UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 24 |
Simplified search suggestions : PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK |
1 | 2017 thesis | Tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ke arah kemahiran abad ke-21 Yip, Chan Ling Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (PAKK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah kemahiran yang terdapat dalam Kerangka Kerja Pembelajaran abad ke-21. Ini merupakan satu kajian penerokaan yang melibatkan pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian terdiri daripada dokumen program PAKK dan soal selidik. Sampel kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan “target population” yang melibatkan 230 orang graduan ISMP (PAKK) Sesi 2013 dan 2014 dan pelajar semester 8 (Sesi 1 2011/2012). Statistik deskriptif (peratusan) dan inferensi (korelasi Pearson) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan tahap atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program PAKK ke arah kemahiran abad ke-21 adalah rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara a..... 2059 hits |
2 | 2019 thesis | Kompetensi guru pendidikan awal kanak-kanak Taska dan Tadika Nur Hafizaliyana Hassan Kajian ini bertujuan meneroka ciri-ciri guru pendidikan awal kanak-kanak (PAKK)
yang kompeten berdasarkan perspektif pakar PAKK, pegawai kerajaan dan pengusaha TASKA dan TADIKA.
Kajian ini melibatkan 26 orang informan yang terdiri daripada tujuh orang pakar PAKK, tujuh
orang pegawai kerajaan dan 12 orang pengusaha TASKA dan TADIKA. Temu bual separa
berstruktur dijalankan bagi memperoleh data berkaitan ciri-ciri guru PAKK yang kompeten.
Analisis tematik yang dijalankan menghasilkan empat tema utama yang menyokong tinjauan
literatur iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan sahsiah. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat dua sumber ilmu pengetahuan guru PAKK, iaitu kelayakan akademik dan
program pembangunan profesional. Dari segi kemahiran, antara kemahiran yang perlu dimiliki oleh
guru PAKK yang kompeten ialah kemahiran pedagogi, kemahiran komunikasi, kema..... 3445 hits |
3 | 2021 thesis | Penilaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di IPTS Pahang Mohammad Azrul Haron Tujuan kajian ini adalah untuk menilai aktiviti pengajaran dan pembelajaran program
Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sebuah IPTS di Kuantan Pahang. Kajian ini
menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah tinjauan menggunakan borang soal selidik
5 skala untuk mengumpul data daripada 176 orang responden iaitu pelajar Diploma Pendidikan
Awal Kanak- Kanak. Lima orang tenaga pengajar berpengalaman ditemubual untuk mendapatkan data
bagi tujuan meningkatkan kredibiliti dapatan. Pembinaan instrumen kajian berdasarkan model
penilaian Context, Input, Process, Product. Item di dalam penilaian konteks adalah matlamat dan
kemudahan institusi, item penilaian input adalah pengetahuan, kemahiran, dan strategi pensyarah.
Item penilaian proses adalah penyertaan pelajar dan penjadualan kelas. Item di dalam
penilaian produk adalah hasil pembelajaran pelajar. Data kuantita..... 1217 hits |
4 | 2021 thesis | Perspektif pelajar pendidikan awal kanak-kanak (PAKK) terhadap amalan pengajaran pensyarah Norrulkamari Daud Dalam kajian ini, pengkaji mengenalpasti perspektif pelajar pendidikan awal kanakkanak
terhadap amalan pengajaran pensyarah. Responden kajian adalah seramai 297
orang iaitu pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak semester 4 dan semester
5. Reka bentuk kajian ialah kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen
kajian ini menggunakan borang soal selidik lima skala likert yang berfokus kepada
tiga konstruk utama iaitu kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran dan masa.
Análisis deskriptif, ujian-t dan korelasi digunakan melalui perisian SPSS versi 20.0.
Nilai alpha Cronbach bagi keseluruhan ítem yang dibina ialah 0.942. Hasil kajian
mendapati kualiti pengajaran mencatatkan min tertinggi iaitu 4.58 bagi ítem bahan
pembelajaran dimuatnaik dalam MyGuru, manakala min terendah iaitu 4.12 bagi item
pensyarah menggunakan kepelbagaian ABM dalam pelaksanaan PdP. Selain itu, hasil
ujian-t pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara perspektif pelajar
se..... 1148 hits |
5 | 2020 thesis | Pembangunan dan penilaian modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris (PEMBI) dalam kalangan Guru pendidikan awal kanak-kanak Nur Nazuha Beevi Abdul Aziz Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul Peningkatan Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris (PEMBI) dalam kalangan guru pendidikan awal kanak-kanak. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (DDR) dengan tiga fasa kajian. Fasa 1 iaitu fasa analisis keperluan di mana seramai 90 orang guru Tabika KEMAS telah diberi soal selidik dan ditemu bual. Fasa II iaitu fasa reka bentuk dan pembangunan modul di mana kesahan kandungan modul dinilai oleh sembilan orang panel pakar. Fasa III iaitu fasa pelaksanaan dan penilaian dijalankan terhadap 66 orang guru Tabika KEMAS yang dibahagikan kepada kumpulan rawatan (n=33) dan kumpulan kawalan (n=33) secara rawak. Pembangunan isi kandungan modul menggunakan Teori Efikasi Kendiri, model ARCS Keller dan Teori Pembelajaran Androgogi. Instrumen yang digunakan ialah Soal Selidik Tahap Efikasi Mengajar Bahasa Inggeris dan Soal Selidik Tahap Kebimbangan Mengajar Bahasa Inggeris. Dapatan kajian Fasa I menunjukkan guru percaya bahaw..... 2021 hits |
6 | 2015 thesis | Kesan penggunaan pelbagai media cetak terhadap pencapaian awal Matematik dalam kalangan kanak-kanak autistik Prasekolah Nafisah Baharom Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenal, menguji dan mengenalpasti keberkesanan penggunaan pelbagai media cetak terhadap pencapaian awal matematik kanak-kanak autistik prasekolah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif kuasi eksperimen dengan reka bentuk pengukuran berulang dalam subjek (within subject repeated measures design). Sampel kajian adalah seramai 15 orang kanak-kanak autistik pra sekolah di Melaka. Ujian Pra, Ujian 1, Ujian 2 dan Ujian Pasca digunakan sebagai instrumen. Kajian ini dijalankan dalam tiga fasa di mana rawatan diberikan dalam tempoh enam minggu dalam setiap fasa. Setiap fasa menggunakan pelbagai media cetak seperti Poster, Sampul Angpau, Kad Parkir, Kalendar Papan, Kalendar Flip, Tiket, Penanda Buku, Buku Manik, Kad Permainan, Foto, Brosur dan My Magic Album. Data dianalisa menggunakan statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi menggunakan ANOVA sehala dengan pengukuran berulang. Tahap signifikasi Mauchly's Test ditetapkan pada p.. 1796 hits |
7 | 2017 thesis | Kajian perbandingan antara Kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini di Indonesia dan Kurikulum Permata Negara di Malaysia Rahelly, Yetty Penyelidikan ini dijalankan untuk membandingkan proses penggubalan dan pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Anak Usia Dini atau ringkasnya PAUD di Indonesia dan Kurikulum PERMATA Negara di Malaysia. Tujuh soalan penyelidikan dikemukakan untuk menyiasat perbezaan dan persamaan dalam proses penggubalan dan pelaksanaan, falsafah dan teori-teori yang melandasi kurikulum, kandungan, pedagogi dan kaedah penilaian kanak-kanak, persediaan guru/pendidik, prasarana, sarana, dana, dan penglibatan ibubapa serta masyarakat dalam pelaksanaan kedua-dua kurikulum tersebut. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kualitatif. Data/maklumat diperolehi melalui kaedah analisis dokumen, kajian pustaka, temu bual dan pemerhatian. Kebolehpercayaan (trustworthiness) dapatan kajian dicapai melalui teknik triangulasi. Sebanyak 51 dokumendan 16 buah makalah dianalisis, 12 individu ditemubual dan 4 buah Taman Kanak-kanak/Pusat Anak PERMATA Negara diperhati. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan besar dari segi pros..... 611 hits |
8 | 2017 thesis | Pemahaman konsep bentuk, dimensi dan ruang dalam kalangan kanak-kanak prasekolah melalui lukisan Majita Ahmad Sultan Kajian ini bertujuan untuk menentukan pemahaman kanak-kanak prasekolah mengenai konsep bentuk dimensi dan ruang, iaitu bentuk dimensi melalui pandangan sistem paksi dan sistem unjuran, serta kedudukan objek dalam ruang melalui lukisan yang mereka lukis. Reka bentuk kajian ini mengguna pakai kaedah penyelidikan deskriptif jenis kajian tinjauan dengan menggunakan tugasan melukis ke atas sampel seramai 50 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur antara 5 hingga 6 tahun di sekitar Bestari Jaya, Selangor. Penilaian tugasan melukis dibuat berdasarkan Georgia Standards of Excellence Frameworks 2013-2014. Kesemua lukisan kanak-kanak dinilai untuk menentukan tahap pemahaman mereka. Hasil dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak prasekolah berada pada pemahaman paksi ortogon untuk pemahaman bentuk dimensi pandangan sistem paksi, pemahaman ortografik untuk bentuk dimensi pandangan sistem unjuran, dan pemahaman konsep ruang berada pada standard sederhana. Kajian ini memberi implikasi kepada silibus..... 568 hits |
9 | 2018 thesis | Keberkesanan modul pendidikan akhlak berdasarkan Surah Luqman terhadap pembentukan tingkah laku positif kanak-kanak: satu kajian kes di Kedah Nor Fauziah Kassim Kajian ini bertujuan membina Modul Pendidikan Akhlak berdasarkan Surah Luqman (MPAL) berpandukan model reka bentuk pengajaran Dick, Carey dan Carey serta model pembinaan modul Sidek dan Jamaludin. Dalam konteks pembinaan akhlak, teori moral Kohlberg dan Piaget serta perspektif Al-Ghazali telah dijadikan asas teorikal kajian. Pada peringkat pembinaan modul, MPAL telah melalui proses kesahan kandungan oleh panel pakar bidang. Kajian ini juga untuk menentukan keberkesanan MPAL terhadap pembentukan tingkah laku positif kanak-kanak. Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes telah dipilih. Pemilihan peserta kajian dijalankan secara pensampelan bertujuan melibatkan enam orang kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun. Peserta kajian dipilih daripada sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) di negeri Kedah. Tiga jenis instrumen telah digunakan dalam kajian ini iaitu soal selidik, senarai semak pemerhatian, dan protokol temu bual separa struktur. Data dianalisis menggunakan peri..... 1195 hits |
10 | 2019 thesis | Penerokaan kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak prasekolah menerusi pendekatan projek Noor Ashikin Mohd Yusop Sifat ingin tahu kanak-kanak merupakan asas kepada penerokaan, penemuan, pembentukan pengetahuan dan konsep sains tentang dunia di sekeliling mereka. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kerangka alternatif dan penyiasatan inisiatif kendiri kanak-kanak menerusi Pendekatan Projek. Kajian ini dijalankan di sebuah tadika dan melibatkan dua orang pendidik berserta dua kumpulan fokus yang terdiri daripada l5 orang kanak-kanak. Kajian kes ini melibatkan empat projek iaitu Stomata, Darah, Sabun dan Rama-rama. Data kajian ini diperoleh menerusi hasil triangulasi di antara beberapa sumber data daripada pemerhatian, dokumen, temu bual tidak berstruktur dan separa berstruktur. Hasil kajian mendapati kerangka alternatif kanak-kanak tentang Alam Kehidupan adalah berkaitan tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma. Seterusnya, terdapat lima faktor yang mempengaruhi kerangka alternatif kanak-kanak iaitu imaginasi, bahasa harian, ciri-ciri animisme, pandangan berpusatkan diri dan berfokus..... 1005 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 3 | [ Next ] [ Last ] |