UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 282 |
1 | 2018 thesis | Permodelan hubungan antara kekuatan sistem, faktor pengguna dan gaya pengurusan sekolah dengan kejayaan penggunaan aplikasi sistem maklumat pengurusan pendidikan Mohd Faizal Md Karim Kajian ini adalah satu usaha yang dijalankan untuk mengetahui sejauh mana tahap
penggunaan Pengurusan Sistem Maklumat Pendidikan (EMIS) di sekolah seluruh Negeri
Perak Darul Ridzuan. Dalam penyelidikan ini, kejayaan penggunaan EMIS dilihat dari segi manfaat
kepada individu dan organisasi. Reka bentuk penyelidikan ini adalah korelasi- deskriptif dan data
kuantitatif dikumpul dengan menggunakan soal selidik. Penyelidikan ini menggunakan teknik
pensampelan rawak strata untuk memilih 607 responden. Data kajian dianalisis dengan menggunakan
analisis deskriptif dan analisis regrasi berganda. Kajian ini mendapati empat daripada enam faktor
iaitu Kepuasan Pengguna EMIS (β = .45), Penglibatan Pengguna EMIS (β = .25), Kekuatan Sistem EMIS
(β= .24), Kefahaman Pengguna EMIS (β = .20) adalah faktor penyumbang yang signifikan kepada
kejayaan penggunaan EMIS dan menghasilkan persamaan regresi (Y-hatK-EMIS = -0.19 + 0.24(Kekuatan
Sistem (KS)) + 0.20(..... 24268 hits |
2 | 2016 article | Aplikasi Model ADDIE dalam pembangunan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) untuk awal kanak-kanak Bacotang Juppri, Mohamed Isa Zainiah, Che Mustafa Mazlina, Arshad Mahzan, Omar Ainon, Atikel ini menjelaskan aplikasi model ADDIE dalam pembangunan Modul Literasi Awal (Modul Lit-A) untuk awal kanak-kanak. Modul Lit-A dibangunkan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang kemahiran literasi awal seperti bahasa dan komunikasi; konsep cetakan dan cetakan persekitaran; fonemik dan fonetik; bacaan dan kefahaman naratif; dan tulisan awal. Kajian ini berbentuk penyelidikan campuran (kualitatif dan kuantitatif) yang diaplikasikan dalam reka bentuk pengajaran model ADDIE, iaitu (i) Analisis (Analysis); (ii) Reka Bentuk (Design); (iii) Pembangunan (Development); (iv) Pelaksanaan (Implementation); dan (v) Penilaian (Evaluation). Sampel kajian terdiri daripada 4 orang penilai luar, 3 orang pendidik, dan 30 orang kanak-kanak berumur 2+, 3+, dan 4+ tahun. Dapatan menunjukkan Modul Lit-A mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, sesuai dilaksanakan untuk kanak-kanak, dan berkesan meningkatkan tahap kemahiran literasi awal kanak-kanak. Justeru, Modul Lit-A dapat digunakan..... 5350 hits |
3 | 2015 thesis | Aplikasi model refleksi evolusi dalam kalangan guru-guru bahasa Kannagi Subramaniam Kajian ini bertujuan untuk meneroka penggunaan Model Refleksi Evolusi dalam pengajaran. Reka bentuk kajian kes digunakan untuk meneroka secara mendalam proses pemikiran guru semasa melakukan refleksi berdasarkan Model Refleksi Evolusi. Data dikumpul melalui temu bual sebelum pengajaran dan selepas pengajaran, pemerhatian pengajaran dan penelitian dokumen. Seramai 12 orang guru bahasa yang terdiri daripada 4 orang guru Bahasa Melayu, 4 orang guru Bahasa Inggeris dan 4 orang guru Bahasa Tamil. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Model Refleksi Evolusi merangsang pemikiran guru-guru bahasa untuk mengamalkan refleksi secara sistematik ke arah mempertingkatkan kemahiran mengajar mereka. Guru-guru yang mengamalkan secara berurutan langkah-langkah Model Refleksi Evolusi didapati lebih sistematik dalam membuat perancangan mengajar, pemilihan strategi pengajaran, pemilihan bahan, membuat penerangan dan membuat penilaian. Manakala guru-guru yang mengamalkan langkah-langkah secara tidak berurutan M..... 2381 hits |
4 | 2012 conference_item | Aplikasi Pemetaan Konsep Dalam Mencapai Objektif Pembelajaran Dalam Biologi A.Rahman Harizul Annuar, Mohd Noor Nor Nafizah, Concept map is a visual representation of alternative ways interesting but less practiced . This concept mapping to help students and teachers in presenting ideas and data in an organized , directed and meaningful. In the process of teaching and learning , concept mapping can be expressed as a compilation of the topic , the topic prior to combining with the latest and investigate existing knowledge of students in learning and teaching sessions in the next class the teacher can track students' understanding of the learning objectives of the learning session. Minor for the purpose of this study to provide an alternative lalauan teachers achieve learning outcomes with kolaberasi concept mapping . The study was conducted on 69 students at a school in Ipoh silver . Observations made on a sample by mapping concepts in photosynthesis topic to see the connection between teacher learning objectives are achieved. Module Faqih of constructivist learning model was conducted during the study...... 859 hits |
5 | 2016 article | Mengenal pasti aplikasi kognisi dalam Rancangan Pengajaran Harian melalui tunjang sains dan teknologi prasekolah Nachiappan Suppiah, Mamat Nordin, Mamud Munirah, Kajian ini dijalankan bagi mengkaji aplikasi kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah bagi tunjang sains dan teknologi melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan 14 buah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dari seorang guru praktikum. Kaedah Hermeneutik telah digunakan untuk menginterpretasi RPH bagi menganalisis aplikasi kognisi dalam komponen sains dan matematik yang diajar oleh guru praktikum. Hasil dapatan menunjukkan guru praktikum masih lagi kurang menerapkan aplikasi kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah berdasarkan tunjang sains dan teknologi. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta alat bantu mengajar kurang memberi kesan terhadap proses kognisi kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyediakan kursus tentang aplikasi kognisi untuk meningkatkan kemahiran mengajar di prasekolah.. 2206 hits |
6 | 2013 article | Aplikasi persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru Sains Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Nik Yusuff Nik Azmah, Mansor Rosnidar, Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan di peringkat awal pengaplikasian persekitaran pengajaran maya (Frog VLE) dalam kalangan guru sains. Ia melibatkan empat orang guru sains yang mengajar di Kuala Lumpur dan Perak. Kajian kualitatif ini dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sains telah mengaplikasikan Frog VLE dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran serta memotivasikan guru untuk mengajar lebih baik. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa mengaplikasikannya. Antaranya ialah capaian internet yang terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus serta bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan pengaplikasian Frog VLE dalam kalangan guru, mereka mencadangkan agar pentadbir sekolah perlu jelas tentang matlamat pelaksanaan persekita..... 2667 hits |
7 | 2016 article | Analisis pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah melalui Kaedah Hermeneutik Nachiappan Suppiah, Rengasamy Kanmani, Maniam Vishananthini, Ganaprakasam Charles, Mohd Zulkafaly Fatimah, Kajian ini adalah untuk menganalisis pengajaran mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sebuah sekolah rendah melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini melibatkan enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik KSSR di sebuah sekolah rendah yang terletak di Sungai Siput (U), daerah Kuala Kangsar. Sampel kajian adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka. Hasil kajian didapati terdapat tiga masalah utama yang dihadapi oleh murid, iaitu sukar memahami konsep matematik, sukar mengingati istilah atau kata kunci matematik dan juga masalah dalam penyelesaian masalah matematik. Guru juga menghadapi tiga masalah utama dalam pengajaran Matematik, iaitu bahan rujukan matematik kurang, guru tidak berpengalaman atau guru bukan opsyen Matematik dan masa pengajaran dan pembelajaran Matematik tidak mencukupi. Hasil kajian juga menunjukkan tiga kaedah penting yang boleh digunakan oleh guru semasa mengajar Matematik..... 2030 hits |
8 | 2015 article | Aplikasi perisian visualisasi tiga dimensi dalam pembelajaran sains Biologi implikasi terhadap pelajar berbeza keupayaan spatial Said Che Soh, Umar Irfan Naufal, Muniandy Balakrisnan, Desa Shakinaz, Hanafi Hafizul Fahri, Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti kesan perbezaan tahap keupayaan spatial pelajar terhadap prestasi kognitif dalam pembelajaran subjek biologi sel dengan menggunakan perisian visualisasi tiga dimensi. Perisian visualisasi tiga dimensi dihasilkan dengan menggunakan teknologi realiti maya dalam persekitaran web. Prestasi kognitif diukur dengan menggunakan ujian pencapaian. Reka bentuk kajian kuasi eksperimen digunakan dalam kajian ini. Seramai enam puluh satu orang pelajar daripada sebuah universiti telah dipilih sebagai sampel kajian yang pemilihan adalah berdasarkan kepada kumpulan kelas sedia ada. Dapatan kajian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi pelajar berbeza keupayaan yang mengikuti pembelajaran dengan perisian visualisasi tiga dimensi. Hasil kajian ini menunjukkan perisian visualisasi tiga dimensi dapat membantu pelajar berkeupayaan spatial rendah untuk mempelajari subjek sains biologi seiring dengan pelajar berkeupayaan spatial tinggi. Dapatan menunjukkan..... 1450 hits |
9 | 2015 article | Aplikasi teknologi sistem perakaunan untuk penjanaan ekonomi masjid Mohd Hussin Mohd Yahya, Muhammad Fidlizan, Hassan Mohamad, Abdul Razak Azila, Habidin Nurul Fadly, Peranan masjid kepada umat Islam amat luas ruang lingkupnya kerana ia adalah institusi yang boleh menyatukan seluruh umat Islam. Pengembangan ekonomi masjid merupakan antara langkah yang boleh dilakukan oleh institusi masjid untuk tujuan pengimarahan. Melalui pengenalan sistem elektronik perakaunan masjid (EMAS) yang telah dilaksanakan oleh institusi masjid di Negeri Perak, mendapati jumlah dana masjid yang terkumpul dalam bentuk simpanan tunai beserta tanah wakaf yang tidak diusahakan adalah banyak. Oleh yang sedemikian, institusi masjid seharusnya menjana ekonominya bagi memastikan kelangsungan aktiviti masjid dapat diteruskan dan seterusnya memacu pembangunan ekonomi ummah melalui penglibatan dalam kegiatan-kegiatan ekonomi yang produktif... 5125 hits |
10 | 2009 article | Kefahaman dan aplikasi konsep Asid-Bes dalam kehidupan harian dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat Sains Johor Bahru Kassim Abu Hassan, Tan Cheng Theng, Banyak kajian menunjukkan ramai dalam kalangan pelajar menghadapi masalah untuk memahami, seterusnya mengaplikasikan konsep yang dipelajari di dalam bilik darjah ke dalam kehidupan harian. Sehubungan dengan ini satu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kefahaman pelajar terhadap konsep asid-bes dan aplikasinya dalam kehidupan harian. Seramai 280 orang pelajar tingkatan empat aliran sains di tujuh buah sekolah daerah Johor Bahru, telah dilibatkan dalam kajian. Data kajian diperolehi dengan menggunakan satu set soal selidik ‘Aplikasi Konsep Asid-Bes Dalam Kehidupan Harian’. Data-data dianalisis dengan mengira frekuensi skor, peratusan, min dan sisihan piawai serta korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan tahap kefahaman pelajar terhadap kosep asid-bes adalah sederhana; manakala, kemampuan mereka untuk mengaplikasikan konsep tersebut dalam kehidupan harian adalah lemah. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perkaitan yang jelas antara tahap kefahaman pelajar terhadap kons..... 950 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 29 | [ Next ] [ Last ] |