UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
94412018
Thesis
Kritikan terhadap politik dalam kepimpinan melalui karya seni
Noor Enfendi Desa
Kajian ini dimulakan dengan kecenderungan terhadap pemerhatian suasana politik yang saban hari menampakkan semakin meruncing ekoran daripada perbalahan dan perselisihan pendapat dalam kepimpinan sesebuah organisasi. Hari ini, politik merupakan satu kesatuan yang terjalin daripada idea, falsafah, doktrin, konsep dan teori berhubung kewujudan institusi negara. Penyelidik mengenengahkan isu politik dalam kepimpinan yang seringkali menjadi perbualan hangat dikalangan masyarakat. Tujuan penyelidikan ini ialah menganalisa isu subjek dan skop dalam kepimpinan. Selepas proses menganalisa dilaksanakan, tujuan kedua ialah menghasilkan karya berdasarkan keputusan objektif satu dengan pendekatan metafora. Penyelidik ingin menyampaikan sindiran dalam bentuk visual berunsurkan kritikan yang bersifat metafora, dengan menggunakan imej atau simbolik sebagai pengganti kiasan yang disampaikan secara lisan atau bertulis. Reka bentuk kajian, menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh J.J. Winklemann dan me.....

739 hits

94422017
Thesis
Item analysis of English paper 1 (EPI) of 2014 UPSR trial examination using Rasch measurement model
Haliza Ishak
This study was aimed to identify the quality of English Paper 1 items of 2014 UPSR trial examination in terms of reliability, validity and items characteristics based on the analysis using Rasch measurement model. It also sought to determine the difficulty levels of 40 multiple-choice items consisting five constructs of vocabulary, language and social expression, grammar, cloze-comprehension and reading comprehension by examining the distribution of items in the item-person map. A number of 525 primary school pupils in Kuala Selangor was selected using proportionate stratified random sampling method. The validity evidences are shown through the Principle Component Analysis (PCA), fit statistics and item distractor analysis. Even though the raw variance explained by measure in PCA analysis is rather weak, it achieves the minimum uniformity and it clearly shows the absent of second dimension in the test. The fit statistics analyses have shown seven misfit items that are beyond the accept.....

830 hits

94432017
Thesis
Tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan koperasi di sekolah menengah daerah Hulu Selangor
Roslina Mustapha
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti perkhidmatan koperasi sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Hulu Selangor berdasarkan model SERVQUAL dan SERVPERF yang disesuaikan dengan perkhidmatan koperasi. Kajian ini melibatkan faktor demografi dan lima dimensi kualiti perkhidmatan iaitu jaminan, kebolehpercayaan, ketara, empati dan responsif. Sebanyak 383 borang soal selidik telah diedarkan menggunakan teknik pensampelan berkelompok kepada pelajar-pelajar di sepuluh buah sekolah terpilih di Hulu Selangor. Reka bentuk kajian merupakan kajian tinjauan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Skor min bagi keseluruhan dimensi kualiti perkhidmatan dan kepuasan adalah sederhana tinggi. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan dari segi jantina, bangsa, jenis sekolah dan lokasi sekolah, manakala tidak terdapat perbezaan dari segi jumlah wang saku di antara faktor demografi dengan dim.....

1071 hits

94442017
Thesis
Kesan pengajaran terancang Kohesi Nahuan Konjungsi dalam penulisan karangan Bahasa Melayu
Ramli Yaacob
Kajian ini bertujuan menentukan kesan pengajaran Kohesi Nahuan Konjungsi (KNK)secara terancang terhadap tahap pencapaian penulisan karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid tingkatan empat. Kaedah kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini bagi melihat kesan penggunaan modul pengajaran KNK yang dibina bersandarkan Model Pengajaran Morrison, Ross dan Kemp. Seramai 61 orang murid dari dua kelas tingkatan empat sebuah sekolah di Selangor terlibat sebagai sampel kajian. Sampel telah dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Ujian pra telah dijalankan bagi sampel dari kedua-dua kumpulan. Sampel dikehendaki menghasilkan sebuah karangan. Kumpulan rawatan kemudiannya telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menulis karangan menggunakan modul KNK secara terancang manakala kumpulan kawalan pula menjalani pengajaran penulisan mengandungi unsur KNK secara konvensional. Setelah 12 minggu, kedua-dua kumpulan menduduki ujian pasca dengan menghasilkan sebuah lagi kar.....

1183 hits

94452017
Thesis
Kesan prinsip persuasif grafik dalam permainan digital pemakanan sihat terhadap sikap murid-murid tahap satu
Norlia Mat Esa
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan prinsip persuasif grafik dalam permainan digital pemakanan sihat dari segi sikap murid-murid tahap satu. Kajian ini melibatkan pembangunan permainan yang berbeza prinsip persuasif grafik iaitu prinsip syarat, prinsip cadangan dan prinsip pemantauan diri. Sikap diukur dari segi afektif, kognitif dan tingkah laku. Kajian ini adalah berdasarkan kepada pendekatan eksperimen kuasi menggunakan kumpulan kawalan tidak seimbang untuk menilai kesan prinsip persuasif grafik terhadap sikap. Sampel kajian terdiri daripada 127 murid dari sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar. Hipotesis telah diuji menggunakan analisis ANCOVA dan multivariat kovarian (MANCOVA) dengan pelarasan Bonferroni (aras signifikan =p..

2170 hits

94462017
Thesis
Kesan koswer multimedia interaktif berasaskan teori pembelajaran Gagne dalam pembelajaran pengaturcaraan C++
Mohd Nor Hajar Hasrol Jono
Kajian ini berkaitan penghasilan Koswer Multimedia Interaktif (MinKOS) dan kesan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan C++ mengikut teori pembelajaran Gagne. Kajian pembangunan aplikasi dijalankan mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran subjek pengaturcaraan C++ dalam konteks penggunaan teknologi multimedia interaktif dan penggunaan model pembangunan reka bentuk instruksi ADDIE. Aplikasi direka bentuk dengan menggabung jalin beberapa elemen multimedia dan interaktiviti yang memudahkan pelajar untuk memahami kandungannya. Reka bentuk kajian digunakan adalah kuasi eksperimen kumpulan tidak setara dengan kumpulan kawalan ujian pra dan ujian pasca. Sampel terdiri daripada 60 orang pelajar salah satu universiti awam yang dijadikan sebagai kumpulan rawatan seramai 30 orang menggunakan MinKOS dengan teori pembelajaran Gagne dan kumpulan kawalan seramai 30 orang menggunakan MinKOS sahaja. Instrumen kajian adalah set soalan ujian pra dan ujian pasca dan soal selidik pe.....

1009 hits

94472017
Thesis
Gaya pembelajaran murid orang asli di Perak dalam pendidikan Islam
Mohamad Yusri Bakir
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti gaya pembelajaran murid Orang Asli dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah negeri Perak. Kajian ini menggunakan Teori Kognitif Piaget, Gestalt, Pembelajaran Tadrij, Teori Dua Faktor Motivasi Herzberg dan Model Dunn & Dunn untuk mengkaji gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalangan murid Orang Asli merangkumi aspek motivasi, tanggungjawab, kecekalan, persekitaran, struktur, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan menggunakan metod kuantitatif dan kualitatif. Metod kuantitatif melibatkan soal selidik yang diedarkan kepada 199 orang murid dan disokong oleh metod kualitatif yang melibatkan pemerhatian terhadap enam orang murid Orang Asli beragama Islam. Data kajian dianalisis untuk melihat deskriptif dan inferensi; frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai, ujian MANOVA serta korelasi Pearson. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati gaya pembelajaran Pendidikan Islam dalam kalan.....

2160 hits

94481853
Book
De Zieke Reiziger or rambles in Java and the straits in 1852
Civilian Bengal,
The following pages contain the record of a hurried visit to the Straits and the Island of Java in 1852. The Diary was not originally intended for publication, either in the form in which it now appears, or under any other, but was written solely for the Author's own amusement, and to fill up an idle hour or two, when other resources of employment or recreation were not within his reach...

1029 hits

94491912
Book
Jelebu : Its history and constitution
A. Caldecott,
The compilation of this pamphlet was suggested by Mr. R.J Wilkinson while resident of Negri Sembilan who has kindly supervised and aideal its preparation throughout. It was originally intended that it should form part of his "Notes on the Negri Sembilan and the Chronology, wherever the Christian year stated, is borrowed from his book...

8173 hits

94501956
Book
Sinaran bachaan rumi
Sanusi Mansor, Yahya Saidin,
Bahawa buku ini di-susun kebetulan dengan masa Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga yang telah berlangsong di-Johor dan diSingapura pada 16 hingga 1 September 1956. Oleh itu gaya susunan dan chara, jalan Bahasa juga ada-lah terbias sechara Indonesia champoran Melayu; ia-itu mengikut kemahuan ra'ayat jelata yang bersidang di-Kongres yang tersebut...

2265 hits

[ First ] [ Prev ] Page 945 of 1125 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.