UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
31612023
Article
Pengaruh tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan Pelajar Universiti
Sa’odah Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tekanan akademik, keyakinan tingkah laku akademik dan kebimbangan dalam kalangan pelajar universiti. Reka bentuk kajian ini adalah bukan eksperimen dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk pengumpulan data. Terdapat 209 pelajar yang terlibat dalam kajian dan mereka telah dipilih melalui persampelan rawak berstrata. Skala Persepsi Tekanan Akademik (PAS) telah digunakan untuk mengukur tekanan akademik, Skala Keyakinan Tingkah Laku Akademik telah digunakan untuk mengukur keyakinan akademik dan Skala Kemurungan, Kebimbangan dan Tekanan (DASS-21) (skala kebimbangan) telah digunakan untuk mengukur tahap kebimbangan pelajar. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tekanan akademik tahap sederhana dan keyakinan tingkah laku akademik tahap rendah. Tekanan akademik dan keyakinan tingkah laku akademik didapati mempunyai hubungan yang positif dan sederhana dengan kebimbangan pelajar. Has.....

564 hits

31622023
Article
Pembentukan model kejurulatihan Sekolah Sukan Malaysia penerokaan jurulatih elit dalam pembangunan atlet murid
Abdul Rahaman Mohamed
Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang amat menghargai bakat dan kebolehan semula jadi masyarakatnya yang berbilang kaum dalam pelbagai bidang, salah satunya adalah bidang sukan. Usaha untuk memperkasakan bidang sukan di peringkat sekolah dalam usaha mengoptimalkan keberhasilan dan pencapaian atlet murid dalam pelbagai bidang sukan perlu dimulakan. Oleh yang demikian, satu kertas konsep disediakan untuk mengkaji jurulatih elit di Sekolah Sukan Malaysia dalam membangunkan atlet murid yang berbakat. Kertas konsep ini akan membincangkan keseluruhan proses kajian ini. Pada dasarnya kajian ini akan dijalankan menggunakan Kaedah Kualitatif melalui pendekatan Evolved Grounded Theory oleh Strauss dan Corbin (1990, 1998, 2008) dan The Coaching Model (Cote et al., 1995) serta melibatkan jurulatih elit Sekolah Sukan Malaysia sebagai subjek kajian. Melalui kertas konsep ini, penerangan lanjut akan diberikan mengenai pengenalan, pernyataan masalah, objektif, metodologi, dapatan kajian, per.....

358 hits

31632023
Article
Environment Education for Sustainable Development (SD) among Primary School Teachers
Asmanira Yaacob
Environment Education is a priority for sustainable development at primary school level in line with UNESCO to produce citizens with sustainable lifestyles. This study aims to identify the level of knowledge, attitude and practice/behaviour among primary school teachers regarding the environmental education for sustainable development. It then also analysed the relationship between the level of knowledge, attitude and practice/behavior of sustainable development. Data were obtained quantitatively through a questionnaire survey where 300 teachers were randomly selected to be involved in this survey. The result showed that the level of knowledge of sustainable development among primary school teachers is high with the mean value of 3.80. The level of attitude sustainable development is also at a high level with the mean at 3.70 meanwhile the level of practice/behavior, sustainable development at moderate level with the mean of 3.25. This study also revealed that there is a strong and sig.....

393 hits

31642023
Article
Dark triad and sport performance among Pakistani players mediating role of antisocial behavior a conceptual study
Naila Nazar
    The study will measure the association between dark triad and sport performance among Pakistani players with mediating role of antisocial behavior. The total sample (N= 495) of Pakistani players will be recruited from an affiliation with a university institute, or club, and national players will be selected in this research. The age range will be 18-35 years of participants. Three instruments will be used to collect the data, Short Dark Triad, and Sport Performance Scale. While in this study Antisocial Behavior Scale will be developed and validated. This study will be conducted in two phases. The phase-1 comprised the exploratory sequential mixed methods research design (tool development) used to explore the domains of antisocial behavior, develop, and validate the antisocial behavior scale. While, phase-2, is quantitative and cross-sectional in nature. The methods and procedures adopted for both phases are given separately. Considering the literature review and objectives of t.....

493 hits

31652004
Thesis
Pembangunan dan pengujian perisian \edutaiment\ interaktif : kemahiran proses sains asas awal kanak-kanak
Fadhlina Mohd Razali
Teknologi  multimedia  merupakan  satu  paradigma  baru  dalam  pengajaran  dan pembelajaran.  Antara teknologi multimedia yang amat popular ialah pembangunan perisian kursus.Guru bertindak  sebagai fasilitator manakala pelajar membina maklumat berasaskan pengetahuan sedia ada mereka.  Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik kerana adanya gabungan elemen-elemen multimedia seperti  teks, grafik, audio dan animasi serta elemen interaktif yang membolehkan pelajar berkomunikasi  secara dua hala dengan perisian. Pengajaran dan pembelajaran yang baik di peringkat pra-sekolah  pula akan  menjadi  asas  kepada  kejayaan  di sekolah.  Antara  kaedah pengajaran  dan  pembelajaran yang diminati oleh kanak-kanak ialah penceritaan. Cerita merupakan satu blok  pengetahuan serta asas memori dan pembelajaran. Cerita mengandungi nilai-nilai kebijaksanaan,  kepercayaan dan moral. Sebagai peralatan pembelajaran, penceritaan dapat menggalakkan kanak-kanak  untuk meng.....

516 hits

31662010
Thesis
Keberkesanan strategi pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan pembangunan kompetensi pelajar dalam mata pelajaran prinsip perakaunan
Heilmann Zulkifli
Kajian eksperimen ini telah menguji keberkesanan strategi pembelajaran masteri terhadap pencapaian dan pembangunan kompetensi pelajar. Kompetensi yang dikaji ialah kemahiran menyelesaikan  masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja kumpulan dan kemahiran kepimpinan. Tujuan utama  penyelidikan ini  adalah untuk  membandingkan strategi pembelajaran masteri dengan strategi  pembelajaran tradisional dalam pendidikan perakaunan, dengan melihat kesan kedua-dua strategi  pembelajaran terhadap pencapaian prestasi dan pencapaian kompetensi pelajar. Kaedah yang digunakan  di dalam kajian ini berbentuk kuasi eksperimen yang berlangsung selama lapan minggu dan melibatkan  68 orang pelajar. Data dikutip menggunakan soal selidik dan ujian prestasi. Data dianalisis  menggunakan ujian-t dan analisis kovarians (ANCOVA). Dapatan kajian menunjukkan pencapaian prestasi  dan pencapaian kompetensi pelajar kumpulan strategi pembelajaran masteri lebih tinggi dan  signifikan berband.....

481 hits

31672012
Thesis
Kesan poligami terhadap kebajikan anak-anak daerah hilir Perak
Noor Aznan Nordin
Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pelaksanaan tanggungjawab bapa berpoligami dalam menjaga kebajikan anak-anak mereka di Daerah Hilir Perak. Empat aspek kebajikan yang dikaji iaitu; pendidikan formal, Pendidikan agama, nafkah dan kasih sayang serta perhatian terhadap anak-anak. Kajian ini melibatkan anak-anak dalam keluarga berpoligami di sekolah rendah Daerah Hilir Perak. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan semasa iaitu kuantitatif dan kualitatif dan sampelnya terdiri daripada 80 murid di Daerah Hilir Perak. Temubual dijalankan ke atas suami yang berpoligami, isteri dan juga Timbalan Pegawai Tadbir Agama Daerah Hilir Perak. Data soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan statistik diskriptif seperti peratus dan frekuensi. Analisis Ujian t (t-test) juga digunakan untuk melihat perbezaan pelaksanaan setiap tanggungjawab bapa berkenaan dengan kebajikan anak-anak. Dapatan kajian deskriptif menunjukkan keseluruhan peratusan dan skor min pada tahap sederha.....

511 hits

31682012
Thesis
Pembangunan modul ICTL berasaskan pendekatan pengajaran langsung dan teori konstruktivisme untuk pelajar orang asli
Nurul Nisha Muhammad
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan program Information and Communication Technology Literacy (ICTL) for Secondary School dalam usaha melengkapkan pelajar  dengan kemahiran asas teknologi maklumat dan komunikasi. Namun perkara ini masih asing bagi pelajar  di luar bandar terutamanya masyarakat orang Asli. Mereka masih jauh ketinggalan dari segi teknologi  ICT. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul ICTL berasaskan pendekatan pengajaran  langsung dan teori konstruktivisme untuk digunakan oleh guru yang mengajar pelajar orang Asli  tingkatan satu dan menilai kepenggunaan modul tersebut berdasarkan atribut kemudahgunaan dan sikap  pelajar. Model ADDIE digunakan sebagai asas kepada pembangunan modul. Manakala kaedah pemerhatian,  temubual dan penilaian hasil kerja pelajar digunakan semasa penilaian kepenggunaan modul  dijalankan. Sampel kajian terdiri daripada lima pelajar orang Asli Tingkatan Satu dari sebuah  sekolah menengah di da.....

719 hits

31692011
Thesis
Pembangunan blog sebagai platform penulisan karangan oleh pelajar-pelajar bukan melayu
Lee, Hooi Ching
Kemunculan teknologi Web 2.0 telah mengubah corak penggunaan internet. Tanpa perlu pengetahuan dan kemahiran teknikal, sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet boleh  menyampaikan pandangan mereka dalam web. Satu aplikasi popular teknologi Web 2.0 ialah blog dan  ciri asas blog adalah untuk penulisan. Di Barat, banyak kajian telah dijalankan tentang penggunaan  blog dalam proses pengajaran  dan  pembelajaran.  Keberkesanan  penggunaan  blog  dalam  proses  pengajaran dan pembelajaran di Malaysia terutamanya dalam bidang penulisan karangan Bahasa Melayu  tidak lagi diterokai. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan menggunakan model ADDIE dalam  membangunkan blog sebagai platform untuk penulisan karangan Bahasa Melayu dan meninjau persepsi  pelajar tentang penulisan karangan dan penggunaan blog dalam penulisan serta menguji  keberkesanannya. Kajian ini berbentuk kajian kuasi eksperimental dengan sampel kajian terdiri  daripada 84 orang pelajar bukan Melayu. In.....

467 hits

31702013
Thesis
Analisis hubungan tabiat pemegang kad kredit dengan faktor demografi dan faktor pendapatan: kajian kes Seremban, Negeri Sembilan
Ahmad Hafiz Mohamad Khidzir
Objektif kajian ini ialah ingin mengenal pasti motif pemilikan kad kredit dikalangan pemilik kad kredit, melihat corak perbelanjaan dan pendapatan pemilik kad kredit dan mengenal   pasti  hubungan  tabiat  pembayaran  kad  kredit  dengan  faktor-faktor demografi dan ekonomi. Bagi  mencapai objektif kajian, tiga jenis analisis dijalankan. Analisis pertama ialah analisis motif  pemilikan kad kredit, diikuti oleh analisis kedua iaitu analisis corak perbelanjaan pemegang kad  kredit dan akhir sekali analisis ketiga ialah analisis hubungan tabiat pembayaran kad kredit dengan  faktor-faktor demografi dan faktor ekonomi. Ujian-ujian yang terlibat dalam ketiga-tiga analisis  ini ialah ujian deskriptif dan ujian penjadualan bersilang. Kajian ini menggunakan borang soal-  selidik sebagai bahan instrumen dan telah melibatkan 300 orang responden. Kaedah kutipan data  bersifat “non-random”. Keputusan-keputusan utama yang diperoleh dari analisis ini adalah seperti  ber.....

729 hits

[ First ] [ Prev ] Page 317 of 1118 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.