UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
107612015
Article
Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) di Malaysia analisis hubungan keseimbangan dengan pemboleh ubah makroekonomi
Yusuf Yusni Anis, Mohd Hussin Mohd Yahya, Rambeli@Ramli Norimah,
Malaysia kini dianggap sebagai pemimpin dalam pembiayaan Islam sehingga pengalamannya merintis pelbagai cabang pembiayaan Islam dapat menjadi petunjuk kepada mereka yang sedang atau merancang untuk menurut jejak langkah Malaysia dalam bidang ini. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kewujudan hubungan jangka panjang dan pendek antara pemboleh ubah Amanah Pelaburan Hartanah Islam (Islamic Real Estate Investment Trust) dengan pemboleh ubah makroekonomi di Malaysia. Data yang digunakan dalam kajian ini adalah data bulanan dari Disember 2008 hingga Disember 2013 dan dianalisis menggunakan model Vektor Autoregresif (VAR) yang piawai. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan jangka panjang antara Amanah Pelaburan Hartanah Islam dengan Indeks Harga Pengguna, Indeks Pengeluaran Industri, Kadar Pelaburan antara Bank secara Islam, Kadar Tukaran Asing dan FTSE Bursa Malaysia Emas Syariah Indeks. Berdasarkan kepada hasil ujian VECM, didapati bahawa IREIT bukan penyebab Granger jangka pen.....

2401 hits

107622015
Thesis
Pelaksanaan modul projek penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah
Azizah Zain
Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi, kemahiran sosial dan penglibatan kanak-kanak prasekolah melalui aktiviti 'hands-on '. Kaedah kajian yang digunakan adalah etnografi berdasarkan Teori Konstruktivisme dan Teori Interaksionalis. Subjek kajian terdiri daripada sepuluh orang kanak-kanak prasekolah di sebuah sekolah di daerah Kota Setaro Data primer terdiri daripada data pemerhatian, data temu bual dan data analisis dokumen. Kesemua data dianalisis menggunakan perisian Atlas Ti.O.7. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan aktiviti yang terdapat dalam Modul Projek Penyiasatan meningkatkan komunikasi kanak-kanak dengan guru, rakan dan persekitaran mereka. Kesan terhadap peningkatan komunikasi, keyakinan kanak-kanak berkomunikasi bersama individu lain bertambah baik. Dapatan juga menunjukkan komunikasi yang berlaku semasa aktiviti projek meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kanak-kanak terhadap topik yang diminati. Di samping itu.....

2817 hits

107632015
Thesis
Pola asuhan dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak tadika bandar Palembang Indonesia
Soeparno, Nofita Anggraini
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan pola asuhan ibu bapa dengan pemerolehan bahasa kanak-kanak berlandaskan teori Halliday (1984). Teori ini menekankan pemerolehan bahasa kanak-kanak berdasarkan tujuh fungsi bahasa. Ketujuh-tujuh fungsi bahasa ini dijadikan konstruk pemboleh ubah bersandar kajian iaitu fungsi Imaginasi, Informasi, Heuristikal, Personal, Interaksi, Peraturan, Instrumental. Manakala pola asuh demokratikal, authoritarian, permisif dijadikan pemboleh ubah tidak bersandar kajian. Kaedah kuantitatif melalui tinjauan digunakan dengan mengemukakan boring soal selidik dan pemerhatian ke atas 20 bapa 25 ibu. Lokasi kajian dijalankan di Tadika Chandra Jaya di Bandar Palembang Indonesia. Data dikumpul melalui boring soal selidik terdiri dari tiga bahagian iaitu demografi ibu bapa, item pola asuh, item pemerolehan bahasa. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS Version 20. Analisis statistik deskriptif frekuensi, peratusan digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Manakal.....

1349 hits

107642014
Thesis
Teaching and learning mathematics and science in a second or third language
Zuraini Ramli
Teaching and learning in a second or a third language is not an easy task. Literatures have indicated that teachers and students involved have to struggle in order to cope with a language policy that requires them to teach or learn in an unfamiliar language. There is no doubt that in the learning process, language is the most powerful tool to deliver knowledge and skills. It becomes more difficult for learning to occur effectively if the language of instruction becomes a barrier to the learners. This study focuses on the teaching and learning of mathematics and science in English in Malaysia, where English is a second or a third language to both teachers and students. The main aim of this research is to investigate how languages are used in mathematics and science classes taught in a second or third language, and to understand how these are supported with multimodal resources. This study employed qualitative methods, involving a multiple case study and interpretive research paradigm. A.....

2069 hits

107652015
Thesis
Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen untuk menilai pembelajaran Geometri tingkatan 1
Leow, Tze Wei
Kajian ini bertujuan membina instrumen untuk: menilai murid dalam pembelajaran geometri tingkatan 1 dan menentukan kesahan kandungan dan kebolehpercayaannya. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini adalah berpandukan Model Penilaian Konteks-Input-Proses-Produk (KIPP). Kajian ini terbahagi kepada tiga fasa iaitu, kajian literatur, pembinaan instrumen kajian dan analisis kesahan kandungan dan kebolehpercayaan instrumen. Instrumen yang dibina adalah berbentuk rubrik dua lapis. Dapatan daripada kajian literatur menunjukkan terdapat lima konstruk iaitu, pengetahuan sedia ada murid, kefahaman murid dalam geometri, gaya pembelajaran murid, sikap pembelajaran murid serta pendekatan pengajaran guru. Sebanyak 79 item telah dibangunkan dalam instrumen ini. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesemua lima panel pakar dalam bidang Pendidikan Matematik bersetuju bahawa instrumen yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang boleh diterima. Manakala, pekali kebolehpercayaan i.....

1354 hits

107662014
Article
Keberkesanan program Pusat Islam dalam membentuk sahsiah pelajar kajian perbandingan antara UPSI dan UKM
Abd Ghani Abd Rahman,
Sahsiah yang baik ialah aset yang sangat penting pada diri seseorang pelajar. Kejayaan seseorang pelajar itu tidak hanya diukur berdasarkan ketinggian ilmu pengetahuannya, namun is juga diukur dari sudut ketinggian sahsiahnya. Selain peranan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu sendiri, Pusat Islam di sesebuah IPT itu juga sebenarnya sangat berperanan dalam membentuk sahsiah pelajar, kerana banyak program yang dijalankannya menjurus ke arah itu. Kajian ini melihat sejauhmanakah peranan yang dimainkan oleh Pusat Islam di dua buah IPTA iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi merialisasikannya. Kajian ini bersifat kualitatif dan kuantitatif iaitu menggunakan metode exploratory melibatkan kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian ini menggunakan soal selidik dan juga analisis komparatif untuk membuat perbandingan. Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat keberkesanan perjalanan bentuk program keagamaan dan kemasyarakatan yang.....

1192 hits

107672014
Article
Kegiatan ekonomi di Kelantan, 1950-an hingga 1970-an
Hasan Haryati,
Artikel ini membincangkan kegiatan ekonomi Kelantan pada tempoh 1950-an hingga 1970-an. Pertanian sara diri merupakan kegiatan ekonomi utama di Kelantan pada sebelum tahun 1950. Ciri-ciri perpetanian dan pedesaan ini kekal sehinggalah menjelang pasta kemerdekaan. Keadaan ini memberikan keunikannya tersendiri kepada negeri tersebut khususnya dalam mempengaruhi sosiobudaya masyarakatnya. Selepas tahun 1950 keadaan masih tidak banyak berubah. Orang Melayu Kelantan rata-rata tinggal di kawasan luar bandar dengan pertanian masih merupakan mata pencarian yang utama. Hanya sebilangan kecil yang menetap di bandar dan melibatkan diri dalam lapangan perniagaan, perburuhan dan menjawat jawatan dalam perkhidmatan kerajaan. Ekonomi secukup hidup ini sedikit sebanyak telah merencatkan usaha kerajaan membangunkan negeri tersebut. Kadar penghijrahan yang tinggi dan kemiskinan dalam kalangan rakyatnya menggambarkan realiti dan situasi sebenar keadaan ekonomi Kelantan pada tempoh tersebut...

1188 hits

107682014
Article
Kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dan efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional
Soffi Siti N. Shahshina, M. Sharif Ahmad,
Kejayaan transformasi pendidikan vokasional yang dilancar oleh kerajaan Malaysia pada 2014, banyak bergantung kepada daya kepimpinan pengarah dan prestasi tenaga pengajar kolej vokasional yang dinaik taraf. Sejajar dengan senario masa kini, kajian ini berhasrat untuk menyingkap kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional dan juga efikasi kendiri pensyarah kolej vokasional. Kajian ini juga bertujuan untuk mengukur pengaruh kepimpinan transformasi pengarah kolej vokasional terhadap efikasi kendiri pensyarah kolej. Sampel kajian terdiri daripada 152 orang pensyarah yang dipilih secara rawak daripada tujuh buah kolej vokasional di Negeri Sembilan dan Melaka. Borang soal selidik mengandungi dua instrumen, Multifactor-Leadership Questionnaire (MLQ) dan Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) masing-masing bagi mengukur tahap kepimpinan transformasi dan efikasi kendiri. Analisis data melibatkan kekerapan, min, peratusan, sisihan piawai, ujian-t, ANOVA dan regrasi berganda. Kajian menunju.....

1126 hits

107692014
Article
Kesan pembandaran terhadap pembentukan Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu
Ibrahim Mohd Hairy, Ismail Kamarul, Nazari Siti Shazlina,
Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesan aktiviti pembandaran terhadap fenomena Pulau Haba Bandar di Kuala Terengganu. Matlamat kajian ini adalah mengenal pasti pembentukan fenomena Pulau Haba Bandar (PHB) yang berlaku di Kuala Terengganu kesan daripada aktiviti pembandaran di bandar ini. Kajian ini melibatkan dua data utama iaitu data primer melalui kajian lapangan dan data sekunder daripada Majlis Pembandaran Kuala Terengganu (MBKT). Kaedah rentasan suhu di lapangan dilakukan menggunakan kenderaan bermotor yang melibatkan sembilan buah stesen pencerapan yang meliputi kawasan pusat bandar hingga ke pinggir bandar bagi mengukur suhu, kelembapan bandingan dan kelajuan angin selama dua minggu bermula dari 25 Jun 2013 hingga 8 Julai 2013. Waktu data dikutip adalah dua kali sehari iaitu pada waktu siang dan malam antara pukul 12:00-14:00 dan 19:00-21:00. Data ini dianalisis dengan menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS), Microsoft Window Excel dan perisian Geographic I.....

2502 hits

107702014
Article
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Abdullah Norazilawati, Mohd Noh Noraini, Hamzah Mahizer, Nik Yusuf Nik Azmah, Omar Rumaizah,
Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengkaji tahap kesediaan guru sains dan matematik Tahun 3 dari aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kesediaan guru dengan pengalaman mengajar. Seramai 256 orang guru sains dan matematik di daerah Seremban telah dipilih secara rawak berstrata bagi menjayakan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik. Data dianalisis menggunakan Statistik diskriptif iaitu frekuensi, min dan sisihan piawai serta statistic inferensi iaitu korelasi Pearson. Dapatan hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru Sains dan Matematik Tahun 3 di Seremban dari segi pengetahuan dan kemahiran berada pada tahap sederhana manakala aspek minat dan sikap berada pada tahap tinggi. Melalui korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan dan minat terhadap pengalaman mengajar ma.....

4089 hits

[ First ] [ Prev ] Page 1077 of 1191 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.