UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
21112024
Final Year Project
Faktor pengambilan makanan segera dalam kalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Nur Haziqah Hamzah
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengambilan makanan segera oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam masa seminggu. Selain itu juga, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor dominan dalam pengambilan makanan segera oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan tahun akhir di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Seterusnya, kajian ini telah dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melibatkan 375 pelajar di peringkat sarjana muda daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) tahun akhir dan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini melalui satu instrumen sahaja iaitu borang soal selidik. Data kajian telah dikumpul, diproses dan dianalisis sepenuhnya menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 25.0. Data dianalisis menggunakan analisis statistik deskript.....

857 hits

21122024
Final Year Project
Hubungan antara pengurusan masa, pengurusan diri dan hubungan sosial dengan prestasi akademik dalam kalangan mahasiswa sarjana muda yang bekerja sambilan di Universiti Pendidikan Sultan Idris
Nur Annisa Abdullah
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengurusan masa, pengurusan diri dan hubungan sosial pelajar sekiranya bekerja sambilan. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk menganalisis perbezaan prestasi akademik antara pelajar yang bekerja sambilan dan tidak bekerja sambilan. Seterusnya, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti hubungan antara pengurusan masa, pengurusan diri dan hubungan sosial dengan prestasi akademik sekiranya pelajar bekerja sambilan. Kajian ini telah dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melibatkan 377 pelajar di peringkat sarjana muda daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP). Teknik persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak berstrata. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini menggunakan instrumen borang soal selidik. Data kajian telah dikumpul, diproses, dan dianalisis sepenuhnya menggunakan Pakej Statistik Sains S.....

901 hits

2113Final Year Project
Hubungan antara tekanan akademik terhadap kesejahteraan diri pelajar: tinjauan persepsi terhadap pelajar Ijazah Sarjana Muda pendidikan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UPSI
Farra Faeka Mohamad Yazid
Kajian ini dijalankan untuk menentukan hubungan tekanan akademik terhadap kesejahteraan diri pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, UPSI. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang melibatkan 150 orang mahasiswa yang dipilih menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 25 untuk menguji hubungan antara tekanan akademik terhadap kesejahteraan diri pelajar. Analisis korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis mengenai tekanan akademik terhadap kesejahteraan diri pelajar. Kekuatan hubungan antara beban tugas dengan kesejahteraan diri menunjukkan hubungan yang sederhana dengan nilai 0.576 diikuti harapan ibu bapa dengan nilai 0.511. Bagi peperiksaan, kekuatan hubungan berada pada tahap yang lemah dengan nilai 0.308. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara beban tugas, peperiksaan dan harapan ibu bapa terhadap kesej.....

521 hits

21142024
Final Year Project
Hubungan antara motivasi penggunaan pembelajaran mudah alih (M-learning) dan motivasi pelajar Universiti Pendidikan premier Malaysia
Puvaneswary Segaran
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara motivasi dalam penggunaan pembelajaran mudah alih (M-learning) dan motivasi pelajar universiti pendidikan premier Malaysia. Responden kajian ini adalah seramai 348 orang pelajar yang terdiri daripada 123 orang lelaki dan 225 orang perempuan dari semester 4 hingga semester 8, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan menggunakan teknik persampelan berstrata. Kajian ini menggunakan soal selidik skala likert lima mata untuk mendapatkan data dalam bentuk skor min dan sisihan piawai. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk alat kajian yang digunakan adalah 0.94. Dapatan analisis deskriptif kajian ini menunjukkan kesemua konstruk menunjukkan nilai skor min yang tinggi, iaitu kemudahan penggunaan pada 4.39, kebolehgunaan pada 4.36, pengaruh sosial pada 4.33 dan interaktiviti pembelajaran pada 4.11. Keputusan analisis korelasi Pearson pula menunjukkan r =.53 dan p = .001 iaitu terdapat hubungan yang positif antara motivasi penggunaan .....

557 hits

21152009
Thesis
Respons murid tahun lima terhadap program nilam di daerah Bentong
Johari Sidek
Kajian ini diusahakan  untuk mengkaji keberkesanan Program Nilam yang dilaksanakan di sekolah   rendah. Kajian yang dijalankan ini adalah  kajian  tinjauan. Kajian  ini dijalankan  di empat  buah  sekolah  rendah. Bagi  tujuan  mendapatkan  persampelan, sebanyak 120 orang murid Tahun Lima telah  dikenal pasti bagi tujuan tersebut. Sampel­ sampel berkenaan terdiri daripada taburan komposisi  jantina yang seimbang. Sampel­ sampel tersebut juga mewakili tiga kumpulan belajar yang utama, iaitu  potensi, sederhana dan cemerlang. Soalan-soalan  kajian yang diutarakan  berhubung demografi sampel  sebagai pemboleh ubah. Seterusnya, soalan-soalan kajian meninjau genre bacaan yang sering  dimanafaatkan oleh kumpulan sampel. Selain itu, soalan kajian juga mencakupi ruang  lingkup   kefahaman  sampel  terhadap  pelaksanaan  Program  Nilam  yang dilaksanakan di sekolah. Selain itu,  penglibatan murid terhadap pelaksanaan program tersebut sama ada di sekolah .....

386 hits

21162007
Thesis
Kekangan pengurusan sekolah kurang murid sekolah jenis kebangsaan Cina di negeri Perak
Lier Giew Leong
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kekangan pengurusan sekolah kurang murid di sekolah Jenis  Kebangsaan Cina di Negeri Perak. Kajian ini adalah bertumpu kepada kekangan fizikal, tanggungjawab,  emosi dan psikologi ke atas pengurusan sekolah kurang murid. Seramai 65 orang Guru Besar daripada 74 buah sekolah kurang murid SJK(C) di Negeri Perak. telah  memberi respon terhadap kajian ini. Kajian ini telah dijalankan dengan menggunakan satu set soal  selidik yang mengandungi 54 item.yang dibahagi kepada empat bahagian, iaitu bahagian A mempunyai 14  item mengenai maklumat sekolah, bahagian B mempunyai 6 item mengenai maklumat fizikal sekolah,   bahagian  C  mempunyai  12  item  mengenai  maklumat  kekangan tanggungjawab, dan bahagian D  mempunyai 22 item yang mengukur keletihan emosi, depersonalisasi dan pencapaian responden. Hasil dapatan kajian ialah pengurus-pengurus SKM SJK(C) di Negeri Perak menghadapi kekangan fizikal  dan tanggungjawab semasa menjalank.....

334 hits

21172007
Thesis
Ekspresi seni kanak kanak prasekolah dalam aktiviti seni: satu kajian kes
Muhammad Sukri Osman
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji  ekspresi seni kanak-kanak prasekolah dalam aktiviti  seni iaitu dengan melihat aktiviti seni yang dilakukan di samping turut mengkaji bentuk ekspresi dan  unsur yang wujud dalam ekspresi seni tersebut. Kajian ini melibatkan  5 orang responden  yang terdiri daripada  kanak-kanak  prasekolah  Sri Cempaka, Institut Perguruan Perlis, Perlis. Menerusi  kajian literature yang dijalankan, penyelidik mengklafikasikan aktiviti seni Yang dilakukan adalah  berdasarkan sukatan pelajaran iaitu mengikut bidang menggambar, membuat corak rekaan dan membuat  bentuk binaan. Pada keseluruhannya kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah  kajian kes iaitu dengan menggunakan teknik pemerhatian dan temubual. Analisisis data secara  interpretasi diskriptif digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan seberapa tepat yang mungkin  tentang apa yang dikaji serta menstrukturkan semula data dalam bentuk realiti yang mudah difaha.....

441 hits

21182007
Thesis
Tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru guru sekolah menengah daerah Kota Bharu, Kelantan
Salmah Jaafar
Kajian bematlamat untuk melihat orientasi tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan  kepuasan kerja guru di beberapa buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Dimensi tingkah laku  kepimpinan yang dikaji ialah tingkah laku kepimpinan pendayatamaan struktur dan tingkah laku  kepimpinan timbang rasa. Manakala tahap kepuasan kerja guru berdasarkan aspek faktor pendorong dan  faktor higien. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan tingkah laku kepimpinan pengetua dan  kepuasan kerja guru. Kajian turut melihat perbezaan tingkah laku kepimpinan pengetua berdasarkan  ciri-ciri demografi seperti klasifikasi sekolah dan jantina pengetua. Seramai 315 guru dari 27 buah  sekolah menengah yang terletak di daerah Kota Bharu dipilih sebagai responden.. Instrumen kajian  terdiri daripada soal selidik •The Leader Behaviour Description Questionaire' (LBDQJ untuk mengukur  dimensi  tingkah  laku  kepimpinan  pendayautamaan  struktur  dan  tingkah  laku kepim.....

483 hits

21192005
Thesis
Penggunaan multimedia di kalangan guru guru PPSMI di sekolah sekolah menengah daerah Larut, Matang dan Selama, Perak
Baharuddin Hashim
Kejayaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)  bergantung kepada usaha guru mengintegrasikan pelbagai kaedah pengajaran  yang berkesan dalam  pengajaran mereka  termasuk penggunaan pakej peralatan multimedia yang dibekalkan oleh Kementerian  Pelajaran Malaysia seperti komputer bimbit, projektor LCD dan CD perisian pembelajaran. Kajian ini  bertujuan melihat kekerapan penggunaan pakej multimedia tersebut di samping faktor-faktor yang  mendorong penggunaannya iaitu faktor persepsi guru, faktor kemahiran, faktor kursus dan faktor  pentadbiran. Kaedah tinjauan secara soal-selidik telah dijalankan di kalangan empat puluh empat  orang guru yang mengajar Sains atau Matematik dalam Bahasa lnggeris di enam buah sekolah menengah  di Daerah Larut Matang Dan Selama, Perak. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian  SPSS untuk mengira min, sisihan piawai, peratusan dan ujian-t. Antara dapatan kajian ialah: (a) gur.....

286 hits

21202006
Thesis
Pengaruh situasi kerja dan gerak balas terhadap stress di kalangan pengetua di Daerah Kuala Kangsar: satu tinjauan
Mohd Yusof Din
Objektif kajian ini untuk mengenal pasti pengaruh situasi kerja dan gerak balasnya terhadap stres  di kalangan pengetua di Daerah Kuala Kangsar. Soal selidik yang diubah suai daripada Gmelch dan  Swent (Administrative Stress Index dan Coping Stress Preference) telah digunakan sebagai instrumen  kajian.  Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu faktor demografi (pemboleh ubah  bebas), faktor situasi kerja (pemboleh ubah bersandar) dan tindak balas terhadap stres (pemboleh  ubah bersandar). Seramai 20 orang pengetua di Daerah Kuala Kangsar telah dipilih sebagai sampel  dalam kajian ini.  Sebanyak lima soalan kajian telah ditimbulkan dan sepuluh hipotesis telah  dibentuk.  Hipotesis ini telah diuji menggunakan Ujian t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson.  Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor situasi kerja mempengaruhi stres pengetua-pengetua di Dearah Kuala Kangsar.  ..

249 hits

[ First ] [ Prev ] Page 212 of 1110 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.