UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 127
12011
thesis
Penerapan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran fizik (satu kajian kes)
Suhaiza Mat Said
Case Studies Research on the Application of Information and Communication Technology (ICT) in Teaching and Learning Process in Physics was implemented to learn more about the application of ICT in secondary school. This approach was chosen for the understanding of realities of ICT implementation and problems faced by teacher who implement it. This study was also conducted to identify how teachers implement the ICT in physics teaching and learning process, problems, problems solution and find out whether factors such as attitudes of teachers, teaching experience, number of hours of teaching, knowledge and computer skills and experience of the course ICT influence the adoption of ICT in teaching and learning physics. This study involved five teachers who serve as subjects in the district of Kuala Terengganu, Terengganu. Subjects were selected using selected sampling. Interview protocol as the main research instruments used to gather information. Process monitoring studies such as the ear.....

2139 hits

22004
thesis
Tahap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai alat bantu mengajar di kalangan guru Matematik semasa pengajaran dan pembelajaran Matematik disekolah menengah daerah Batang Padang, Perak
Johnson Savarimuthu
This study is a survey to identify the usage of ICT in teaching and learning Mathematics in secondary schools in Batang Padang District, Perak. The aspects that identify are the interest of using ICT, usage of ICT equipment and the promblems of using ICT by the teachers in teaching and learning Mathematics. A total of 100 graduate and non graduate and also with experienced and less experienced teachers from ten schools in Batang Padang District were selected as samples for this study. The purpose of this study is to gauge the teachers interest on ICT, usage of ICT equipment and the problems they are facing when using ICT in teaching and learning Mathematics in school. For this purpose all samples were answered the questionares which were prepared by the reseacher. Datas obtained from the questionares were analyzed by SPSS (Statistical Package for the Sosial Sciences) and interpreted to fulfil the survey questions. The results show that more than 80 % of the teachers were given a positi.....

3490 hits

32007
thesis
Komunikasi antara guru dan murid dalam pengajaran penulisan bahasa Melayu
Zurida Abdul Manan
Kajian ini meneliti perspektif  komunikasi dalam pengajaran penulisan Bahasa Melayu di dalam kelas tingkatan 5 Aset di sebuah sekolah menengah. Tujuan kajian ini untuk mengenal  pasti keberkesanan komunikasi antara guru dan murid dalam pengajaran penulisan. Selain itu, kajian  ini dilaksanakan semasa proses pengajaran berlangsung di dalam bilik darjah dengan menggunakan reka  bentuk kajian kes. Seramai 6 orang responden telah dipilih untuk ditemu bual. Pengkaji menggunakan  kaedah pemerhatian, temubual dan rakaman audio sebagai alat pengumpulan data. Penganalisisan data  dibuat semasa dan selepas temu bual dijalankan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa komunikasi dalam pengajaran penulisan dipengaruh oleh  ketiga-tiga elemen pemboleh ubah yang disebutkan iaitu pemerhatian, temu bual dan rakaman audio selain pengalaman mengajar.  ..

1419 hits

42015
thesis
Penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat di sekolah-sekolah daerah Besut
Mazlinda Muhamad
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan sepanduk sebagai alat komunikasi visual dalam penyampaian maklumat. Fokus kajian ini adalah terhadap sepanduk di bahagian hadapan sekolah yang meliputi reka bentuk, struktur peragaan dan lokasi peragaan sepanduk. Penyelidikan ini melibatkan sepuluh buah sekolah dalam daerah Besut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kajian kes kualitatif. Kajian kes yang digunakan adalah kajian kes deskriptif dan eksploratori. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul data meliputi temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Bagi kaedah temu bual, sebanyak sepuluh orang guru seni daripada sepuluh buah sekolah telah dipilih secara rawak. Penyelidik juga membuat sesi temu bual bersama Pegawai Pendidikan Daerah Besut untuk mendapatkan maklumat berkaitan arahan menghasilkan sepanduk. Temu bual berbentuk separa struktur dilakukan. Kaedah pemerhatian dilakukan dengan melihat respons audiens terhadap sepanduk yang dipamerkan di sekolah-sekolah terpilih. .....

536 hits

52015
thesis
Kefahaman pelajar-pelajar Reka Bentuk Komunikasi Visual Universiti Negeri Malang terhadap iklan kosmetik televisyen
Ardjaka, Sugiyono
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pemahaman pelajar terhadap iklan kosmetik yang disiarkan di televisyen. Pensyarah adalah faktor dominan yang mempengaruhi kefahaman pelajar terhadap iklan televisyen di samping faktor-faktor lain seperti corak tingkah laku, penerimaan rakan-rakan, dan internet. Iklan yang dikaji adalah yang popular sepanjang tahun 2009 hingga 2010 yang melibatkan 26 produk kosmetik. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, mengukur peratusan pendapat responden dan diikuti dengan kaedah kualitatif untuk mendapatkan satu set maklumat daripada responden. Seramai 30 responden dari Universiti Negeri Malang, Indonesia telah dipilih secara rawak untuk dijadikan sampel dalam kajian ini. Hasil penyelidikan menunjukkan iklan televisyen berperanan dalam mempromosikan produk-produk tersebut dalam pasaran. Kajian ini juga menunjukkan pelajar menyukai iklan yang menyentuh warisan budaya Indonesia, Kajian ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk pelajar membuat iklan, memahami k.....

374 hits

62015
thesis
Pelaksanaan modul projek penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi dan kemahiran sosial kanak-kanak prasekolah
Azizah Zain
Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi, kemahiran sosial dan penglibatan kanak-kanak prasekolah melalui aktiviti 'hands-on '. Kaedah kajian yang digunakan adalah etnografi berdasarkan Teori Konstruktivisme dan Teori Interaksionalis. Subjek kajian terdiri daripada sepuluh orang kanak-kanak prasekolah di sebuah sekolah di daerah Kota Setaro Data primer terdiri daripada data pemerhatian, data temu bual dan data analisis dokumen. Kesemua data dianalisis menggunakan perisian Atlas Ti.O.7. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan aktiviti yang terdapat dalam Modul Projek Penyiasatan meningkatkan komunikasi kanak-kanak dengan guru, rakan dan persekitaran mereka. Kesan terhadap peningkatan komunikasi, keyakinan kanak-kanak berkomunikasi bersama individu lain bertambah baik. Dapatan juga menunjukkan komunikasi yang berlaku semasa aktiviti projek meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kanak-kanak terhadap topik yang diminati. Di samping itu.....

1551 hits

72012
thesis
Komunikasi intrapersonal dan interpersonal sebagai asas kemahiran insaniah
Marniyati Mohd Nor
Penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan memberi definisi dan konsep yang lebih jelas untuk kemahiran insaniah daripada sudut pandangan yang pelbagai. Pandangan daripada graduan, orang awam selaku pelanggan perkhidmatan, majikan yang mengambil pekerja, universiti yang menawarkan kursus dan tokoh informan yang sudah mencapai kejayaan harus diambil kira bagi mendapatkan tafsiran yang tepat terhadap kemahiran insaniah. Penyelidikan ini juga cuba mengenal pasti unsur-unsur kemahiran insaniah yang bersesuaian dengan keperluan graduan untuk diterapkan dalam sukatan pelajaran di IPT. Penyelidikan ini menggunakan reka bentuk penyelidikan deskriptif. Kaedah tinjauan digunakan bagi mendapat maklumat keseluruhan berkaitan sesebuah situasi yang khusus melibatkan bidang kemahiran insaniah. Dua jenis tinjauan digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini, iaitu kajian rentas dan kajian panel pakar. Lima kelompok responden dilibatkan sebagai populasi iaitu graduan, universiti, firma, tokoh informan d.....

730 hits

82015
thesis
Analisis aplikasi kognisi dalam tunjang komunikasi bahasa Malaysia prasekolah
Thanavalli Subrahmonion
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis aplikasi kognisi dalam tunjang komunikasi bahasa Malaysia prasekolah. Kajian ini melibatkan seorang guru prasekolah di daerah Kinta Utara, Perak sebagai responden yang menjawab soalan-soalan secara lisan. Sebanyak 40 set Rancangan Pengajaran Harlan, hasillembaran kerja 25 orang kanak-kanak dan teks temubual responden telah dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden telah menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran untuk menarik minat kanak-kanak terhadap tunjang komunikasi bahasa Malaysia. Kanak-kanak sememangnya bertindak aktif terhadap pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan menarik. Dalam hal ini, aspek pengetahuan sedia ada kanak-kanak membantu mereka untuk meningkatkan pencapaian kognisi yang lebih berkesan. Responden memahami kepentingan pengetahuan sedia ada kanak-kanak dan dimanfaatkan pengaplikasian kognisi dalam 82.5% Rancangan Pengajaran Harian yang disediakannya. Namun,.....

561 hits

92016
thesis
Pengujian kebolehgunaan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis
Sumiati Suparmin
Kajian ini bertujuan untuk menguji kebolehgunaan pembangunan kit pembelajaran visualisasi terhadap pemahaman konsep asas komunikasi tanpa wayar dalam kalangan pelajar novis. Terdapat pelajar yang menghadapi masalah dalam memahami konsep asas sesuatu pelajaran yang diajarkan secara maya dan bergantung secara teori sahaja. Sebuah kit pembelajaran visualisasi telah dibangunkan sebagai alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) yang dinamakan sebagai VizWSN. Penggunaan alat dan bahan mengajar banyak memberikan sumbangan dalam meningkatkan pemahaman pelajar serta kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pengajar dan pendidik. Dua aspek penting yang diterapkan dalam kit tersebut ialah pengetahuan konseptual iaitu pengetahuan teori dan pengetahuan melalui pengalaman secara visualisasi iaitu praktikal. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah eksperimen sahaja manakala model pembangunan yang digunakan dalam kajian ini adalah Model ADDIE. Kajian terhadap kesan penggunaan kit ini telah meli.....

1074 hits

102016
thesis
Penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi dalam subjek Biologi
Noor Azliza Ahmad
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan tahap kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi. Selain itu juga, kajian ini turut mengkaji hubungan antara kemahiran insaniah komunikasi pelajar menggunakan tiga kaedah dalam pendekatan pembelajaran aktif iaitu kaedah perbincangan dalam kumpulan, kaedah perbentangan dan kaedah koperatif jigsaw dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran aktif turut dikaji. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kuasi eksperimen. Pemilihan responden kajian adalah secara persampelan rawak bertujuan melibatkan 67 orang pelajar dari Kolej Matrikulasi Perak, Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Modul III yang mengambil subjek Biologi sebagai mata pelajaran teras. Responden kajian dibahagikan kepada dua kumpulan; 32 orang pelajar dalam kumpulan kawalan dan 35 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Tiga instrumen kajian telah digunakan iaitu uji.....

549 hits

[First] [Prev] Page 1 of 13 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (129)
article ... (183)
book_section ... (1)
conference_item ... (6)
monograph ... (43)
bulletin ... (15)
research_report ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Komunikasi

+Bahagian +Komunikasi +Korporat +UPSI

+Teknologi +maklumat +dan +komunikasi

Teknologi+maklumat+dan+komunikasi

+Penggunaan +bahan +bantu +mengajar +berasakan +teknologi +maklumat +dan +komunikasi +dalam +pengajaran +dan +pembelajaran +pendidikan +islam




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.