UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

Today's popular searches:
Komunikasi PENDIDIKAN matematik Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara pembangunan
ismail man Kurikulum Ahmad Hashim M K Ahmad PENDIDIKAN ISLAM

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
38912021
thesis
Keberkesanan program latihan keseimbangan terhadap risiko terjatuh dalam kalangan warga tua
Loh, Siew Lee
Keseimbangan postur merupakan satu proses yang kompleks. Berkeupayaan untuk bergerak tanpa bantuan merupakan asas pengawalan keseimbangan. Kawalan keseimbangan merosot apabila umur seseorang semakin meningkat dan boleh menyebabkan risiko terjatuh. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan Program Latihan Keseimbangan (PLK) dalam peningkatan kawalan keseimbangan statik, dinamik dan tahap kefungsian keseimbangan bagi mencegah risiko terjatuh dalam kalangan warga tua. Kajian ini berbentuk eksperimen benar menggunakan praujian dan pascaujian dengan kumpulan kawalan. Seramai 78 orang warga tua yang berumur 65-85 tahun mengambil bahagian secara sukarela dalam kajian ini. Mereka diagihkan secara rawak kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Eksperimen (EG), Kumpulan Plasebo (PG) dan Kumpulan Kawalan (CG). EG menerima intervensi PLK, PG menerima intervensi Program Latihan Plasebo dan CG tidak menerima sebarang intervensi, tetapi mengekalkan aktiviti normal. Intervensi bagi EG da.....

995 hits

38922021
thesis
Kesan penggunaan emoji senyum reka bentuk flat dan skeuomorphism dalam poster kesedaran terhadap emosi pelajar
Noorlida Daud
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan emoji senyum reka bentuk flat dan skeumorphism dalam poster kesedaran terhadap emosi, empati serta pengaruh emosi akibat dari reka bentuk emoji yang berbeza terhadap empati pengguna. Enam poster kesedaran keselamatan dengan enam reka bentuk emoji senyum yang berbeza iaitu emoji garis, emoji garis berwarna, emoji vektor, emoji garis dan bayang, emoji tiga dimensi (3D) dan emoji realistik telah dibangunkan, diuji dan dibandingkan. Reka bentuk eksperimen kuasi telah digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian yang dibina. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan analisis statistik one-way ANOVA, ujian post hoc dan analisis regresi berdasarkan model Baron dan Kenny. Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar kejuruteraan tahun satu di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Manakala, sampel kajian pula terdiri daripada 700 orang pelajar dari dua buah kampus cawangan UiTM yang dipilih secara persampelan berperingka.....

1026 hits

38932021
thesis
Pengaruh faktor orientasi strategik, kepimpinan transformasional dan sumber organisasi ke arah pemerkasaan aktiviti ekonomi masjid di negeri Selangor
Ahmad Raflis Che Omar
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan faktor orientasi strategik, kepimpinan transformasional dan sumber organisasi dengan prestasi aktiviti ekonomi masjid. Pengaruh faktor persekitaran organisasi sebagai pemboleh ubah pengantara turut diuji. Kerangka kerja kajian ini dibina berasaskan Teori Kontingensi yang diintegrasikan bersama Teori Resource Based View (RBV), Prinsip Pembangunan Ekonomi Islam dan Teori Kepimpinan Transformasional. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik yang telah dijawab oleh 134 orang wakil jawatankuasa kariah dari lima daerah di negeri Selangor. Data-data telah dikumpulkan berdasarkan kaedah persampelan kawasan (area sampling). Statistik deskriptif dan inferens iaitu Partial Least Square-Structural Equation Modelling (PLS-SEM) digunakan untuk menganalisis objektif kajian. Keputusan ujian hipotesis menunjukkan pemboleh ubah orientasi strategik dan sumber organisasi berhubung secara signifikan dengan prestasi bukan kewangan dengan ni.....

929 hits

38942021
thesis
The effect of multiple-intelligence and mediating role of thinking skills on thinking patterns among tenth-grade students in private schools in Abu Dhabi
Dawandeh, Ali Mohammed Ahmed
This study aimed at modelling the relationship between multiple-intelligence and thinking skills and its influence on developing patterns of thinking among the 10th-grade students in private schools in Abu Dhabi. The researcher used descriptive approach. Structure equation modelling was used in analysing correlation coefficients between variables to direct or indirect effects, as well as evaluating the relative importance of independent variables in interpreting the total variation of the dependent variable. The study sample constitutes of 350 students from five private schools in Abu Dhabi. The study used three instruments, namely Gardner’s multiple-intelligence scale, the thinking skills scale, and the thinking patterns scale. Data were also analyzed using descriptive statistics, correlation coefficient and Amos. The results showed significant positive relationship between multiple intelligences (IV) and thinking patterns (DV) through critical thinking as the MV. A direct.....

880 hits

38952020
thesis
Dysfunctional martial relationship in Edward Albee\'s plays: a psychoanalytic analysis
Rakhees, Arafat Abdali
The aim of this study was to investigate dysfunctional marital relationships in Edward Albee's plays using psychoanalytic analysis. Who's Afraid of Virginia Woolf?, The Ballad of The Sad  Café, A Delicate Balance and The Goat, or Who IS Sylvia? were Albee's plays that were selected for  this study. A Freudian psychoanalytic theory of personality was used to examine the psyches of the  couples' characters in order to reveal the psychological reasons behind their dysfunctional marital  relationships. The findings of the study exposed that each one of married couples has undergone  traumatic experiences in the past, a matter which affected their personalities. The spouses   suffered  from  turbulent  childhood,  intrapsychic  conflicts,  unresolved complexes, and sexual  deviations. Consequently, most of them were dominated by the id and have weak superegos. Besides,  the study uncovered the connection between Albee's personal life and the selected plays, and show.....

583 hits

38962021
thesis
Human resource management practices towards organizational performance for academicians in Malaysia public universities
Mohamad Suwardi Mohamad Yusof
This aimed of this study is to examine the relationship between Human Resource Management (HRM) practices on organizational performance (OP) in 20 Malaysian public universities. HRM practices such as recruitment and selection (RS), training and development (TD), reward and recognition (RR), as well as work environment (AE) are said to be factors in improving the performance capabilities of academicians. The OP evaluation was evaluated in this study based on a strategic planning and management system methodology known as the Balanced Scorecard (BSC) which consists of four perspectives namely financial, customers, internal processes and learning and growth. A quantitative survey study was conducted on 383 academicians selected from 20 Malaysian public universities based on proportional stratified random sampling technique. Questionnaires using 6 point Likert scale were distributed using official emails of academicians. Correlation and multiple regression analyses were perform.....

819 hits

38972021
thesis
Tahap kefahaman dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) guru Bahasa Cina sekolah menengah
Tan, Alex Siaw Wei
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap kefahaman dan pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pembelajaran dan pemudahcaraan guru Bahasa Cina sekolah menengah di negeri Selangor. Seramai 183 orang guru Bahasa Cina daripada 147 buah sekolah menengah di Selangor menjadi respoden kajian. Kajian ini merupakan gabungan kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual sebagai metodologi dalam kajian ini. Analisis deskriptif dilaksanakan untuk melihat nilai min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan bagi mengenal pasti tahap kefahaman dan pelaksanaan penerapan KBAT guru-guru Bahasa Cina di sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pemahaman dan pengetahuan guru terhadap KBAT yang semakin tinggi akan memberi kesan yang positif dalam pelaksanaan KBAT dalam kalangan guru Bahasa Cina di sekolah menengah. Ini dapat dibuktikan melalui analisis statistik deskriptif dengan skor min purata 3.70 bagi tahap kefahaman guru.....

1496 hits

38982021
thesis
Falsafah tradisional Vietnam dalam perjuangan kemerdekaan Ho Chi Minh 1954-1969
Raja Nor Azura Raja Ismail
Kajian ini bertujuan untuk menilai kepentingan falsafah tradisional Vietnam dalam perjuangan kemerdekaan Ho Chi Minh menentang Perancis. Ia memfokuskan tentang sumbangan falsafah tradisional Vietnam dalam menjayakan usaha perjuangan kemerdekaan pimpinan Ho Chi Minh 1954-1969. Kajian ini menggunakan metodologi sejarah yang bersifat kualitatif. Metodologi sejarah terdiri daripada empat elemen utama iaitu heuristik, kritikan sumber, pentafsiran dan penulisan sejarah. Proses heuristik yang utama dalam kajian ini adalah mengunakan kaedah kepustakaan, iaitu kajian terhadap sumber bertulis. Sumber bertulis yang digunakan ialah sumber primer dan sekunder. Sumber primer terdiri daripada dokumen tentang idea perjuangan Ho Chi Minh dan falsafah tradisional Vietnam. Ia termasuk teks ucapan dan ceramah, naskah puisi Nguyen Trai dan akhbar. Sumber kedua pula daripada jurnal, buku, majalah dan tesis yang tidak diterbitkan. Bahan yang diperolehi seterusnya dinilai dari segi kesahihan dan k.....

863 hits

38992021
thesis
Isu sosial dalam hubungan Malaysia-Australia era kepemimpinan Mahathir Mohamad, 1981-2003
Elena Cheah
Kajian ini bertujuan menganalisis isu sosial yang mengesani hubungan Malaysia- Australia semasa pemerintahan Mahathir Mohamad antara 1981 hingga 2003. Isu sosial yang diberi tumpuan ialah pelarian, perundangan dan pendidikan. Kajian ini turut menilai setiap langkah yang diambil oleh kedua negara khususnya pemimpin Malaysia yang menerima kesan langsung daripada kemunculan isu tersebut. Kajian ini menggunakan metodologi Sejarah dengan pendekatan kualitatif. Kaedah sejarah meliputi empat peringkat iaitu heuristik atau pengumpulan bahan, kritikan sumber, pentafsiran sumber dan diakhiri dengan penulisan sejarah atau historiografi. Sesuai dengan pendekatan kualitatif, proses pengumpulan bahan banyak menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan atau kajian ke atas sumber bertulis yang terdiri daripada sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer terdiri daripada sumber arkib yang terdiri daripada surat rasmi, dokumen dan gambar. Sumber sekunder pula terdiri daripada buku, jurna.....

1064 hits

39002021
thesis
Pelaksanaan pengajaran apresiasi seni guru Pendidikan Seni Visual sekolah menengah di daerah Gombak, Selangor
Norsalawati Wahid
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pengajaran apresiasi seni dalam kalangan guru Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah menengah. Penerokaan meliputi aspek pengetahuan, kemahiran, pelaksanaan dan kesedaran guru PSV dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran apresiasi seni. Kajian kualitatif ini menggunakan pendekatan kajian kes. Seramai lima orang guru PSV sekolah menengah dari daerah Gombak, Selangor telah terlibat dalam kajian ini. Kesemua partisipan ini terdiri daripada guru opsyen PSV dan mempunyai pengalaman mengajar melebihi tiga tahun. Kaedah pengumpulan data dilakukan melalui analisis dokumen, temu bual, dan juga pemerhatian. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kandungan berdasarkan Rubrik Penguasaan Apresiasi Seni. Rubrik ini menjadi alat untuk menilai penguasaan apresiasi seni kesemua partisipan. Data dianalisis dengan meneliti tema, subtema dan soalan kajian. Hasil kajian menunjukkan guru PSV di sekolah menengah mencapai beberapa.....

2601 hits

[ First ] [ Prev ] Page 390 of 932 [ Next ] [ Last ]
Filter
Please make initial search.



Specific Period
Please make initial search.



Top 5 related keywords

Suggestion engine unable to find titles related to this search term.



Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.