UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 31
Simplified search suggestions : Hashim Mohmadisa
12012
article
Analisis trend hujan di bandaraya Ipoh Perak 1970-2007
Hashim Mohmadisa, Ismail Wan Ruslan, Nayan Nasir, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Ibrahim Mohd Hairy,
Penelitian terhadap trend hujan jangkamasa panjang adalah penting dan relevan dalam kajian hidrologi khususnya sebagai alat untuk mengesan dan mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam sistem hidrologi. Untuk itu, data hujan bulanan dan tahunan dari tahun 1970 hingga 2007 yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dianalisis dengan menggunakan ujian statistik dan Ujian Mann-Kendall bagi mengesan perubahan (meningkat, menurun atau stabil) atau trend yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1970-2007 dengan purata tahunan 2497 mm. Rekod juga menunjukkan bahawa trend hujan yang meningkat semasa Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya dalam tempoh yang sama. Hujan maksimum adalah pada bulan April dan Oktober iaitu semasa berlakunya pertukaran monsun. Rekod juga menunjukkan kawasan Ipoh menerima hujan paling banyak semasa Monsun Timur Laut walaupun stesen hujan terletak di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia dengan purata 1016 mm. H.....

5143 hits

22012
article
Trend hujan jangkamasa panjang dan pengaruhnya terhadap hakisan permukaan: implikasinya kepada tapak kampus baru Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim
Hashim Mohmadisa, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir,
Hujan merupakan salah satu elemen penting dalam proses dan perubahan bentuk bumi. Penganalisisan terhadap data hujan akan dapat menentukan pelbagai impak yang berlaku di atas permukaan bumi seperti kadar luahan, aliran permukaan, air dalam tanah, hakisan tanih, meramalkan dan menetukan kejadian banjir. Trend jangka panjang dan juga intensiti sering dikaitkan sebagai penyumbang kepada peningkatan kadar hakisan permukaan di kawasan yang dibangunkan. Dalam penulisan ini, fokus diberikan kepada tindakan hujan terhadap masalah hakisan tanih yang berlaku di tapak kampus baharu UPSI yang sedang dibangunkan. Penelitian terhadap ciri hujan, pengaruh angin monsun, trend hujan jangkamasa panjang serta perkaitan hujan dengan kejadian hakisan dilakukan. Hasil kajian menunjukkan trend hujan jangkamasa panjang di Tanjong Malim adalah meningkat dan sentiasa melebihi 2400 mm setiap tahun. Kawasan kajian sedang dibangunkan terletak di kaki bukit dan Banjaran Titiwangsa sentiasa menerima hujan lebat deng.....

1734 hits

32014
article
Analisis bunyi bising trafik persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia
Hashim Mohmadisa, Misran Hairul Farhan, Saleh Yazid, Nayan Nasir, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri,
Artikel ini bertujuan untuk menilai masalah pencemaran bunyi bising trafik yang berlaku di persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia. Pemilihan kawasan kajian adalah berdasarkan faktor letakkan sekolah yang sentiasa terdedah dengan gangguan bunyi bising trafik. Sebanyak lima buah sekolah yang terletak di sekitar pusat bandar telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kaedah yang digunakan adalah dengan membuat cerapan menggunakan Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument bagi menentukan nilai maksimum (Mak), minimum (Min) dan purata keseluruhan (Leq). Pencerapan bagi setiap stesen adalah sebanyak tiga kali iaitu pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi), tengah hari (12.00 tengah hari hingga 2.00 petang) dan petang (5.00 petang hingga 7.00 petang) iaitu selama 10 minit setiap waktu pada hari bekerja dan tidak bekerja. Tujuan pemilihan tiga waktu pencerapan ini adalah untuk mendapatkan purata bagi keseluruhan hari dan membandingkan tahap bunyi bising trafik di lokasi kaj.....

2641 hits

42014
article
Analisis guna tanah dan implikasinya terhadap persekitaran fizikal Lembangan Sungai Bernam 1984-2004
Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mat Said Zahid,
Pelbagai dasar pembangunan ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memberikan manfaat kepada penduduk. Aktiviti pembangunan yang dilaksanakan akan melibatkan perubahan kepada guna tanah sesuatu kawasan dan meninggalkan kesan kepada persekitaran fizikal. Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baharu bagi mengatasi kesesakan di Lembah Klang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perubahan guna tanah yang berlaku khususnya di bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam dari tahun 1984 hingga 2004 dan implikasi terhadap persekitaran. Data perubahan guna tanah diperoleh dari Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan data hujan mengikut stesen diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Analisis siri masa dilakukan bagi kesemua data bagi menilai sebarang perubahan dalam jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati guna tanah hutan semakin berkurangan di kawasan ini iaitu 689.2 km2 (1984) kepada 536 km2 (2004). Guna tanah hutan yang semakin berkura.....

1963 hits

52014
article
Impak globalisasi terhadap perubahan fungsi bandar kecil beberapa penemuan di Batang Kali dan Bukit Beruntung, Selangor
Saleh Yazid, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Ismail Kamarul,
Artikel ini menganalisis perubahan fungsi (ekonomi) bandar kecil di beberapa buah bandar kecil terpilih di Koridor Utara Negeri Selangor. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan, didapati fungsi-fungsi tradisional bandar kecil tersebut sudah mula berubah. Penawaran fungsi seperti kedai baja, kedai peralatan pertanian dan kedai buah-buahan semakin merosot. Sebaliknya fungsi-fungsi yang lebih bersifat global seperti pasar raya besar, penghantar cepat dan hotel semakin bertambah. Penemuan ini merupakan petunjuk awal ke arah bagi membuktikan bahawa proses globalisasi telah memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan fungsi di kawasan kajian. Ini kerana semakin banyak perubahan penawaran fungsi (dari fungsi tradisional kepada yang lebih moden) membawa maksud semakin kuat pengaruh globalisasi di kawasan tersebut dan penemuan ini penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMKL) kini mula tersebar serta memberi kesan melampaui kawasan.....

2117 hits

62016
article
Aspek kritikal pendidikan pembangunan lestari berdasarkan data temu bual guru
Mahat Hanifah, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir,
Pengetahuan dalam melaksanakan aktivit kelestarian membantu individu mendapatkan pelbagai pengalaman, memperoleh pemahaman asas dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar. Malah, peningkatan tahap pengetahuan tentang alam sekitar dapat membentuk sikap positif terhadap alam sekitar. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan guru berhubung pendidikan pembangunan lestari (Education for Sustainable Development-ESD) yang dilaksanakan menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS). Pengetahuan dalam kajian ini terdiri daripada pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan Kandungan ESD, dan pengetahuan amalan ESD. Protokol temu bual telah dibangunkan dalam kajian ini. Seramai 12 orang guru dari tiga kategori sekolah yang terlibat dalam Program SLAAS telah ditemu bual. Dapatan utama kajian menunjukkan responden mengetahui aktiviti yang dilaksanakan dalam Program SLASS namun kurang memberi penegasan terhadap nilai di sebalik aktiviti tersebut. Kedua, pengetahu.....

7125 hits

72016
article
Pemetaan bunyi bising trafik di penempatan terpilih Koridor Utara Negeri Selangor
Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mahat Hanifah,
Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti tahap aras kebisingan trafik di kawasan penempatan terpilih yang terletak dalam Koridor Utara Negeri Selangor (KUNS) yang melibatkan 16 buah stesen cerapan. Proses cerapan dilakukan pada hari bekerja dan tidak bekerja yang meliputi waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Parameter yang diambil kira adalah nilai maksimum (Max), minimum (Min) dan juga purata (Leq). Data bunyi bising trafik yang dicerap pada setiap stesen dipetakan kawasan liputan sebaran bunyi bising menggunakan kaedah regresi dalam sistem maklumat geografi (GIS) iaitu interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW). ArcGIS 93 digunakan sebagai alatan untuk membuat analisis interpolasi sebaran bunyi. Hasil kajian mendapati bahawa pada hari bekerja kesemua kawasan di KUNS mencatatkan nilai kebisingan melebihi piawaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu 65 dBA pada setiap waktu cerapan kecuali Bandar Sungai Buaya bagi waktu pagi dan tengah hari. Situasi yang hampir sama berlaku pada ha.....

1411 hits

82014
article
Kualiti air tirisan kajian kes di Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu, Selangor
Abdul Rahim Luqmanulhakim, Hashim Mohmadisa, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir, Saleh Yazid,
Air tirisan atau lebih dikenali sebagai air bukit terhasil apabila sesuatu bentuk muka bumi diteroka atau dipotong untuk tujuan pembangunan khususnya untuk pembinaan jalan raya atau lebuh raya baharu. Air tirisan ini mengalir dari celah rekahan batuan dan dianggap sebagai air semula jadi yang mengalir dari dalam tanah. Menjadi satu trend pada masa kini, orang awam mengambil air ini untuk tujuan minuman di samping keperluan lain. Air tersebut diminum terus tanpa dirawat terlebih dahulu. Artikel ini menganalisis tahap kualiti air tirisan di dua buah lokasi iaitu Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu yang terletak dalam daerah Hulu Selangor. Sampel kualiti air di lokasi ini telah diambil sebanyak tiga kali dan dianalisis secara insitu serta dalam makmal. Data kualiti tirisan ini dibandingkan dengan Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan (INQWS), Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kebangsaan Kualiti Air Minuman (NSDWQ), Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan majoriti orang awam mengambil air ini.....

2349 hits

92016
article
Tahap kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak
Nayan Nasir, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Ismail Kamarul, Mahat Hanifah, Koh Liew See,
Artikel ini akan membincangkan tentang kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi yang melibatkan sentuhan secara langsung antara air dengan manusia. Ia melibatkan tujuh unsur logam berat iaitu zink, ferum, kadmium, magnesium, merkuri, plumbum dan kuprum. Kajian ini melibatkan sampel air dari 22 stesen kajian bagi empat buah kolam di Taman Tasik Taiping. Data primer telah digunakan iaitu melibatkan pencerapan sampel air di lapangan. Data primer kepekatan unsur logam diperoleh dengan pengambilan sampel air yang dibawa ke dalam makmal untuk ujian dalam makmal. Penilaian tahap kepekatan logam berat adalah berdasarkan pengelasan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kualiti Air Minum daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan nilai kepekatan logam berat masih di bawah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kecuali plumbum. Terdapat juga nilai kepekatan logam berat yang meleb.....

2115 hits

102014
article
Kualiti air tirisan: kajian kes di Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu, Selangor
Abdul Rahim Luqmanulhakim, Hashim Mohmadisa, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir, Saleh Yazid,
Air tirisan atau lebih dikenali sebagai air bukit terhasil apabila sesuatu bentuk muka bumi diteroka atau dipotong untuk tujuan pembangunan khususnya untuk pembinaan jalan raya atau lebuh raya baharu. Air tirisan ini mengalir dari celah rekahan batuan dan dianggap sebagai air semula jadi yang mengalir dari dalam tanah. Menjadi satu trend pada masa kini, orang awam mengambil air ini untuk tujuan minuman di samping keperluan lain. Air tersebut diminum terus tanpa dirawat terlebih dahulu. Artikel ini menganalisis tahap kualiti air tirisan di dua buah lokasi iaitu Ulu Yam dan Kuala Kubu Bharu yang terletak dalam daerah Hulu Selangor. Sampel kualiti air di lokasi ini telah diambil sebanyak tiga kali dan dianalisis secara insitu serta dalam makmal. Data kualiti tirisan ini dibandingkan dengan Piawai Interim Kualiti Air Kebangsaan (INQWS), Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kebangsaan Kualiti Air Minuman (NSDWQ), Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan majoriti orang awam mengambil air ini.....

2177 hits

[First] [Prev] Page 1 of 4 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (1)
article ... (61)
book_section ... (1)
monograph ... (3)
research_report ... (3)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Hashim +Mohmadisa

+Nayan +Nasir +Mahat +Hanifah +Hashim +Mohmadisa +Saleh +Yazid +A +Rahaman +Zullyadini +See +Koh +Liew

+Hashim +Mohmadisa +Che +Ngah +Mohamad +Suhaily +Yusri +Nayan +Nasir

+Mahat +Hanifah +Hashim +Mohmadisa +Saleh +Yazid +Nayan +Nasir +Norkhaidi +Saiyidatina +Balkhis

+Hashim +Mohmadisa +Nik +Daud +Nik +Mohd +Farhan +Mat +Said +Zahid +Nayan +Nasir +Othman +Zainudin +Saleh +Yazid +Aiyub +Kadaruddin +Mahat +Hanifah




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.