UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 167
12019
article
Improving biocompatibility of cobalt based alloy using chemical etching and mechanical treatment
Arman Shah bin Abdullah
Biomedical grade of cobalt based alloy have found a plethora of applications as medical devices especially in dental and articulation joints like in total ankle, knee and hip arthroplasty. However, the long-term performance of this material is highly dependent on their ability to withstand in harsh aqueous environment effects such as corrosion and wear once they are used inside a human body. Loss of surface integrity and subsequent leaching of toxic metal ions as well as particles to the surrounding tissues may undermine biocompatibility of metallic implants, also potentially causing untimely loss of mechanical function and device failure. In this study, a biomedical grade of CoCrMo alloy surface was treated with various surface modification techniques such as chemical etching and mechanical roughening in order to improve its biocompatibility. Investigation was done to study which surface modification techniques possesses the positive effect in cell growth and exhibit excellent cell re.....

5755 hits

22012
article
Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran Sains
Abdullah Norazilawati, Nik Yusof Nik Azmah, Mansor Rosnidar,
4997 hits

32012
article
Enrichment of Anaerobic Ammonium Oxidation (Anammox) bacteria for Biological Nitrogen removal of wastewater
Yusof Norjan, Abdullah Hanisom, Samsudin Syakirah, Hassan Mohd Ali,
6026 hits

42016
article
Keberkesanan teknik peta pemikiran terhadap peningkatan prestasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar
Nawawi Khairudin, Abdullah Norazilawati,
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik peta pemikiran dalam meningkatkan tahap pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya, Ipoh, Perak. Kajian ini melihat tahap pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab selepas menggunakan teknik peta pemikiran. Kaedah kuasi eksperimen telah digunakan adalah kajian ini. Responden terdiri daripada 66 orang pelajar yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik untuk menyokong dapatan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Keputusan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, min, sisihan piawai dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab telah meningkat selepas menggunakan teknik peta pemikiran. Kajian ini mempunyai implikasi kepada g.....

5728 hits

52016
article
Penilaian guru sekolah rendah di daerah Kinta Utara terhadap Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
Hassan Zulkifli, Abdullah Norazilawati,
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru sekolah rendah di daerah Kinta Utara terhadap pelaksanaan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan persepsi guru terhadap pelaksanaan PAJSK berdasarkan pengalaman bekerja dan umur. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan yang melibatkan sekolah rendah di sekitar Kinta Utara. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang responden dan bahagian B mengenai tahap kesediaan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam melaksanakan PAJSK. 343 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif untuk menganalisis profil responden dan analisis borang soal selidik mengenai persepsi guru terhadap pelaksanaan PAJSK. Statistik deskriptif yang digunakan ialah nilai min, skor min, sisihan piawai, nilai min bagi keseluruhan item dan ujian Anov.....

1793 hits

62016
article
Penilaian keberkesanan Program Sarana Ibu Bapa dalam meningkatkan pencapaian murid dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah dengan menggunakan Model Penilaian CIPP
Ab Latif Asyraf, Abdullah Norazilawati,
Program Sarana Ibu Bapa merupakan inisiatif yang diperkenalkan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang bertujuan untuk meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak di rumah dan juga di sekolah. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak di sekolah dan di rumah serta hubungan di antara elemen penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak di rumah dengan pencapaian anak dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah. Kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah tinjauan dan instrumen soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Responden kajian terdiri daripada 100 orang ibu bapa dari lima buah sekolah di daerah Perak Tengah. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk mencari perhubungan di antara pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan tahap penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak di sekolah dan juga di sekolah berada pada tahap tinggi.....

1538 hits

72016
article
The effectiveness of hands-on/authentic learning on elementary school students’ achievement in and attitudes towards science
Nik Yusuff Nik Azmah, Md Ali Norazimah, Abdullah Norazilawati, Ong Eng Tek,
This study is aimed at determining young students’ achievement in the standard 5 science content, and attitudes towards science, after experiencing hands-on learning. Ten pupils from one elementary school in Selangor were purposively selected as participants. Observations and interviews were the methods used to collect data, and rubrics were specially designed as assessment tools. Data collected from observation were analysed descriptively while from interviews using NVivo 2.0. It is found that the attitudes of th pupils are positive towards science after experiencing hands-on learning, and they are able to link concepts taught through experiments to their daily life experience. Also, hands-on/authentic teaching and learning is found to be an effective pedagogy which increases pupils’ achievement as well as improves their understanding of science concepts. The young students are found to be highly motivated, hence hands-on/authentic teaching and learning is recommended to be implem.....

5142 hits

82016
article
Pembangunan modul peta pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sains tahun 5 sekolah rendah
Murad Azlili, Abdullah Norazilawati,
Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Modul Peta Pemikiran i-Think bagi mata pelajaran Sains sekolah rendah. Modul ini adalah sebagai rujukan dan panduan bagi memudahkan guru menggunakan peta pemikiran i-Think di dalam bilik darjah. Di samping itu, pembangunan modul ini juga adalah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid di dalam mata pelajaran Sains. Pengkaji menggunakan model ADDIE untuk membangunkan modul ini yang mempunyai lima peringkat iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Modul Peta Pemikiran i-Think terdiri daripada 4 bahagian iaitu maklumat mengenai i-Think, maklumat mengenai 8 peta pemikiran, rancangan pengajian harian (RPH) dan lembaran kerja berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Dalam kajian ini, modul tersebut dinilai oleh guru-guru Sains, jurulatih utama i-Think dan juga pensyarah. Modul ini dinilai dengan menggunakan senarai semak. Segala penambahbaikan dilakukan setelah peringkat penilaian selesai. Dijangk.....

1711 hits

92016
article
Pembinaan dan penilaian makmal maya (Nora VLab) untuk menerapkan kemahiran proses Sains dalam kalangan murid
Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Wong Kung Teck, Hamzah Mahizer,
Kajian ini bertujuan membina dan menilai makmal maya (Nora VLab) yang berasaskan aplikasi multimedia bagi menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu membangunkan perisian makmal maya (Nora VLab) dalam satu sub tajuk iaitu “Ketumpatan”, mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab untuk membantu murid dalam penerapan kemahiran proses sains. Model rekabentuk pengajaran ADDIE diguna sebagai panduan rekabentuk Nora VLab. Kajian ini terdiri daripada tiga fasa. Fasa pertama kajian bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang kesukaran dan kekerapan tajuk Ketumpatan terdapat dalam sukatan mata pelajaran sains, model pembelajaran serta reka bentuk yang sesuai. Fasa kedua kajian adalah untuk membangunkan perisian Nora VLab. Susunan konsep dan kemahiran dalam perisian Nora VLab adalah berdasarkan Teori Kognitivisme, Teori Konstruktivisme dan Teori Kontekstu.....

5421 hits

102016
article
Pembinaan instrumen penilaian kendiri pembelajaran Algebra tingkatan empat
Abdullah Mohd Faizal Nizam Lee, Low Chai Peng, Dollah Mohd Uzi,
Kajian ini bertujuan membina instrumen penilaian murid tingkatan 4 bagi pembelajaran algebra dalam Matematik dan Matematik Tambahan. Topik-topik yang dikaji bagi subjek Matematik adalah Ungkapan dan Persamaan Kuadratik dan Garis Lurus. Manakala bagi subjek Matematik Tambahan, topik-topik yang dikaji adalah Fungsi, Persamaan Kuadratik, Fungsi Kuadratik, Persamaan Serentak dan Indeks dan Logaritma. Kaedah yang digunakan untuk membina instrumen dalam kajian ini melibatkan dua fasa, iaitu kajian literatur dan kajian rintis. Dapatan daripada kajian literatur telah mengenal pasti lima konstruk, iaitu minat, gaya pembelajaran, pengetahuan asas menengah rendah, penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan isi kandungan algebra. Dapatan daripada kajian rintis pula adalah kesahan kandungan instrumen oleh lima orang pakar iaitu guru yang berpengalaman dalam mengajar Matematik dan Matematik Tambahan serta pensyarah universiti. Nilai kebolehpercayaan keseluruhan item dalam instrumen ialah 0.....

7673 hits

[First] [Prev] Page 1 of 17 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (69)
article ... (598)
conference_item ... (12)
monograph ... (26)
bulletin ... (18)
research_report ... (8)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Abd +Rahim +Abdullah

+Maria +Shu +Hong +Bee +Abdullah

+Zolkipli +Abdullah

+Mohd +Abdullah +Jusoh

+Abdullah




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.