UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

29 record(s) found

1
Abstract
This research has developed an educational computer based software named FracBlock to enhance learning the topic ?fraction? for year 4. This software is used as an enhancement activity and to help students to master the topic. FracBlock software is developed based on the Multimedia Development Alessi & Trollip Model. The design of this research is Quasi Pre & Post Trial method with a controlled group. The sampel for this research is sixty students from year 4, comprising thirty for the treatment group and another thirty for the controlled group. This research also determines the change in student‘s attitude towards computer and learning mathematics after using the FracBlock software and evaluating the software. The change in attitude is measured using questionnaire which was translated from the Yong Children’s Computer Inventory and childrens attitude towards learning mathematics is measured with also a questionnaire translated from the Fennema-Sherman Attitude Scales. The quality .....
Thesis Published 2009 6835 hits Available
2
Abstract
Penelitian terhadap trend hujan jangkamasa panjang adalah penting dan relevan dalam kajian hidrologi khususnya sebagai alat untuk mengesan dan mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam sistem hidrologi. Untuk itu, data hujan bulanan dan tahunan dari tahun 1970 hingga 2007 yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dianalisis dengan menggunakan ujian statistik dan Ujian Mann-Kendall bagi mengesan perubahan (meningkat, menurun atau stabil) atau trend yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1970-2007 dengan purata tahunan 2497 mm. Rekod juga menunjukkan bahawa trend hujan yang meningkat semasa Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya dalam tempoh yang sama. Hujan maksimum adalah pada bulan April dan Oktober iaitu semasa berlakunya pertukaran monsun. Rekod juga menunjukkan kawasan Ipoh menerima hujan paling banyak semasa Monsun Timur Laut walaupun stesen hujan terletak di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia dengan purata 1016 mm. H.....
Article Published 2012 7611 hits Available
3
Abstract
Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan me.....
Book Section Published 2006 4574 hits Available
4
Abstract
Dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, isu-isu dan krisis alam sekitar hangat diperkatakan dan ia sering dikaitkan dengan proses pembangunan ekonomi dan sektoral yang berlaku di sesebuah negara atau wilayah. Dalam usaha memastikan arus pembangunan perdana sampai kepada seluruh masyarakat, kerajaan mengambil pendekatan mewujudkan kawasan/koridor pembangunan baru khususnya ke bahagian selatan dan utara dari Lembah Kelang. Dalam hal ini. Lembah Bemam menjadi fokus utama kerana kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur-Ipoh-Pelabuhan Kelang. Pelbagai projek pembangunan utama telah dirancang dan mula bertapak di Lembah Bernam seperti Taman Perindustrian Bernam, Behrang 2020 dan Bandar Proton. Lembah Bernam agak unik dari segi kedudukan kerana melibatkan kepentingan dua negeri antara Selangor dan Perak, berada di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai banyak sistem saliran yang menyokong sungai utama, iaitu Sungai Bernam, iklim mikro yang agak dingin, persekitaran yang masih seles.....
Book Section Published 2006 2908 hits Available
5
Abstract
Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, perubahan guna tanah dari perlombongan ke pembalakan, pembalakan ke pertanian,, pertanian ke petempatan dan perindustrian serta perubahan tanah pertanian tradisi ke pertanian komoditi telah menimbulkan kesan yang ketara terhadap persekitaran fizikal dan juga manusia teratama di lembangan saliran Pantai Barat, Semenanjung Malaysia. la melibatkan penurunan tahap bekalan air bersih, peningkatan tahap pencemaran air dan peningkatan iklim mikro. Bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baru di luar Lembah Klang. Kajian terhadap perubahan guna tanah pertanian ke guna tanah lain ke atas jumlah taburan hujan yang direkodkan telah dilakukan. Hasil kajian mendapati purata hujan tahunan bagi tempoh 50 tahun tidak menunjukkan perubahan yang ketara (peningkatan atau penurunan) walaupun pada awal 1990an dan seterusnya berlaku perubahan guna tanah pertanian ke petempatan dan industri. Ini dikaitkan dengan sebahagian besa.....
Monograph Published 2009 1952 hits Available
6
Abstract
Hujan merupakan salah satu elemen penting dalam proses dan perubahan bentuk bumi. Penganalisisan terhadap data hujan akan dapat menentukan pelbagai impak yang berlaku di atas permukaan bumi seperti kadar luahan, aliran permukaan, air dalam tanah, hakisan tanih, meramalkan dan menetukan kejadian banjir. Trend jangka panjang dan juga intensiti sering dikaitkan sebagai penyumbang kepada peningkatan kadar hakisan permukaan di kawasan yang dibangunkan. Dalam penulisan ini, fokus diberikan kepada tindakan hujan terhadap masalah hakisan tanih yang berlaku di tapak kampus baharu UPSI yang sedang dibangunkan. Penelitian terhadap ciri hujan, pengaruh angin monsun, trend hujan jangkamasa panjang serta perkaitan hujan dengan kejadian hakisan dilakukan. Hasil kajian menunjukkan trend hujan jangkamasa panjang di Tanjong Malim adalah meningkat dan sentiasa melebihi 2400 mm setiap tahun. Kawasan kajian sedang dibangunkan terletak di kaki bukit dan Banjaran Titiwangsa sentiasa menerima hujan lebat deng.....
Article Published 2012 3166 hits Available
7
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menilai masalah pencemaran bunyi bising trafik yang berlaku di persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia. Pemilihan kawasan kajian adalah berdasarkan faktor letakkan sekolah yang sentiasa terdedah dengan gangguan bunyi bising trafik. Sebanyak lima buah sekolah yang terletak di sekitar pusat bandar telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kaedah yang digunakan adalah dengan membuat cerapan menggunakan Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument bagi menentukan nilai maksimum (Mak), minimum (Min) dan purata keseluruhan (Leq). Pencerapan bagi setiap stesen adalah sebanyak tiga kali iaitu pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi), tengah hari (12.00 tengah hari hingga 2.00 petang) dan petang (5.00 petang hingga 7.00 petang) iaitu selama 10 minit setiap waktu pada hari bekerja dan tidak bekerja. Tujuan pemilihan tiga waktu pencerapan ini adalah untuk mendapatkan purata bagi keseluruhan hari dan membandingkan tahap bunyi bising trafik di lokasi kaj.....
Article Published 2014 4577 hits Available
8
Abstract
Pelbagai dasar pembangunan ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memberikan manfaat kepada penduduk. Aktiviti pembangunan yang dilaksanakan akan melibatkan perubahan kepada guna tanah sesuatu kawasan dan meninggalkan kesan kepada persekitaran fizikal. Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baharu bagi mengatasi kesesakan di Lembah Klang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perubahan guna tanah yang berlaku khususnya di bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam dari tahun 1984 hingga 2004 dan implikasi terhadap persekitaran. Data perubahan guna tanah diperoleh dari Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan data hujan mengikut stesen diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Analisis siri masa dilakukan bagi kesemua data bagi menilai sebarang perubahan dalam jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati guna tanah hutan semakin berkurangan di kawasan ini iaitu 689.2 km2 (1984) kepada 536 km2 (2004). Guna tanah hutan yang semakin berkura.....
Article Published 2014 3457 hits Available
9
Abstract
Kertas kerja ini mengukur impak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke atas ekonomi setempat di mukim Hulu Bernam Timur, Batang Padang, Perak. Model American Council of Education (ACE) digunakan bagi mengukur impak ekonomi keseluruhan (total economic impact) yang dijana oleh perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pelajar dan kakitangan IPT bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan di kawasan ini. Dengan menggunakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang terletak di mukim Hulu Bernam Timur, artikel ini memaparkan sejumlah RM120 juta telah dibelanjakan oleh pelajar dan kakitangan di kedua-dua IPT ini bagi tempoh setahun dan memberi sumbangan yang sangat signifikan kepada pertumbuhan ekonomi terutamanya aktiviti perniagaan di mana setakat tahun 2012 terdapat 842 premis perniagaan telah wujud di kawasan ini...
Article Published 2014 2059 hits Available
10
Abstract
Artikel ini menganalisis perubahan fungsi (ekonomi) bandar kecil di beberapa buah bandar kecil terpilih di Koridor Utara Negeri Selangor. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan, didapati fungsi-fungsi tradisional bandar kecil tersebut sudah mula berubah. Penawaran fungsi seperti kedai baja, kedai peralatan pertanian dan kedai buah-buahan semakin merosot. Sebaliknya fungsi-fungsi yang lebih bersifat global seperti pasar raya besar, penghantar cepat dan hotel semakin bertambah. Penemuan ini merupakan petunjuk awal ke arah bagi membuktikan bahawa proses globalisasi telah memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan fungsi di kawasan kajian. Ini kerana semakin banyak perubahan penawaran fungsi (dari fungsi tradisional kepada yang lebih moden) membawa maksud semakin kuat pengaruh globalisasi di kawasan tersebut dan penemuan ini penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMKL) kini mula tersebar serta memberi kesan melampaui kawasan.....
Article Published 2014 3672 hits Available
First Prev
Page 1 of 3

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.