|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 2 |
| Simplified search suggestions : Azlina Amat Yasin |
| 1 | 2017 Thesis | Amalan inovasi pengajaran penguasaan sifir dan kemahiran penyelesaian masalah matematik murid tahun 5 Azlina Amat Yasin Kajian tindakan ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan inovasi pengajaran dalam penguasaan sifir dan kemahiran penyelesaian masalah matematik murid Tahun Lima. Rekabentuk kajian menggunakan dua gelung dalam pengajaran dan pembelajaran diadaptasi daripada Model Kajian Tindakan Kemmis & Mctaggart 1988. Pemilihan sasaran kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan 21 murid Tahun Lima di salah sebuah sekolah rendah dalam sebuah felda di Daerah Hulu Selangor selama sembilan minggu. Modul Intervensi MAGIC MATHS digunakan bagi meningkatkan pencapaian dan minat murid dalam subjek matematik. Pengkaji membangunkan MAGIC MATHS menggunakan perisian Microsoft Power Point dan Microsoft Visual Basic. Instrumen kajian yang digunakan adalah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, catatan refleksi, analisis dokumen, protokol temubual, pemerhatian, gambar dan rakaman video. Data dianalisis secara deskriptif dan kualitatif. Dapatan ujian pasca selepas lima sesi intervensi dalam gelung ..... 4713 hits |
| 2 | 2025 Thesis | Pembangunan Model Asas Pengajaran Berdasarkan Nilai Akhlak dalam STEM Matematik di Sekolah Rendah Azlina Amat Yasin Kajian ini bertujuan membangunkan Model SPIKK, sebuah Model Asas Pengajaran Berdasarkan Nilai-Akhlak dalam STEM Matematik di Sekolah Rendah dan menilai kebolehgunaannya. Reka bentuk penyelidikan menggunakan pendekatan Design and Development Research (DDR) melalui tiga fasa: (1) analisis keperluan, (2) reka bentuk dan pembangunan, dan (3) penilaian kebolehgunaan. Temu bual separa struktur telah digunakan bagi fasa analisis keperluan dan penilaian kebolehgunaan model, manakala fasa reka bentuk menggunakan Fuzzy Delphi Method (FDM) dan fasa pembangunan menggunakan Interpretive Structural Modelling (ISM) dengan perisian Concept Star. Seramai 51 pakar telah dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Di dalam fasa analisis keperluan, kesemua enam pakar bersetuju tentang kepentingan untuk mengintegrasikan Nilai-Akhlak dalam pendidikan Matematik STEM di sekolah rendah. Dalam fasa reka bentuk, FDM digunakan untuk mencapai konsensus dalam kalangan 29 pakar dalam bidang pendidikan Matematik, N..... 34 hits |