UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
39812005
Thesis
Ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar tingkatan empat : satu kajian di Wilayah Persekutuan Labuan
Siti Nurashikin Abu
Kajian im bertujuan untuk mengkaji tahap kewujudan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, bangsa, jurusan, pekerjaan ibubapa/penjaga dan cita-cita. 250 sampel pelajar tingkatan 4 dipilih dari empat buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Terdapat empat pemboleh ubah ciri-ciri keusahawanan yang digunakan dalam kajian iaitu kreativiti dan inovasi, keyakinan kendiri, lokus kawalan dalaman dan kesanggupan menerima risiko. Untuk menjawab persoalan kajian, dua jenis statistik iaitu statistic deskriptif dan statistik inferens digunakan. Analisis statistik deskriptif mengkaji ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar. Hasil dari analisis statistik deskriptif mendapati ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar adalah sederhana tinggi. Ciri-ciri keusahawanan yang paling menonjol adalah kesanggupan menerim.....

796 hits

39822007
Thesis
Tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki Bawah 16 tahun di SMK Penrissen No.1, Kuching, Sarawak
Ahat@Salim Angas
Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketangkasan pemain bola sepak lelaki bawah 16 tahun yang mewakili SMK Penrissen No.1, Kuching. Seramai 20 orang subjek terlibat bagi ujian ketangkasan, iaitu ujian Lari Ulang-alik 30 kaki, Ujian Ketangkasan Illinois dan Ujian Larian Ketangkasan SEMO. Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu sepuluh orang subjek kumpulan eksperimen dan sebahagian lagi dalam kumpulan kawalan. Kaedah ujian-t 'paired sample test ' dan 'independent sample test' digunakan bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dan pra-ujian dengan pasca ujian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan tahap ketangkasan di antara kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan selepas menjalani intervensi kajian (Iatihan ketangkasan dan tanpa latihan ketangkasan) dalam Ujian ulang-alik (p=.OOI) Ujian Larian SEMO (p=.OOO) dan Ujian Ketangkasan Illinois (p=.014). Keputusan menunjukkan pemain yang menganggot.....

619 hits

39832007
Thesis
Hubungan penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik di kalangan atlet sekolah menengah
Jais Siarus
Kajian ini dibuat untuk melihat hubungan antara penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik di kalangan atlet sekolah menengah di Daerah Tambunan.Responden kajian ini adalah seramai 180 orang pelajar Tingkatan 4 yang terlibat dalam sukan dari Tingkatan Tiga lagi dan sekurang-kurangnya mewakili sekolah dalam bidang sukan di Daerah Tambunan. Tidak ada Teknik pengambilan sam pel digunakan kerana populasi kajian adalah juga sampel. Sampel kajian ini diambil daripada empat buah sekolah menengah yang ada di Daerah Tambunan. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengukur pembolehubah kajian adalah menggunakan satu set soal selidik. Teknik analisis statistik deskriptif, korelasi pekali pearson, Ujian-t dan ANOVA sehala digunakan bagi menganalisis data melalui perisian SPSS 11.5. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan dalam sukan dengan pencapaian akademik. 8egitu juga dapatan tentang tidak terdapat perbezaan yang signifi.....

569 hits

39842022
Article
Pelaksanaan banana circle berasaskan pendekatan steam projek dalam meningkatkan perkembangan sosioemosi murid prasekolah
Zahiroh binti Awang
Banana Circle adalah satu pengajaran menggunakan pendekatan STEAM projek. Pendekatan ini perlu diaplikasi oleh guru agar pelaksanaan pendidikan abad ke 21 berjaya direalisasikan. Walaubagaimanapun, guru-guru di prasekolah menghadapi kesukaran untuk melaksanakannya pengajaran STEAM kerana tiada panduan yang jelas berkaitan pelaksanaan pengajaran STEAM. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan Banana Circle sebagai satu pengajaran STEAM yang berkesan serta dapat meningkatkan perkembangan sosioemosi murid-murid di prasekolah. Pelaksanaan Banana Circle ini melibatkan sembilan belas orang murid yang berumur empat, lima dan enam tahun. Pengumpulan data dilakukan melalui pemerhatian berstruktur semasa pelaksanaan tiga langkah pengajaran STEAM projek iaitu (1) Perbualan Bahasa STEAM, (2) Mencari STEAM di mana-mana dan (3) STEAM Masa Depan. Dapatan kajian yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 22......

427 hits

39852022
Article
Pelaksanaan aktiviti “Spindle Box” dalam meningkatkan Kefahaman operasi tambah terhadap kanak-kanak 4 tahun
Elizebert James
Kajian ini bertujuan untuk meneroka kaedah yang terbaik dalam pembelajaran terhadap masalah yang dihadapi dalam bidang pembelajaran Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik. Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman murid-murid terhadap konsep operasi tambah melalui pelaksanaan aktiviti Spindle Box dalam kalangan murid-murid TASKA. Kumpulan sasaran yang dipilih dalam kajian tindakan ini adalah seramai 2 orang murid berumur 4 tahun daripada TASKA yang terletak di daerah Hulu Bernam, Hulu Selangor. Penyelidik mendapati masalah yang dihadapi oleh 2 orang murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan adalah, murid-murid sukar untuk memahami konsep operasi tambah dan tidak dapat menyelesaikan soalan operasi tambah yang diberikan. Objektif kajian tindakan ini adalah untuk meneroka kaedah yang terbaik dalam membantu meningkatkan kefahaman konsep operasi tambah menggunakan aktiviti Spindle Box agar peserta kajian dapat menyelesaikan soalan yang berkait.....

649 hits

39862022
Article
Meta-Ethnography for Capacity Building: A Spiral Approach
Ai,-Girl Tan
Graduate education aims to build capacities of current and prospective early childhood educators in conducting academic discourses which include among others reading, writing, and synthesizing studies published in academic journals and other credible sources. Academic writing can induce anxiety among graduate students (Bloom, 1982). It is thus important to teach, instruct and scaffold graduate education students in academic reading and writing and to develop capacities of graduate education students in proposing and conducting independent studies on the phenomena of their own interest. This paper focuses on introducing meta-ethnography and seven phases in an educational inquiry course of an early childhood graduate education programme. Teaching of qualitative synthesis in an inquiry course is designed in a spiral curriculum (Harden & Stamper, 1999) and is organized according to seven phrases (P) (Noblit, 2019): Getting started (P1), deciding what studies are relevant to that interest (.....

499 hits

39872022
Article
Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk 2D dan 3D dalam pembelajaran matematik awal Melalui “Penggunaan Bahan Maujud” di prasekolah pasti Al-Husna Hulu Bernam
Nickline Sumoi
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik guru terhadap pembelajaran melalui aktiviti praktikal di kelas prasekolah .Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman kanak-kanak prasekolah tentang jenis bentuk 2 Dimensi dan 3 Dimensi dengan menggunakan bahan maujud. Kumpulan sasaran untuk kajian tindakan penyelidik kali ini adalah seramai 3 orang murid-murid yang berumur 4 tahun daripada Prasekolah Pasti Al-Husna, Hulu Bernam, Selangor. Masalah yang didapati dalam kelas ini ialah murid-murid masih tidak mengenali jenis bentuk dalam konsep awal matematik. Objektif kajian ialah ialah untuk mencari kaedah berkesan pengajaran konsep matematik awal mengenal jenis bentuk 2D dan 3D dalam kalangan kanak-kanak 4 tahun menggunakan aktiviti pembelajaran menggunakan bahan maujud. Reka bentuk kajian adalah Kajian Tindakan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah yang digunakan adalah dengan bahan maujud dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh penyelidik. Pengum.....

852 hits

39882022
Article
Kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak semasa pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu
Hanisah Mat
Penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat apabila pengajaran dan pembelajaran dilakukan di atas talian. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan penggunaan gajet terhadap kanak-kanak semasa pembelajaran dalam norma baharu. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan diedarkan melalui aplikasi google form. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 70 orang guru prasekolah. Data kajian ini dianalisis secara deskriptif berdasarkan kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan peratusan guru bersetuju 93% (n=65). Gajet memudahkan kanak-kanak mendapatkan maklumat. Dapatan mengenai kesan penggunaan gajet menunjukkan 94% (n= 66) guru bersetuju penggunaan gajet dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan masalah penglihatan dan kanak-kanak yang terlalu obses dengan gajet dan boleh menyebabkan punca kepada gaya hidup yang tidak sihat. Kesimpulannya, penggunaan gajet kepada k.....

730 hits

39892022
Article
Keberkesanan penggunaan pendekatan multisensori dalam meningkatkan kemahiran konsep nombor kanak-kanak prasekolah
Lee, Mei Chiew
Pendekatan multisensori adalah teknik pengajaran yang melibatkan pelbagai deria kanak-kanak seperti penglihatan, pendengaran, pergerakan dan sentuhan. Penglibatan kesemua deria dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penguasaan kemahiran kanak-kanak. Kertas konsep ini membincangkan keberkesanan pendekatan multisensori dalam perkembangan kemahiran konsep nombor kanak-kanak prasekolah. Teori-teori berkaitan pendekatan multisensori, definisi konsep nombor, pendekatan multisesori dan kepentingannya kepada pembelajaran kemahiran konsep nombor kanak-kanak prasekolah turut dibincangkan...

1316 hits

39902022
Article
Keberkesanan penggunaan kad imbasan dalam meningkatkan kemahiran awal bacaan kanak-kanak 4 tahun
Jacintha Henry
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan terbaik guru terhadap pembelajaran melalui aktiviti menggunakan kad imbasan di Taska. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan kemahiran membaca awal kanak-kanak dengan menggunakan kad imbasan dalam kalangan murid-murid taska. Kumpulan sasaran untuk kajian tindakan penyelidik kali ini adalah seramai tiga orang murid-murid yang berumur tiga tahun daripada taska yang terletak di daerah Hulu Bernam. Masalah yang didapati dalam kelas ini ialah kanak-kanak tidak memahami konsep awal bacaan dan sukar mengenalpasti huruf vokal serta menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan huruf vokal. Objektif kajian ialah mengecam huruf vokal, membunyikan huruf vokal menggunakan dan menarik minat kanak-kanak menggunakan kad imbasan. Reka bentuk kajian adalah Kajian Tindakan menggunakan kaedah kualitatif. Kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan kad imbasan untuk menyelesaikan lembaran kerja yang diberi oleh penyelidik. Pengumpulan data untuk kajian ini dip.....

537 hits

[ First ] [ Prev ] Page 399 of 1167 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.