UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 11
12023
final_year_project
Pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi subjek Hifz Al-Quran dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT) di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Batang Padang, Perak
Dayangku Nur Aqilah Awangku Drahman
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT), persepsi pelajar terhadap penilaian yang dilaksanakan dan keberkesanan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi subjek Hifz al-Quran dalam meningkatkan prestasi dan pencapaian pelajar di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR) Daerah Batang Padang, Perak. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 18 responden Tingkatan 4. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawaian. Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya pelajar dinilai melalui empat kaedah iaitu ujian semasa tasmik (min=3.83, sp=0.5990), semakan pengekalan juzuk lama (min=3.50, sp=0.666) ujian bagi hafazan lama (min=3.30, sp=0.347) dan peperiksaan rasmi (min=3.60, sp=0.569) berada pada tahap sederhana tinggi. Persepsi pelajar terhadap pentaksiran .....

912 hits

22023
final_year_project
Kompetensi guru dalam menerapkan elemen nilai islami dalam kurikulum Kadet Remaja Sekolah (KRS)
Nasarudin Ahamad
Kokurikulum merupakan sebuah aktiviti yang dilaksanakan oleh sekolah selepas pembelajaran di waktu pagi dan mempunyai kurikulum tersendiri dalam pelaksanaannyaa yang berbeza dengan kurikulum persekolahan di waktu pagi terutamanya kurikulum Kadet Remaja Sekolah. Pelaksanaan Kajian ini adalah kerana kompetensi dilihat rendah dalam aspek perancangan kokurikulum. Kajian ini dijalankan adalah untuk meneroka kompetensi guru dalam menerapkan elemen nilai Islami yang terdapat dalam kurikulum KRS melalui tiga aspek iaitu kognitif, kemahiran dan afektif guru. Kajian ini telah dijalankan di sekolah menengah terpilih di bahagian Betong, Sarawak. Seramai 9 orang Peserta Kajian dalam kalangan guru penyelaras KRS telah dipilih di 6 buah sekolah menengah terpilih di bahagian Betong, Sarawak. Kajian ini adalah kualitatif yang berbentuk temubual. Kajian ini juga mendapati keseluruhan Peserta Kajian menyedari akan elemen nilai Islami yang terdapat dalam kurikulum KRS dan ada juga Peserta Kajia.....

596 hits

32024
final_year_project
Kesan pembelajaran ilmu Turath terhadap guru agama Kurikulum Bersepadu Dini di daerah Kinta Utara Perak
Nur Farhanis Faisal
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi guru agama Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) di sekolah dalam daerah Kinta Utara, Perak terhadap keperluan pembelajaran ilmu turāth. Kajian ini juga menganalisis kesan pembelajaran ilmu turāth terhadap ilmu pengetahuan dan akhlāq guru agama KBD. Di samping itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti masalah berkaitan pembelajaran ilmu turāth yang berlaku dalam kalangan guru agama KBD agar dapat didatangkan solusi bagi masalah tersebut. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif sepenuhnya melalui pelaksanaan sesi temu bual secara semi-struktur. Seramai enam (6) orang guru agama yang terlibat dengan Kurikulum Bersepadu Dini dari tiga (3) buah sekolah yang berbeza telah dipilih sebagai responden kajian ini. Data di analisis secara manual, iaitu pengkaji melakukan bacaan data yang telah ditranskripsi secara berkala dan meletakkan data yang diperolehi ke dalam tema yang telah disenaraikan. Dapatan kajian mendapati bahawa ilmu.....

62 hits

42021
final_year_project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan "Mystery M'Cycle Kit" dalam subtopik pembahagian sel bagi mata pelajaran sains tingkatan empat
Mohamad Kamaasraf Besar@Kamal
Kajian ini bertujuan membina dan membangunkan “Mystery M’cycle Kit” dalam subtopik pembahagian sel dalam sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Tingkatan Empat. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan persepsi dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih. Reka bentuk dan pembangunan “Mystery M’cycle Kit” menggunakan model ADDIE. Sampel untuk kesahan terdiri daripada tiga orang pensyarah biologi yang berpengalaman. Bagi kebolehpercayaan pula, sampel terdiri daripada 30 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) yang bukan dari sampel sebenar. Manakala, persepsi kebolehgunaan terdiri daripada 97 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) bagi ambilan A172 dan A181. Dua jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Borang Kesahan Kandungan Kit dan Soal Selidik Kebolehgunaan Kit. Data kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan ini dianalisis dengan menggunakan pe.....

3696 hits

52023
final_year_project
Kebolehgunaan alat bantu mengajar (ABM) Interactive Mechanical terhadap guru pelatih bagi mata pelajaran RBT tingkatan 2 topik Reka Bentuk Mekanikal
Muhammad Farisdzul Hilham Aminzaki
Kajian ini dijalankan untuk melihat kebolehgunaan alat bantu mengajar (ABM) Interactive Mechanical di kalangan guru-guru pelatih RBT mata pelajaran RBT Tingkatan 2 topik Reka Bentuk Mekanikal. Kajian ini dijalankan berdasarkan kajian di Institut Pendidikan Guru mengenai amalan pedagogi guru pelatih pengkhususan dalam mata pelajaran RBT mendedahkan bahawa guru pelatih lebih cenderung menggunakan pendekatan PdPc tradisional yang berpusatkan guru, kurang integrasi teknologi, dan tidak memenuhi pembaharuan matlamat kurikulum. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana kebolehgunaan ABM Interactive Mechanical sebagai pemudahcara khusus guru pelatih RBT untuk mengajar dalam topik Reka Bentuk Mekanikal mata pelajaran RBT Tingkatan 2. Objektif kajian dijalankan untuk membangunkan sebuah ABM Interactive Mechanical bagi topik Reka Bentuk Mekanikal sebagai bahan rujukan kepada guru pelatih terhadap penguasaan pelajar RBT Tingkatan 2 dan menilai kesahan kebolehgunaan ABM Interactive Mechanica.....

1266 hits

62023
final_year_project
Analisis kesediaan guru menerapkan elemen pendidikan seksualiti dalam Pendidikan Islam di sekolah menengah
Mohd Fahruddin Sahrih Moklis
Pendidikan Seksualiti merupakan satu bentuk pendidikan yang masih dianggap tabu oleh sesetengah pihak dan masyarakat. Hal ini kerana disebabkan dengan satu istilah iaitu “seks” yang membawa pandangan yang berbeza kepada sesetengah orang dan ia dianggap sebagai stigma masyarakat di Malaysia hari ini. Punca Pendidikan Seksualiti ini masih dianggap sebagai kurikulum yang tidak relevan diajarkan di sekolah, antaranya ialah isu kewajaran dan kesediaan murid menerima isi kandungan Pendidikan Seksualiti, isu kebimbangan ibu bapa terhadap pelaksanaan Pendidikan Seksualiti dan isu kredibiliti guru. Kajian ini akan memfokuskan kepada isu kredibiliti guru menerapkan Pendidikan Seksualiti ini kepada murid-murid. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan guru menerapkan elemen Pendidikan Seksualiti dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah dan menjadikan tiga aspek kesediaan guru sebagai perkara utama yang dikaji iaitu kesediaan kognitif, afektif da.....

517 hits

72022
final_year_project
Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek Our Toys Kingdom: pengintegrasian asas inovasi dan kreativiti dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Nur Fatini Adila Mohd Faudzi
Kajian ini dijalankan bagi membangunkan sebuah modul pembelajaran berasaskan projek pembinaan alat permainan idaman “Our Toys Kingdom' yang mengintegrasikan asas inovasi dan kreativiti dalam pendidikan awal kanak-kanak di bawah (i) tunjang komunikasi (bertutur untuk menyampaikan idea), (ii) tunjang kerohanian, sikap, dan nilai (kerjasama), (iii) tunjang perkembangan fizikal dan estetika (perkembangan motor halus dan meneroka pelbagai pergerakan, ekspresi kreatif, dan aplikasi seni) di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) semakan 2017 bagi kanak-kanak berumur enam tahun. Tinjauan awal mendapati guru-guru prasekolah tidak menggabungkan kemahiran pemikiran kreatif dalam pengajaran mereka. Kemahiran guru yang terhad dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan projek berlaku kerana kurang penghayatan dalam mentafsir kurikulum serta kurang pengetahuan dalam mengendalikan kaedah ini disebabkan kurangnya panduan yang jelas dalam dokumen KSPK itu sendiri. Pendekata.....

486 hits

82024
final_year_project
Persepsi guru Biologi terhadap penguasaan dan amalan pengetahuan teknologi Pedagogi kandungan di sekolah bukan kerajaan negeri Kelantan
Nurul Fatin Hidayah Mohd Lazim
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (PTPK) adalah pengetahuan penting yang mesti dikuasai oleh guru dalam menyampaikan kurikulum dalam sesi pengajaran. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara persepsi guru Biologi terhadap penguasaan dan amalan PTPK di sekolah bukan kerajaan negeri Kelantan. Reka bentuk kajian ini berbentuk kuantitatif yang dilaksanakan melalui tinjauan yang melibatkan seluruh sekolah bukan kerajaan di negeri Kelantan. Responden kajian terdiri daripada 63 orang guru Biologi manakala instrumen yang digunakan adalah berdasarkan soal selidik PTPK guru Biologi dan amalan pengajaran guru. Kajian ini telah mendapat kesahan daripada tiga orang pakar dengan Indeks Kesahan Kandungan adalah 0.961 dan telah memperoleh nilai Alpha Cronbrach 0.861 melalui kebolehpercayaan dalam kajian rintis. Data kajian telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 29.0. Dapatan kajian menunjukkan persepsi guru terh.....

91 hits

92024
final_year_project
Faktor dominan yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah atas ke aliran Sains
Fatin Nurain Kamaruddin
Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti faktor dominan yang mempengaruhi pelajar sekolah menengah atas ke aliran Sains dan membandingkan min dan sisihan piawainya. Faktor-faktor yang dikaji adalah minat, ibu bapa, guru, rakan sebaya dan prestasi akademik. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dan dijalankan melalui kaedah kajian tinjauan. Populasi kajian merupakan pelajar Tingkatan Empat yang mengambil aliran Sains di dua buah sekolah Yayasan Islam Kelantan. Sampel untuk kajian ini melibatkan 100 orang pelajar Tingkatan Empat yang mengambil aliran Sains dan dipilih menggunakan teknik persampelan secara tidak rawak dan berkelompok. Instrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik dan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 27.0. Nilai S-CVI/Ave adalah 0.82 dan S-CVI/UA adalah 0.60 bagi mendapatkan darjah persetujuan antara dua orang pakar ke atas instrumen yang digunakan dan nilai kebolehpercayaan .....

38 hits

102024
final_year_project
Pembangunan dan kebolehmainan permainan digital "Physics Overworld" bagi tema Gelombang, Cahaya dan Optik dalam kalangan murid Tingkatan 4 Fizik
Nurulhuda Dini Norhamizi
Kajian ini bertujuan membangunkan sebuah permainan digital dunia terbuka menggunakan Minecraft Education Edition bagi tema Gelombang, Cahaya dan Optik dalam Fizik Tingkatan 4 Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan menentukan tahap kebolehmainannya dalam kalangan murid Tingkatan 4 Fizik. Permainan digital ini telah dibangunkan menggunakan model instruksi Instructional Design-Digital Game-Based Learning (ID-DGBL) dan telah disahkan oleh tiga orang pakar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid yang terpilih secara rawak berlapis daripada populasi seramai 89 orang murid Tingkatan 4 Fizik di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik kesahan pakar dan soal selidik kebolehmainan permainan digital “Physics Overworld” yang menguji tahap kesahan permainan serta menentukan tahap kebolehmainan permainan digital “Physics Overworld”. Soal selidik kebolehmainan pe.....

18 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (165)
article ... (202)
book_section ... (3)
conference_item ... (1)
monograph ... (58)
bulletin ... (9)
research_report ... (7)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Kurikulum

+kurikulum +jean +piaget

+Kurikulum +dalam +sukan +olahraga

+Kurikulum +dalam +sukan

pengajaran+dan+kurikulum




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.