk dan Pengajaran Isman dan model pembelajaran 5E. Eksperimen kuasi dilaksanakan bagi menilai keberkesanan kit pengaturcaraan terhadap kemahiran mengaplikasikan dan menganalisis masalah dalam kalangan pelajar. Seramai 192 pelajar, 32 pensyarah dan empat pakar dari kolej matrikulasi zon utara te.....
Thesis Published 2024 1541 hits Available
9
Abstract
Tujuan kajian ini adalah pertama untuk mengkaji pengetahuan guru tadika terhadap aktiviti alam semula jadi kedua mengkaji strategi pengajaran guru tadika terhadap alam semula jadi dan ketiga mengkaji amalan pendidikan alam semula jadi yang dilaksanakan oleh guru, di tadika. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan rekabentuk kajian kes. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang guru dari tiga buah tadika swasta di Daerah Manjung, Perak. Data kajian diperoleh menerusi hasil pelbagai sumber termasuk temu bual separa berstruktur, pemerhatian serta analisis dokumen. Skop kajian ini terhad kepada guru tadika swasta yang menjalankan pendidikan alam semula jadi. Analisis kajian dijalankan dengan menggunakan pengkodan terbuka, pengkodan paksi dan pengkodan pilihan. Dapatan kajian pertama menunjukkan bahawa pengetahuan guru tadika berkaitan alam semula jadi adalah melalui kemahiran dan latihan yang dimiliki mereka. Dapatan kajian kedua adalah pendekatan kontekstual, baha.....
Thesis Published 2024 945 hits Available
10
Abstract
Retorik merupakan satu subbidang linguistik yang digunakan dalam sebuah penulisan untuk menampilkan penulisan yang menggunakan bahasa yang berseni, indah dan berkesan. Penggunaan retorik juga dapat menekankan penggunaan aspek kesantunan, keterampilan dan pengaplikasian bahasa yang lebih baik dalam bentuk lisan dan bukan lisan. Selain itu, pemilihan penulisan karangan adalah bersesuaian sebagai salah satu instrumen utama dalam kajian untuk membuktikan keberkesanan penggunaan retorik dalam penulisan karangan murid. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis penggunaan retorik penerangan dalam karangan Bahasa Melayu murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka. Oleh hal yang demikian, terdapat tiga objektif utama kajian ini dilakukan iaitu mengenal pasti tahap kefahaman pelajar mengenai konsep retorik penerangan dalam karangan Bahasa Melayu, menganalisis penggunaan retorik penerangan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu murid tingkatan empat di SMK Tun Haji Abdu.....
Article Published 2024 674 hits Available
First Prev
Page 1 of 8

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.