UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 328 |
1 | 2016 thesis | Gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF Mohd Razimi Husin Kajian ini bertujuan untuk meneroka kecenderungan gaya pembelajaran murid bermasalah pembelajaran Berkemampuan Tahap Tinggi (MBPBTT) dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan j-QAF. Kajian ini ialah satu kajian kes iaitu data kajian diperoleh melalui pemerhatian, temu bual dan hasil kerja murid. Kajian dijalankan terhadap enam orang murid, empat orang guru dan enam orang ibu bapa. Murid kategori bermasalah pembelajaran dipilih menggunakan kaedah sampel secara bertujuan di sekolah rendah Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP) di negeri Perak yang berumur antara 10 hingga 13 tahun. Konstruk dan kesahan dalaman telah disahkan oleh pakar, manakala kesahan luar diperoleh dengan membandingkan dapatan kajian lain yang berasaskan teori berkaitan. Data dianalisis dengan teknik perbandingan berterusan ciri gaya pembelajaran MBPBTT. Perbandingan dilakukan ini bagi mengenal pasti tema ciri gaya pembelajaran yang dimiliki oleh mereka dan mengenal pasti sejauh mana penekanannya diberikan di sekola..... 2294 hits |
2 | 2016 thesis | Pembangunan model reka bentuk penjaminan kualiti akademik sekolah tinggi agama Islam swasta Jakarta Indonesia Suprihatin, Krebet Penyelidikan ini bertujuan untuk menilai amalan pembangunan model rekabentuk jaminan kualiti akademik berdasarkan tujuh aspek kualiti iaitu: rekabentuk kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian pelajar, pemilihan pelajar, perkhidmatan sokongan, sumber pengajian, dan penambahbaikan berterusan. Fasa kajian dilakukan dalam dua peringkat. Kedudukan pertama ialah mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Kedudukan kedua adalah kajian sebenar tentang rekabentuk jaminan kualiti akademik dan kepuasan pelajar STAIS Lantaboer dan STAINDO Jakarta Indonesia. Kaedah kajian ini dilakukan dengan kaedah kuantitatif, data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi, kajian pengumpulan data menggunakan instrumen kajian. Hasil kajian mendapati bahawa tahap jangkaan terhadap rekabentuk jaminan kualiti adalah sederhana lemah dan positif untuk semua aspek yang dikaji, terdapat hubungan antara beberapa aspek jaminan kualiti akademik dengan kepuasan pelajar. Untuk itu me..... 963 hits |
3 | 2016 thesis | Interpretasi ilustrasi dalam buku teks Pendidikan Islam sekolah rendah Abdul Rahman Mahamad Kajian ini bertujuan meneliti interpretasi ilustrasi dalam buku teks Pendidikan Islam terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Kajian ini merupakan kajian kes yang menerapkan kaedah kualitatif dengan pendekatan interdisiplin secara deskriptif; serta interpretasi ilustrasi dan teks berdasarkan tiga perspektif iaitu Seni Halus (Edmund Feldman, 1967), Semiotik Visual (Meyer Schapiro, 1996) dan Penerbitan Buku Teks (KPM, 2012). Analisis kajian ini juga telah mengenal pasti jenis, ciri-ciri, fungsi, prinsip rekaan dalam penerbitan, elemen seni reka dan Interpretasi Empat Lapis berdasarkan Teori Semiotik Visual oleh Meyer Schapiro. Dapatan kajian menunjukkan ilustrasi dalam buku teks masih terhad dari jenis, ciri-ciri dan fungsi. Pengetahuan ilustrator tentang ilustrasi juga terhad dan kelihatan simplistik dalam perspektif penerbitan buku teks dan seni halus. Didapati ilustrator juga mengambil kira dan peka perspektif murid bagi memastikan fungsi dan interpretasi ilustrasi sampai dan ..... 2644 hits |
4 | 2016 thesis | Penerapan unsur-unsur Islam aqidah, syariah dan tasawwuf dalam novel Mahabbah, Ayat-ayat Cinta dan Dunia Bukan Kita punya berdasarkan teori taabudiyah dan teksdealisme Ma'amor Yusoff Kajian ini membicarakan tiga buah novel daripada tiga orang pengarang iaitu Mahabbah karya Shahon Ahmad, Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman El-Shirazy dan Dunia Bukan Kita Punya karya Suratman Markasan. Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat penerapan unsur-unsur Islam dan mutu serta keunggulan karya-karya tersebut. Bagi mencapai tujuan kajian, pengkaji telah menggunakan dua teori secara elektikal atau penggabungan iaitu teori taabudiyah sebagai teori induk dan teori teksdealisme sebagai teori sokongan. Untuk melihat unsur-unsur Islam yang terkandung di dalam teks kajian, pengkaji menggunakan teori taabudiyah manakala untuk melihat mutu dan keunggulan teks, pengkaji menggunakan teori teksdealisme. Hasil daripada kajian, pengkaji mendapati bahawa sastera Islam ialah hasil kesusasteraan yang bernilai Islamiah. Ia adalah merupakan gambaran yang ditimba daripada masyarakat dan bertujuan untuk memberi didikan serta bimbingan ke arah menghayati nilai-nilai yang lebih sempurna. Justeru it..... 2325 hits |
5 | 2008 thesis | Analisis perubahan kurikulum pendidikan Islam di sekolah agama rakyat di selatan Thailand Land (1961-2003) Manyunu, Muhamatsakree Islamic Private school of Southern Part of Thailand is resembling the continuous progress of education of Islam from the educational institute of Pondak tradition. The educational system of this Islamic private school is unique and different from others. Therefore, it is required the specific educational curriculum of Islam. The Educational Development Center of Region II-Yala has been a government organization which is responsible for creating and reforming the educational curriculum of Islam from time to time. It started from the fist step of registering of Islamic private school with the government until this present time, it consists of six curriculum which have been formed, implemented and reformed. They were Islamic Educational Curriculum 2504B [1961], Islamic Educational Curriculum 2513B [1970], Islamic Educational Curriculum 2523B [1980], Islamic Educational Curriculum 2535B [1992], Islamic Educational Curriculum 2540B [1997] and Islamic Educational Curriculum 2546B [2003]. Thi..... 983 hits |
6 | 2015 thesis | Faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam Nor Aishah Ismail Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam. Kaedah kuantitatif digunakan dengan melibatkan 365 orang responden di daerah Kota Bharu Kelantan. Model regresi logistik diaplikasikan bagi tujuan mengetahui hubungan antara faktor dalaman iaitu faktor kepercayaan kepada agama, kerohanian dan kepuasan kebajikan, dan faktor luaran iaitu tingkat pendapatan, tahap pendidikan, status pekerjaan dan bilangan tanggungan dengan amalan berwakaf. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan berwakaf. Faktor pendapatan pula dilihat sebagai penyumbang utama kepada amalan berwakaf. Implikasi kajian ini ialah pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat berwakaf, seterusnya boleh merancang strategi bagi menarik minat masyarakat untuk mendalamiilmu wakaf serta menjadikan wakaf sebagai satu amalan dal..... 1147 hits |
7 | 2015 thesis | Penilaian Kursus Kefahaman Islam Bersepadu di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM Mohd Rashidi Bujai Kajian ini bertujuan untuk menilai Kursus Kefahaman Islam Bersepadu yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM. Kursus ini merupakan satu kursus fungsional yang dilaksanakan di Institut Latihan dan Kefahaman Islam ATM yang melibatkan semua peringkat anggota ATM. Kajian ini menggunakan Model Penilaian CIPP untuk menilai pelaksanaannya melalui pendekatan kuantitatif. Seramai 340 orang pelatih yang pernah menghadiri Kursus Kefahaman Islam Bersepadu telah dipilih secara rawak berstruktur untuk menjawab borang soal selidik. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Data kajian juga dianalisis secara inferensi untuk mendapatkan t-Test, ANOVA dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan pelaksanaan Kursus Kefahaman Islam Bersepadu berada pada tahap sederhana tinggi. Dapatan elemen yang dinilai pada input, proses dan produk juga berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis inferensi me..... 612 hits |
8 | 2005 conference_item | Kesantunan Bahasa: pertembungan antara budaya melayu-bukan melayu dan islam-bukan islam Ja'afar Salinah, Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa seringkali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa hams sesuai dengan norma-norma budaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Kesantunan bahasa sesuatu masyarakat seringkali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut. Budaya kesantunan masyarakat Melayu pula seringkali dikaitkan dengan agama Islam. Setiap masyarakat mempunyai norma dan nilai kesantunan bahasa yang berbeza. Masyarakat Malaysia yang memang sudah dikenali sebagai masyarakat majmuk tidak dapat lari daripada mengalami pertembungan budaya. Peristiwa perkahwinan campur bukanlah gejala yang barn berlaku di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, malah sudah menjadi satu budaya di kalangan masyarakat "Malaysia" yang berbilang kaum. Pertembungan budaya ini juga telah menimbulkan pelbagai ragam dan..... 504 hits |
9 | 2011 article | Analisis perkembangan bursa malaysia dan pasaran saham Islam di Malaysia Mohd Hussin Mohd Yahya, Muhammad Fidlizan, Artikel ini bertujuan untuk menganalisis perkembangan Pasaran Saham Islam (PSI) di Malaysia dari tahun 1999 hingga tahun 2009. PSI merupakan salah satu kompenan penting dalam Bursa Malaysia. Ia merujuk kepada transaksi jual beli saham yang mempunyai aktivitiaktiviti syarikat yang selaras dengan syariah dan diniagakan di Bursa Malaysia. Oleh yang demikian, Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti telah memperkenalkan senarai kaunter/saham lulus Syariah berdasarkan sumber utama (al-Quran dan al-Hadis) dan sumbersumber sokongan dan ã~åÜ~à= penyelidikan yang dipersetujui sebagai panduan kepada para pelabur untuk turut serta dalam bidang pelaburan Islam tanpa ragu-ragu. Hasilnya, jumlah kaunter/saham lulus syariah telah menguasai lebih 88 peratus daripada jumlah keseluruhan kaunter/saham di Bursa Malaysia dengan nilai permodalan pasaran sebanyak 63.8 peratus dari jumlah keseluruhan permodalan pasaran di Malaysia pada tahun 2009... 2937 hits |
10 | 2003 conference_item | Zaba dan Idea Tajdid Islam Di Malaysia : Satu Analisa Ringkas Abd. Rahim Rahmin Affandi, Dalam konteks Malaysia semasa, terdapat kecenderungan di kalangan saijana dari pelbagai disiplin pengajian, menumpukan kajian terhadap seseorang tokoh penting yang dilihat pemah memainkan peranan yang bermakna di dalam kehidupan bemiasyarakat. Tren yang menggunakan kajian yang berbentuk memuir ini dilihat bukan terhad dibuat untuk kepentingan politik murahan semata-mata, bahkan turut membabitkan kajian ilmiah yang bersifat saintifik memperincikan biodata dan kaedah peijuangan yang diusahakan oleh seseorang tokoh pilihan mengikut konteks zamannya, demi untuk iktibar masyarakat di masa hadapan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana pelbagai kajian yang diusahakan oleh saijana luar dan tempatan telah dibuat terhadap tokoh penting rantau Alam Melayu seperti Syed Sheikh al-Hadi,Syeikh Daud Pattani, HAMKA Za’ba, Prof. Zulkifli Muhammad, Syed Muhammad Naquib al-Attas.. 1199 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 33 | [ Next ] [ Last ] |