UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 7
12023
final_year_project
Pengaplikasian Bahan Bantu Mengajar berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Nor Asmidar Hishamudin
Kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan guru Bahasa Melayu terhadap pengaplikasian BBM berasaskan TMK; mengenal pasti tahap penggunaan BBM berasaskan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu; mengenal pasti persepsi guru terhadap kepentingan pengaplikasian BBM berasaskan TMK dalam pembelajaran Bahasa Melayu; dan menganalisis hubungan antara tahap pengetahuan, tahap penggunaan dan persepsi guru terhadap kepentingan mengaplikasikan BBM berasaskan TMK. Pelaksanaan kajian ini berpandukan Teori Kecerdasan Pelbagai dan Model Pembelajaran Kolb yang dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif berbentuk tinjauan. Borang soal selidik merupakan instrumen untuk mengumpulkan data. Seramai 70 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 di negeri Pahang, Malaysia terlibat sebagai sampel kajian. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif untuk mencatatkan kekerapan, peratusan dan nilai skor min yang menggunakan peris.....

3985 hits

22021
final_year_project
Pembangunan kit Calcnum Box mengintegrasikan pembelajaran berasaskan permainan bagi tajuk nombor nisbah tingkatan 1
Nurathika Noorzaiful Hisham
Kajian ini bertujuan membangun Kit CalcNum Box mengintegrasikan pembelajaran berasaskan permainan bagi tajuk Nombor Nisbah Tingkatan 1 yang mempunyai kesahan memuaskan dan menentukan persepsi bakal guru terhadap kebolehgunaan Kit CalcNum Box. Kajian ini menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan dan model ADDIE. Kajian ini telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka Bentuk Kit CalcNum Box (3) Pembangunan Kit CalcNum Box (4) Pelaksanaan Kit CalcNum Box dalam pengajaran, dan (5) Penilaian Kit CalcNum Box. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Penilaian Kit CalcNum Box (SSPC) dan Soal Selidik Persepsi terhadap Kebolehgunaan Kit CalcNum Box (SSPK). Kesahan kit dilakukan oleh tiga orang pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan persepsi bakal guru terhadap kebolehgunaan kit dipilih secara rawak iaitu terdiri daripada 50 orang bakal guru Matematik dari sebuah universiti. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indeks Kesahan Kandungan Kit CalcNum Bo.....

2284 hits

32019
final_year_project
Kajian terhadap penggunaan telefon pintar di luar sekolah untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar SMK Munshi Abdullah, Selangor
Bieorykha Ester Jerikol
Penggunaan telefon pintar kini bukan lagi semata-mata digunakan dengan fungsi sebagai alat komunikasi. Malahan, kewujudan telefon pintar yang mampu menyimpan pelbagai aplikasi telah memberikan manfaat dalam bidang pendidikan. Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti kekerapan penggunaan telefon pintar antara pelajar, tujuan umum pelajar menggunakan telefon pintar, serta mengkaji apakah dan sejauh manakah penggunaan telefon pintar oleh pelajar untuk tujuan pembelajaran. Satu set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data daripada 120 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Selangor. Data telah dianlisis dengan menggunakan perisisan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Version 22. Berdasarkan kepada keputusan kajian ini, majoriti pelajar bersetuju bahawa kekerapan paling tinggi penggunaan telefon pintar adalah antara tiga hingga empat jam sehari dimana kekerapan ini telah mencatatkan min yang paling tinggi. Bagi kategori pe.....

789 hits

42022
final_year_project
Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek Our Toys Kingdom: pengintegrasian asas inovasi dan kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Nur Fatini Adila Mohd Faudzi
Kajian ini dijalankan bagi membangunkan sebuah modul pembelajaran berasaskan projek pembinaan alat permainan idaman “Our Toys Kingdom' yang mengintegrasikan asas inovasi dan kreativiti dalam pendidikan awal kanak-kanak di bawah (i) tunjang komunikasi (bertutur untuk menyampaikan idea), (ii) tunjang kerohanian, sikap, dan nilai (kerjasama), (iii) tunjang perkembangan fizikal dan estetika (perkembangan motor halus dan meneroka pelbagai pergerakan, ekspresi kreatif, dan aplikasi seni) di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) semakan 2017 bagi kanak-kanak berumur enam tahun. Tinjauan awal mendapati guru-guru prasekolah tidak menggabungkan kemahiran pemikiran kreatif dalam pengajaran mereka. Kemahiran guru yang terhad dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek berlaku kerana kurang penghayatan dalam mentafsir kurikulum serta kurang pengetahuan dalam mengendalikan kaedah ini disebabkan kurangnya panduan yang jelas dalam dokumen KSPK itu sendiri. Pendekata.....

487 hits

52023
final_year_project
Penerapan pengajaran berasaskan multimedia dalam teks Sulalatus Salatin bagi tingkatan 6
Nur Hidayah Komarudin
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan pengajaran berasaskan elemen multimedia dalam teks Sulalatus Salatin. Multimedia merupakan segala bahan PdP yang mengabungkan unsur-unsur teks, grafik, animasi, imej, suara dan video seperti CD-ROM, permainan komputer dan sebagainya bagi membolehkan pengalaman sebenar terhadap tajuk yang diajar atau dipelajari. Tujuan penggunaan multimedia adalah sebagai alat komunikasi yang boleh merangsang pelbagai deria. Objektif kajian ini ialah i) Mengenal pasti penerapan pengajaran berasaskan multimedia dalam teks Sulalatus Salatin bagi Tingkatan 6. ii) Menganalisis tahap keberkesanan dalam mengaplikasikan pengajaran berasaskan multimedia bagi teks Sulalatus Salatin sebagai bahan bantu mengajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif yang digunakan ialah kaedah kepustakaan. Kaedah kepustakaan ini digunakan untuk rujukan bagi membuat item soal selidik dan untuk melengkapkan kajian seperti menyelitk.....

305 hits

62024
final_year_project
Tinjauan tahap pengetahuan dan pelaksanaan pengajaran abad ke-21 dalam PdPc dalam kalangan guru pelatih Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ainatul Izzah Mohd Radzi
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, tahap pelaksanaan dan hubungan antara tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan pengajaran abad ke-21 dalam pdpc dalam kalangan guru pelatih Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris. Seramai 112 orang bilangan sampel dipilih secara rawak terdiri daripada guru pelatih Sains Universiti Pendidikan Sultan Idris. Reka bentuk kajian ini menggunakan kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Kajian ini menggunakan set soalan untuk menguji tahap pengetahuan Pengajaran Abad Ke-21 dan juga borang soal selidik untuk mengetahui tahap pelaksanaan Pengajaran Abad Ke-21 dalam PdPc melalui empat konstruk kemahiran kritikal PAK21 iaitu kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi. Semua data dikumpul, dianalisis secara kuantitatif untuk mendapatkan frekuensi, min dan juga peratus bagi menjawab persoalan kajian. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menguji hubungan tahap pengetahuan dan tahap pelaksanaan pengajaran abad .....

59 hits

72024
final_year_project
Penggunaan \"Ops-Cell Division\" untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam topik pembahagian sel tingkatan empat di SMK (P) Methodist Melaka
Nurain Ariffin
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji isu dan permasalahan yang berkaitan dengan topik Pembahagian Sel dalam mata pelajaran Biologi tingkatan empat SMK (P) Methodist Melaka dan kesan pelaksanaan penggunaan aplikasi “Ops-Cell Division” terhadap pencapaian murid-murid dalam topik Pembahagian Sel tingkatan empat SMK (P) Methodist Melaka. Daripada tinjauan awal yang telah dilaksanakan melalui ujian di dalam kelas menunjukkan kebanyakan murid-murid hanya mendapat markah jawapan betul iaitu empat daripada sepuluh soalan. Hal ini menunjukkan bahawa murid tidak dapat mengingati dan memahami tajuk Pembahagian Sel dengan baik. Kajian ini mempunyai reka bentuk kajian tindakan yang berfokus kepada 15 orang murid Tingkatan 4K1 SMK (P) Methodist Melaka. Instrumen kajian yang terlibat ialah protokol temu bual dan ujian pencapaian. “Ops-Cell Division” ini merupakan satu platform secara atas talian yang menggabungkan pelbagai pendekatan yang berbeza mengikut cara pembelajaran terkini .....

27 hits

Filter
thesis ... (129)
article ... (183)
book_section ... (1)
conference_item ... (6)
monograph ... (43)
bulletin ... (15)
research_report ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Komunikasi

+Bahagian +Komunikasi +Korporat +UPSI

+Teknologi +maklumat +dan +komunikasi

Teknologi+maklumat+dan+komunikasi

+Penggunaan +bahan +bantu +mengajar +berasakan +teknologi +maklumat +dan +komunikasi +dalam +pengajaran +dan +pembelajaran +pendidikan +islam




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.