UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

Today's popular searches:
PENDIDIKAN pembangunan Komunikasi ismail man Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak kanak Negara
Ahmad Hashim M K Ahmad model PENDIDIKAN ISLAM ghazali din

Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Latest addition to the database :
94912018
thesis
Faktor penyumbang terhadap pencapaian akademik pelajar-pelajar sekolah menengah
Wan Muhammad Saidi Jaafar
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  perbezaan  sumbangan  pelbagai  faktor terhadap pencapaian akademik pelajar sekolah menengah di negeri Kelantan. Kajian ini menggunakan  kaedah tinjauan melibatkan 1000 pelajar dari 10 buah sekolah cemerlang (500 pelajar) dan 10 sekolah  tidak cemerlang (500 pelajar). Kajian ini bersandarkan Teori Produktiviti Pendidikan sebagai teori  asas kerangka kajian. Kaedah pensampelan rawak digunakan untuk memilih daerah, sekolah dan  responden sampel kajian. Instrumen kajian ialah soal selidik pencapaian akademik (SSPA) yang dibina  mengandungi 59 item dengan kesahan dan kebolehpercayaan tinggi serta dilakukan kajian rintis  terlebih dahulu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis regresi pelbagai dengan perisian SPSS  dan analisis laluan dengan perisian AMOS. Dapatan kajian menunjukkan faktor gaya belajar (β=0.27),  motivasi belajar (β=0.22), prestasi akademik pelajar (UPSR) (β=0.20), kualiti pengajaran (β=0.18).....

11487 hits

94922019
thesis
The mediating effect of innovation on the relationship between entrepreneurial competencies and business success in Malaysia
Azmi Umar
This study aims to analyse the impact of Entrepreneurial Competencies, Innovation, and Business Success among owners and managers in Small and Medium Enterprise (SMEs) to address the  high rate of business failure. Quantitative approaches through the use of survey were used in this  study. Data were collected using questionnaires involving 407 owners and managers of SMEs in  manufacturing, services and other sectors. Respondents were chosen using using Stratified Random  Sampling technique. Multiple Regression Analysis indicated that 53 percent of the variation in  Business Success were explained by Entrepreneurial Competencies and Innovation. The findings also  showed that Entrepreneurial Competencies contributed significantly to Business Success (β=0.190,  S.E=0.051) and Innovation (β=0.198, S.E=0.013). Further, Innovation contributed significantly to  Business Success (β=1.035, S.E=0.226). This study also showed that Innovation served as partial  mediator betwe.....

3840 hits

94932018
thesis
Kesan geoplay berasaskan prinsip kelewahan dan modality terhadap aras kemahiran berfikir murid
Khairuddin Nisa
Fokus kajian ini untuk membangunkan pembelajaran berasaskan permainan Geoplay menggunakan modul Gamified System Development Process dan menilai keberkesanan tiga strategi  penyampaian yang digunakan Geoplay. Tanpa kelewahan dan modality, iaitu visual dan lisan (V&L),  kesan kelewahan, iaitu visual, lisan dan teks kata kunci (VL&Tk) dan kesan modality, iaitu visual  dan teks (V&T) terhadap tahap penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran  berfikir aras rendah (KBAR) murid bagi tajuk Arah Mata Angin dan Bearing Sudutan Geografi Tingkatan  Satu. Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimen kuasi dan data kajian dianalisis secara  inferens. Seramai 432 murid tingkatan satu daripada daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk yang  melibatkan lima buah sekolah di bandar dan lima buah sekolah di luar bandar telah dipilih sebagai  sampel kajian. Ujian statistik MANCOVA telah diaplikasikan bagi menjawab persoalan kajian. Dapatan  kajian menunjukkan terdapat perbe.....

2345 hits

94942018
thesis
Kesan program spark ke atas peratus lemak badan, tahap kardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak berumur 11 tahun
Nurul Diyana Sanuddin
Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan program SPARK (Sports Play Active and Recreation for Kids) ke atas perubahan peratus lemak badan, tahap  kardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 11  tahun. Program SPARK yang mengandungi empat aktiviti kecergasan fizikal dan empat aktiviti  kecergasan kemahiran yang telah dijalankan selama lapan (8) minggu di empat buah sekolah rendah di  Teluk Intan, Perak. Kajian ini berbentuk true experimental pre and post control group design.  Sampel kajian terdiri daripada 240 murid yang telah dipilih berdasarkan kaedah ‘intact sampling’  iaitu dalam keadaan di mana semua murid yang terdapat dalam lapan buah kelas dalam darjah lima (5)  di empat buah sekolah dikekalkan sebagai subjek kajian. Subjek kajian seterusnya dibahagikan kepada  kumpulan rawatan (n=120) dan kumpulan kawalan (n=120) secara rawak. Data dianalisis dengan  menggunakan ANCOVA Dua Hala. Dapatan k.....

7970 hits

94952019
thesis
Kesan modul adventure based counseling terhadap kepuasan kerja, iltizam kerja, dan kecenderungan berhenti kerja dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Nuzsep Almigo
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan modul adventure based counseling (ABC) terhadap tiga atribut kepuasan kerja, iltizam kerja dan kecenderungan berhenti  kerja dalam kalangan kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini mengikut reka bentuk  2x3 mixed design experiment. Sampel kajian yang terdiri dari dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen  (n=20) dan kumpulan kawalan (n=20) yang ditentukan melalui pra ujian yang mendapat ciri dua  kumpulan yang homogenus. Kumpulan eksperimen dibekalkan dengan modul adventure based counseling  serta  intervensi dengan  bantuan oleh  fasilitator yang bertumpukan aktiviti/simulasi berdasarkan  pengalaman secara langsung melalui proses refleksi. Kumpulan kawalan dibekalkan juga modul  adventure based yang sama, tetapi tidak diberikan intervensi oleh fasilitator. Tiga instrumen yang  digunakan dalam kajian ini, iaitu: pertama, instrumen kepuasan kerja (pekerjaan itu sendiri,  peluang promosi, gaji, pen.....

3696 hits

94962019
thesis
Penilaian KIPP dalam pembelajaran dan pemudahcara murid ketidakupayaan penglihatan menggunakan buku teks Braille pendidikan kesenian
Norzuraina Mohd Nor
  Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti dan menganalisis Buku Teks Braille Pendidikan Kesenian Tahun 1 (BTBPKT1) dan proses Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) Pendidikan Kesenian (Suaian) (PKS) Tahun 1 dan juga menilai kebolehbelajaran berdasarkan  model penilaian Kontek-Input-Proses-Produk (KIPP) oleh Stuflebeam. Kajian penilaian ini menggunakan  reka bentuk kajian kes. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan lima orang  murid ketidakupayaan penglihatan dan empat orang guru. Data diperolehi melalui pemerhatian,  temubual, tugasan, dan analisis dokumen. Data tugasan dianalisis menggunakan perisian SPSS,  manakala data temubual dianalisis menggunakan perisian NVIVO. Kerangka teoritikal kajian adalah  berdasarkan Teori Pembelajaran Humanistik, Teori Sosio-Budaya (Scaffolding), dan Teori Pembelajaran  Tingkah Laku. Hasil dapatan analisis dokumen pada peringkat penilaian konteks (K) menunjukkan  BTBPKT1 adalah dokumen yang menyokong prose.....

22486 hits

94972018
thesis
Penerimaan program dakwah dalam kalangan golongan profesional Melayu di negeri Pahang
Ahmad Effat Mokhtar
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerimaan para profesional Melayu di negeri Pahang terhadap program dakwah yang dianjurkan oleh badan-badan dakwah. Reka bentuk kajian  tinjauan berpandukan Theory of Reasoned Action (TRA) digunakan untuk mengetahui hubungan dan  sumbangan enam faktor tingkah laku iaitu amalan agama, kefahaman agama, sikap, pengaruh rakan,  kepuasan dan keberkesanan dakwah dengan penerimaan program dakwah. Data kajian dianalisis secara  deskriptif dan inferens menggunakan ujian-t, ANOVA sehala, korelasi dan regresi berganda. Kajian  ini juga menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Nilai  kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi soal selidik yang dibina adalah tinggi, iaitu antara 0.68  hingga 0.93. Responden kajian ini dipilih berdasarkan pensampelan mudah. Seramai 318 orang golongan  profesional Melayu terlibat untuk menjawab instrumen soal selidik. Sementara itu, seramai 37 orang  responden yang terdiri daripada g.....

10502 hits

94982018
thesis
Penerimaan dan penggunaan S-dagang dalam kalangan usahawan PKS di Malaysia
Azilahwati Adam
Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengkaji  faktor  individu  (sikap  dan  efikasi  kendiri), teknologi (jangkaan prestasi dan jangkaan usaha), persekitaran (pengaruh sosial dan keadaan  fasiliti), perubahan persekitaran (pencetus peristiwa) dan hubungannya dengan niat dan penggunaan  sosial dagang (s-dagang). Kajian ini juga menguji model penerimaan dan penggunaan s-dagang bagi  usahawan perusahaan kecil sederhana (PKS) di Malaysia. Kajian tinjauan ini telah dijalankan di  sembilan buah negeri di Malaysia melibatkan 250 usahawan PKS. Data telah dianalisis menggunakan  teknik Partial Least Squared Structural Equation Modelling (PLS-SEM). Dapatan kajian menunjukkan  bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor individu (β = 0.341, p..

2432 hits

94992018
thesis
Pengurusan bekalan air domestik berkualiti semasa bencana banjir di Kuala Krai, Kelantan
Koh Liew See
Kajian  ini  bertujuan  untuk  membentuk  model  pengurusan  bekalan  air  domestik berkualiti semasa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Jajahan Kuala Krai. Pendekatan  digunakan adalah kuantitatif. Reka bentuk kajian adalah penerokaan dengan pencerapan sampel air dan  soal selidik. Penilaian kualiti air melibatkan air telaga, air banjir dan air hujan berdasarkan  Indeks Kualiti Air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Parameter yang digunakan adalah  oksigen terlarut, keperluan oksigen biokimia, keperluan oksigen kimia, ammonia nitrogen, pepejal  terampai, pH, kekeruhan, nitrat, ferum, magnesium, kalsium, kuprum dan bakteria Escherichia Coli.  Sampel air dikutip dua kali iaitu bulan Disember 2016 hingga Januari 2017 dan Mei hingga Jun 2017.  Seramai 300 orang responden dipilih melalui kaedah pensampelan rawak daripada ketua isi rumah  penduduk terlibat banjir. Analisis pemetaan iaitu data query, locational dan proximity analysis,  map overlay.....

2217 hits

95002018
thesis
Permodelan hubungan antara kekuatan sistem, faktor pengguna dan gaya pengurusan sekolah dengan kejayaan penggunaan aplikasi sistem maklumat pengurusan pendidikan
Mohd Faizal Md Karim
Kajian  ini  adalah  satu  usaha  yang  dijalankan  untuk  mengetahui  sejauh  mana  tahap penggunaan Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan (EMIS) di sekolah seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam penyelidikan ini, kejayaan penggunaan EMIS dilihat dari segi manfaat  kepada individu dan organisasi. Reka bentuk penyelidikan ini adalah korelasi- deskriptif dan data  kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Penyelidikan ini menggunakan teknik  pensampelan rawak strata untuk memilih 607 responden. Data kajian dianalisis dengan menggunakan  analisis deskriptif dan analisis regrasi berganda. Kajian ini mendapati empat daripada enam faktor  iaitu Kepuasan Pengguna EMIS (β = .45), Penglibatan Pengguna EMIS (β = .25), Kekuatan Sistem EMIS  (β= .24), Kefahaman Pengguna EMIS (β = .20) adalah faktor penyumbang yang signifikan kepada  kejayaan penggunaan EMIS dan menghasilkan persamaan regresi (Y-hatK-EMIS = -0.19 + 0.24(Kekuatan  Sistem (KS)) + 0.20(.....

24138 hits

[ First ] [ Prev ] Page 950 of 950 [Next] [Last]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.