UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 88
12019
article
Kesan simulasi litar elektronik berkomputer terhadap Prestasi, Motivasi dan KBAT pelajar dalam mata pelajaran RBT di Sekolah Menengah
Abu Bakar Ibrahim
Simulasi litar elektronik berkomputer merupakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi memudahkan pelajar mempelajari mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Objektif kajian ini adalah untuk menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah yang memfokuskan kepada cara penyambungan litar pendawaian asas yang betul berdasarkan litar skematik yang diberi dengan pengawasan atau bantuan daripada guru. Simulasi yang digunakan iaitu Livewire dapat menilai kesan penggunaannya terhadap prestasi, motivasi dan KBAT pelajar sekolah menengah. Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) menjadi lebih mudah kerana pelajar dapat mengesan di samping mengetahui kesalahan dalam penyambungan pendawaian yang diberi. Simulasi litar elektronik ini mampu memberi kebolehan kepada para pelajar untuk membaca, mentafsir serta memindahkan litar pendawaian kepada litar skematik. Sample kajian seramai 30 orang pelajar di sebuah sekolah di daerah Kota Setar, Kedah. Kaedah yang.....

6399 hits

22017
thesis
Perbandingan kaedah koperatif model TGT dan STAD terhadap minat, motivasi, pencapaian dan KBAT mata pelajaran Sejarah
Ruzianah Misman
Kajian ini bertujuan membandingkan kaedah pembelajaran Koperatif model TGT (Teams Games Tournament) dan kaedah Pembelajaran Koperatif model STAD (Students Team Achievement) dalam Sejarah. Perbandingan yang dilakukan melibatkan minat, motivasi, pencapaian akademik dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan berkelompok melibatkan 70 orang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di daerah Segamat, Johor. Subjek kajian terdiri daripada 35 orang pelajar kumpulan TGT dan 35 orang pelajar kumpulan STAD. Dua instrumen yang digunakan adalah soal selidik minat dan motivasi serta ujian pencapaian bertajuk “Kerajaan Negeri-negeri Melayu”. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan ujian-t bebas. Hasil kajian menunjukkan bahawa skor min bagi minat, motivasi dan pencapaian Sejarah kumpulan TGT adalah lebih tinggi dan signifikan secara.....

1069 hits

32017
article
Pelaksanaan KBAT dalam pentaksiran formatif bagi slot tunjang komunikasi Bahasa Malaysia : kajian kes
Abd Mutalib Suzana, Kanreng Mohammed Zeeree,
968 hits

42017
thesis
Pembinaan dan penilaian modul PBM-SC2 dan kesan terhadap KBAT, motivasi dan refleksi dalam kalangan pelajar
Nur Fadhila Baharudin
Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan modul PBM-SC2 berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Kajian juga menilai kesan modul terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), motivasi, dan refleksi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen benar digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan rawak berlapis dan rawak mudah dengan melibatkan 70 orang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah harian dalam daerah Kuantan, Pahang. Responden kajian terdiri daripada 35 pelajar kumpulan rawatan dan 35 pelajar kumpulan kawalan. Empat jenis instrumen digunakan iaitu modul PBM-SC2, ujian KBAT bagi tema Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup, soal selidik motivasi intrinsik dan soal selidik refleksi terhadap persekitaran PBM. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap KBAT, motivasi dan refleksi pelajar terha.....

1421 hits

52017
thesis
Pengukuran elemen KBAT dalam buku teks bahasa Melayu Tahun Enam
Norziana Mat Rabi
Objektif kajian ini adalah untuk mengukur pelaksanaan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pada arahan aktiviti pembelajaran dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Enam. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu menganalisis dokumen untuk mengenal pasti elemen KBAT pada arahan soalan aktiviti pembelajaran bagi setiap kemahiran bahasa. Kajian ini menggunakan Buku Teks Bahasa Melayu Tahun Enam sebagai sampel kajian. Data dikumpul menggunakan senarai semak ciri-ciri elemen KBAT, senarai semak arahan aktiviti pembelajaran dan temu bual pakar bagi mendapatkan respons terbuka. Data yang diperoleh dianalisis, dirumus dan dibandingkan antara setiap kemahiran bahasa. Dapatan kajian menunjukkan sebanyak 50 peratus elemen KBAT diterapkan dalam buku teks. Dapatan kajian juga menunjukkan elemen KBAT sesuai dilaksanakan dalam aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kesimpulannya, kajian ini membuktikan bahawa pelaksanaan elemen K.....

1029 hits

62018
article
Sorotan kajian kesediaan dan keperluan guru bahasa Melayu dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) di bilik darjah
Farah Aziana Abdul Aziz
Kertas ini membincangkan tentang kesediaan dan keperluan guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bahasa Melayu di sekolah. Memandangkan guru merupakan individu yang bertanggungjawab dalam membentuk dan mendidik murid di sekolah mengikut keperluan semasa pendidikan, maka peranan guru sangat dititikberatkan dalam menjayakan pelaksanaan KBAT dalam semua mata pelajaran. Kesediaan guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan KBAT sangat penting bagi membolehkan mereka mendidik murid menguasai KBAT yang mana merupakan salah satu aspek yang perlu dikuasai dalam menuju abad ke-21. Keperluan guru dalam merealisasikan pelaksanaan KBAT secara berkesan perlu diberi perhatian agar hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi berfikir pada aras tinggi dapat dicapai. Kajian ini menggunakan kaedah analisis dokumen berdasarkan sorotan-sorotan kajian lepas yang berkaitan dengan kesediaan dan keperluan guru bahasa Melayu dalam melaksanak.....

772 hits

72019
thesis
Pelaksanaan komposisi pengajaran guru pendidikan Islam yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang akidah sekolah rendah di Malaysia
Mohd Syaubari Othman
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan struktur komposisi pengajaran Guru Pendidikan Islam (GPI) yang mengintegrasikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam bidang akidah sekolah rendah. Tiga komponen komposisi pengajaran GPI iaitu permulaan, perkembangan dan penutup pengajaran ditetapkan sebagai kerangka konseptual kajian. Reka bentuk kajian secara kaedah campuran penjelasan berurutan (explanatory sequential mixed method design) dilaksanakan dengan didahului analisis kuantitatif dan dapatan daripada kuantitatif diteruskan menggunakan kaedah kualitatif secara kajian kes untuk penerokaan secara terperinci. Kajian ini dilaksanakan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama kajian dan disepadukan dengan protokol temu bual dan analisis dokumen manakala teknik pensampelan kelompok dan rawak berstrata secara zon digunakan bagi menentukan sampel kajian. Saiz sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 402 orang GPI yang mewakili populasi seramai 35,856 orang GPI .....

3520 hits

82015
thesis
Perspektif pelajar terhadap penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Biologi di daerah Limbang, Sarawak
Law, Hui Haw
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh guru dalam subjek Biologi mengikut perspektif pelajar di daerah Limbang. Kajian ini turut melihat perbezaan perspektif pelajar terhadap penerapan KBAT dalam subjek Biologi di daerah Limbang mengikut jantina dan tahap pencapaian pelajar. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif melalui penggunaan borang soal selidik yang dipetik daripada daripada borang soal selidik yang menggunakan skala Likert 5.0. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 25 orang pelajar Tingkatan Empat dan memperoleh nilai Cronbach Alfa 0.795. Sampel kajian terdiri daripada 150 orang pelajar sekolah menengah Tingkatan Empat yang mengambil subjek Biologi di daerah Limbang. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS 21.0, iaitu Statistical Package for the Social Science Version 21.0. Ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan perspektif pelajar mengikut jantina dan Ujian ANOVA satu hala untuk melihat perbez.....

1486 hits

92019
article
Integrasi elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berasaskan kit media dalam amalan pembelajaran dan pemudahcaraan guru pelatih bahasa Arab
Saipolbarin Ramli
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis integrasi antara elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan instrumen kit media dalam amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) guru-guru pelatih bahasa Arab UPSI. Ia melibatkan dua peringkat. Peringkat pertama merekabentuk dan mengolah kit media yang mempunyai elemen KBAT oleh guru pelatih bahasa Arab. Manakala peringkat kedua pula menganalisis keberkesanan penggunaan kit media ini sebagai satu medium efisyen dan praktikal untuk digunakan sepanjang sesi latihan mengajar di sekolah. Kajian ini melibatkan pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) bahasa Arab dengan Pendidikan UPSI ambilan September 2014/2015 yang telah menjalani latihan mengajar pada Julai 2017 seramai 71 orang pelajar. Kajian ini bersifat kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dan pemerhatian semasa proses penyeliaan latihan mengajar. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan purata. Data kualitatif juga digunakan untuk meliha.....

2109 hits

102019
thesis
Pembangunan modul PRO-STEM bagi topik biodiversiti dan ekosistem serta kesannya terhadap KBAT dan kemahiran abad ke-21
Nurul Huda Kasim
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul pembelajaran berasaskan projek yang diintegrasikan dengan konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Modul PRO-STEM) dalam  topik Biodiversiti dan Ekosistem serta mengkaji kesannya terhadap kemahiran berfikir aras tinggi  (KBAT) dan kemahiran abad ke-21. Kajian ini menggunakan kajian reka kuasi eksperimen bagi menilai  keberkesanan modul. Pembangunan modul PRO-STEM adalah berpandukan Model Pembangunan Modul Sidek.  Modul PRO-STEM yang dibangunkan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang baik dengan indeks  kebolehpercayaan alfa Cronbach sebanyak 0.92. Kajian keberkesanan modul terhadap KBAT dan kemahiran  abad ke-21 dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah Batang Padang, Perak. Sampel kajian  melibatkan seramai 63 orang murid yang dipilih secara rawak kelompok, 33 daripadanya dalam kumpulan  rawatan manakala lagi 30 orang murid berada dalam kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan menjalani  proses pengajara.....

4350 hits

[First] [Prev] Page 1 of 9 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.