UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 22
11981
article
Nilai-nilai murni dalam bahan pengajaran Bahasa Melayu intensif kepada pelajar asing: kes Universiti Utara Malaysia
Ahmad Ibrahim, Din Halim,
Pengajaran bahasa kepada sesiapa sahaja, sama ada murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau pelajar institusi pengajian tinggi, penutur jati atau bukan penutur jati dilaksanakan untuk mencapai matlamat yang sama, iaitu untuk membolehkan mereka menguasai bahasa tersebut dan dapat menggunakannya secara berkesan dalam komunikasi harian, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Ini bertepatan dengan fungsi bahasa itu sendiri. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang mempelajari bahasa untuk tujuan lain selain untuk melakukan perhubungan, sama ada secara antar muka atau pun sebaliknya. Cuma yang berbeza dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terletak pada pendekatan, perkaedahan dan teknik pengajaran sahaja. Unsur pedagogi penting kerana tahap kebolehan penguasaan bahasa antara setiap individu pada setiap peringkat amat berbeza...

517 hits

22014
article
Aktiviti lakonan murid bagi pemupukan nilai murni dan perpaduan kaum: analisis di Pekan, Pahang
Jalal Faizah, Omar Ani,
Berlakon ialah salah satu teknik pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P). Aktiviti lakonan menjadi lebih menarik apabila murid-murid dapat berinteraksi dan berkomunikasi. Di samping menguji kemahiran berbahasa, murid juga berpeluang melihat aksi rakan-rakan ketika berlakon. Selain menyeronokkan, murid-murid juga lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak. Banyak faedah dan kebaikan yang diperoleh apabila murid terlibat dalam aktiviti tersebut. Lakonan dapat memberi hiburan dan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdisiplin, berani, sabar dan prihatin dengan persekitaran. Justeru itu, peranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM) dahulunya Kementerian Penerangan Malaysia amat penting bagi menggalakkan pertumbuhan minat dan bakat berlakon murid berkembang secara terancang. Perkara ini sejajar dengan kegiatan kokurikulum di sekolah yang bertujuan memupuk semangat perpaduan antara kaum da.....

982 hits

32017
article
Indian influences in the supernatural elements found in the Malay classic films of Dewi Murni, Gul Bakawali and Selendang Delima
Maniam Raj Sumathi, Veerappan Raja Morgan,
1186 hits

42019
article
Nilai murni dalam watak utama novel kanak-kanak Xu You Bin
Lin, Chia Ying
Artikel ini merupakan sebahagian dapatan kajian  menganalisis unsur-unsur nilai murni  yang tergarap dalam watak-watak utama dari 21 buah novel kanak-kanak Xu You Bin. Fokus utama artikel  ini  memperbincangkan  fungsi  novel  kanak-kanak  dalam  pemupukan  nilai  murni  dan personaliti dalam kalangan kanan-kanak serta melapor dan menerang hasil kajian nilai murni yang kerap terpapar melalui watak utama novel Xu You Bin. Kaedah analisis teks digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai murni dalam novel tersebut berpandukan  14 jenis nilai-nilai murni yang tersenarai dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Moral (KSSR Pendidikan Moral). Nilai-nilai murni watak utama yang dirumuskan melalui perwatakan dan plot-plot novel yang dikenal pasti adalahkasih sayang dan baik hati. Kajian ini mungkin dapat memberi  implikasi  kepada  pihak  sekoloh,  guru-guru,  ibu  bapa  dan  murid-murid  khususnya dalam  pemilihan  bahan  bacaan  yang  berkualiti  tinggiÂ.....

1543 hits

52014
article
Pantang larang dalam kalangan orang Melayu analisis dari perspektif teori SPB4K
Omar Ani,
Pantang larang ialah larangan atau tegahan terhadap perbuatan atau percakapan bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Makalah ini mengupas segala pantang larang orang Melayu yang masih relevan dan patut diamalkan dari perspektif Teori Sistem Pemikiran Bersepadu 4K (SPB4K) melalui empat aspek, iaitu pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan dan kekreatifan. Pemikiran kerohanian berkaitan dengan keimanan dan ketaqwaan, hubungan manusia dengan Yang Maha Pencipta, sebagai hamba (hablumminallah) dan hubungan manusia sesama manusia serta dengan makhluk yang lain sebagai khalifah (hablumminannas). Pemikiran kebitaraan mengkaji kebijaksanaan orang Melayu dalam mengungkapkan pantang larang untuk mendidik serta menerapkan nilai murni. Pemikiran kesaintifikan melihat logik dan kesaintifikan orang Melayu dahulu kala berkaitan dengan kejadian alam seperti hujan, guruh, serta hubungannya dengan manusia dan kaitannya dengan haiwan serta tumbuhan. Pemikiran kekreatifan pula melihat.....

415 hits

62017
article
Think-Group-Share meningkatkan kemahiran dalam kalangan murid prasekolah
Wan Kit Yee, Syed Akhbar Sharifah Hanim,
996 hits

72017
article
Penerapan nilai Matematik dalam kalangan guru Matematik sekolah menengah kebangsaan luar bandar
Law Hui Nong, Adnan Mazlini,
710 hits

82018
article
Pemikiran etika dalam pantun Melayu Sarawak
Hamsiah Juki
Pemikiran etika adalah ilmu yang membincangkan tentang tingkah laku atau pandangan baik dan buruk bagi sesuatu tindakan manusia. Dalam pembentukan peribadi seseorang pemikiran etika adalah sesuatu yang sangat penting. Dalam pelaksanaan aktiviti bermukun yang diadakan di Sarawak iaitu pesta bermukun pantun yang digunakan adalah lebih kepada penyerapan nilai murni yang baik sesuai dengan pembentukan akhlak dan tingkah laku masyarakat. Bermukun bukan sahaja bertujuan untuk berhibur malah penuh dengan penyerapan nilai dan etika dalam masyarakat. Pemikiran etika yang ada dalam pantun sebenarnya lebih kepada pembinaan budi bahasa yang baik serta perlu diberi keutamaan. Pembentukan akhlak yang baik adalah daripada cara berfikir yang baik dalam masyarakat. Peranan yang ditunjukkan dalam masyarakat adalah salah satu usaha membentuk peribadi yang baik..

452 hits

92018
article
Pendidikan sastera Melayu memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar
Fathin Noor Ain Ramli
Pengajaran Sastera Melayu di sekolah adalah untuk melengkapkan pelajar dengan ilmu sastera selain memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan kesusasteraan Melayu dalam pendidikan, seterusnya membina kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera dalam kalangan masyarakat. Penulisan kertas kerja ini memperlihatkan dapatan tentang keupayaan Pendidikan Sastera Melayu khususnya teks komsas sekolah menengah dalam usaha untuk memperkukuhkan pembinaan karakter pelajar. Penelitian tekstualiti ini berasaskan kepada kajian kualitatif dengan menggunakan Teori Sosiologi Sastera yang menganalisis sesebuah karya sastera sebagai suatu reaksi peristiwa yang terjadi dalam masyarakat. Dapatan penelitian ini membuktikan tanggapan pelajar bahawa pembacaan terhadap bacaan sastera yang mereka pelajari dalam Pendidikan Sastera Melayu terutamanya Komsas dapat mempengaruhi pembinaan karakter yang berteraskan sopan santun dan beretika. Sopan santun pelajar boleh dilihat dari kesantunan berbahasa yang merujuk kepada .....

423 hits

102019
article
Kesedaran sensitiviti moral melalui aktiviti analisis filem pendek: satu kajian tindakan di kelas Pendidikan Moral
Nadarajan Thambu
Sensitiviti moral merupakan unsur yang menjadi tunjang kepada sesuatu perlakuan moral. Sensitiviti moral melibatkan proses mentafsir perasaan orang lain, kemahiran empati dan patuh kepada prinsip moral. Justeru artikel ini membincangkan hasil kajian tentang potensi aktiviti menonton dan analisis filem pendek sebagai kaedah pengajaran dalam mencungkil unsur sensitiviti moral dalam kalangan murid sekolah menengah. Seramai 18 orang murid perempuan dan lelaki (tiga kumpulan berfokus) dari kelas Pendidikan Moral tingkatan empat digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Teknik pensampelan bertujuan digunakan untuk memilih peserta kajian. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian tindakan yang menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan penulisan jurnal murid. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti menonton dan analisis filem pendek dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral mampu mencungkil sensitiviti moral dalam kalangan murid tingkatan empat. Mempunyai s.....

4415 hits

[First] [Prev] Page 1 of 3 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (38)
article ... (48)
conference_item ... (3)
monograph ... (16)
bulletin ... (10)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Siti +Murni +Mohd +Abdul +Hamid

+Murni

nilai+murni

+NILAI +MURNI +GURU

+NILAI +MURNI




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.