UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 39 |
Simplified search suggestions : PENDIDIKAN AWAL KANAK KANAK |
1 | 2016 article | Perbandingan proses penggubalan dan kandungan kurikulum Pendidikan Awal Kanak-kanak di antara negara Indonesia dan Malaysia - Yetty Rahelly, Ayob Aminah, 1545 hits |
2 | 2017 article | Persepsi guru pelatih diploma pendidikan awal kanak-kanak terhadap penyeliaan praktikum oleh guru pembimbing dan pensyarah penyelia Mohamad Zamal Nor Syazwanie, Ismail Mazeni, Sheriff Jameyah, 651 hits |
3 | 2018 article | Bahasa Arab untuk pendidikan awal kanak-kanak: satu kajian analisis keperluan Mohammad Taufiq Abdul Ghani Pembelajaran bahasa penting untuk pendidikan awal kanak-kanak di negara yang pelbagai budaya seperti Malaysia. Justeru, guru prasekolah memainkan peranan penting dalam melaksanakan pendidikan pembelajaran bahasa di dalam kelas. Pembelajaran bahasa, khususnya bahasa Arab telah mendapat perhatian dalam kalangan pendidik pada masa kini. Oleh itu, penyelidikan ini menerangkan keperluan dan kepentingan bahasa Arab dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Borang Soal selidik tertutup telah diedarkan kepada 80 orang pelajar yang mengikuti kursus diploma dalam pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kota Bharu, Kelantan manakala boring soal selidik terbuka telah diedarkan kepada tujuh (7) orang guru prasekolah di Kota Bharu untuk meneroka kepentingan bahasa Arab dalam kalangan pendidik kanak-kanak. Analisis kuantitatif deskriptif digunakan untuk menganalisis data melalui penggunaan perisian statistik IBM ..... 754 hits |
4 | 2021 article | Tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti pembelajaran dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak di Kolej Universiti Islam Melaka Syarinah Mad Sehat Kepuasan pelanggan berkait rapat dengan kualiti perkhidmatan yang diterima daripada sektor-sektor tertentu. Bagi sektor pendidikan, pelajar adalah penerima perkhidmatan berbentuk pembelajaran terutamanya yang disediakan oleh sesebuah institusi. Proses pembelajaran yang berkualiti tentunya berkait rapat dengan kualiti pensyarah. Walaubagaimanapun, kepuasan pelajar terhadap kualiti pembelajaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) masih belum dilihat. Kajian ini penting untuk dilaksanakan kerana kejayaan seseorang pelajar adalah bergantung kepada kualiti seseorang pensyarah yang secara tidak langsung dapat menaikkan imej sesebuah institusi pendidikan. Penyelidikan ini dilakukan untuk; (i) mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kualiti pembelajaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di KUIM; (ii) mengenal pasti hubungan antara kualiti pembelajaran dengan kepuasan pelajar terhadap program Pendidikan Awal Kanak-kanak; dan (iii) menge..... 416 hits |
5 | 2021 article | Isu dan trend Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan awal kanak-kanak Norazly Nordin Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information, Communication and Technology (ICT) dalam pendidikan telah banyak dibicarakan dalam kajian-kajian di seluruh dunia. Seiring peredaran masa, penggunaan ICT digunakan begitu meluas dalam semua peringkat pendidikan. Bermula dari peringkat awal kanak-kanak hingga ke peringkat tinggi. Pihak kerajaan sendiri telah mengeluarkan peruntukkan yang besar agar budaya pengintegrasian ICT dalam dilestarikan dalam pendidikan. Oleh yang demikian, peringkat pendidikan awal kanak-kanak juga seharusnya menyambut usaha murni ini merealisasikan hasrat kerajaan ini. Sehubungan dengan itu, para pendidik terlebih dahulu seharusnya peka akan isu-isu dan trend-trend terkini penggunaan ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak bagi memastikan pengendalian dan penggunaan ICT dalam konteks pengajaran dan pembelajaran awal kanak-kanak menjadi lebih berkesan. Isu dan trend yang dibincangkan dalam artikel ini ialah kesihatan dan keselamatan kanak-kanak, infras..... 360 hits |
6 | 2021 article | Tahap kepuasan pelajar terhadap program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Kolej Universiti Islam Melaka Aziyati Zahirah Asnil Aimi Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap program Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak (DPAK) yang ditawarkan di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kajian ini turut dijalankan untuk melihat tahap kepuasan yang dominan dalam kalangan pelajar. Kajian ini melibatkan seramai 262 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester lima pengajian bagi program DPAK di KUIM. Kaedah kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik. Soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu satu bahagian mengenai profil reponden, satu bahagian mengenai aspek kandungan program dan yang bahagian terakhir adalah mengenai aspek tenaga pengajar. Dapatan telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 21.0. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kepuasan yang tinggi terhadap program DPAK yang ditawarkan di KUIM bagi kedua-dua aspek yang dikaji. Hasil kaji..... 376 hits |
7 | 2022 article | Pemanfaatan digital dalam kalangan pensyarah pendidikan awal kanak (PAKK) melalui kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna (KPPB) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Siti Iwana Sharizah Abu Samah Kejayaan sesuatu agenda transformasi adalah atas sokongan daripada semua pihak dan peringkat organisasi serta komited terhadap perubahan. Pemanfaatan digital melalui Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam kalangan pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dari segi pengetahuan dan kemahiran adalah bergantung terhadap pelaksanaan pembelajaran bermakna yang selaras dengan kerangka Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB). Kajian oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pensyarah PAKK dalam melaksanakan pembelajaran bermakna melalui pemanfaatan digital dalam PdP. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan 100 orang pensyarah PAKK daripada 24 buah Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) sebagai sampel kajian yang ditadbirkan secara dalam talian. Manakala proses pengumpulan data pula dilaksanakan menggunakan instrumen soal selidik yang terdiri daripada dimensi Konsep Transformasi Sekolah (TS25) iaitu 15 item kapasiti peda..... 231 hits |
8 | 2022 article | Pembinaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz dalam pendidikan matematik awal kanak-kanak 4 tahun Nur Sabrina Mohd Hanizam Kajian ini bertujuan untuk melihat keperluan dan keberkesanan penggunaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz dalam Pendidikan Matematik terhadap pembelajaran kanak-kanak di TASKA. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan pembelajaran konsep bentuk dan saiz, mereka bentuk dan membangunkan satu kamus bergambar Pendidikan Matematik Awal bagi konsep bentuk dan saiz serta menilai kebolehgunaan kamus bergambar bagi konsep bentuk dan saiz dalam Pendidikan Matematik Awal. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah design and development research (DDR) dalam membina sebuah kamus bergambar bagi pembelajaran konsep bentuk dan saiz. Sampel kajian bagi fasa satu adalah seramai 100 orang responden yang terdiri daripada ibu bapa, guru TASKA dan pelajar Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) bagi instrumen soal selidik manakala pada fasa dua dan tiga pula merupakan seorang guru TASKA dan seorang pakar dalam bidang Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) untuk di..... 234 hits |
9 | 2023 article | Kajian maklum balas taska kerajaan terhadap penilaian standard kualiti pengasuhan dan pendidikan awal kanka-kanak (Skpak) bagi tahun 2022 Aisyah ‘Inani bte Mohd. Saad Penilaian kualiti pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara yang belum pernah diseragamkan oleh jabatan dan agensi yang mengendalikan Taman Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (TASKA) di Malaysia. Satu sistem pengukuran kualiti bagi kurikulum pendidikan awal kanak-kanak telah dibangunkan dan dinamakan sebagai Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKPAK). Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada TASKA yang telah dinilai dengan menggunakan Penilaian SKPAK dengan memberikan borang soal selidik kepada TASKA. Kaedah analisis dokumen bagi 30 borang maklum balas TASKA dapat dibentangkan melalui kaedah analisis bertema iaitu; impak penilaian kepada TASKA, maklum balas mengenai penilai SKPAK dan penambahbaikan kepada penilaian SKPAK. Dapatan menunjukkan penilaian kualiti dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak adalah signifikan dalam memastikan pelaksanaan kurikulum berada di tahap yang memuaskan.
Kata kunci: Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendi..... 49 hits |
10 | 2023 article | Kajian maklum balas taska kerajaan terhadap penilaian Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKPAK) bagi tahun 2022 Aisyah‘Inani Mohd Saad Penilaian kualiti pendidikan awal kanak-kanak merupakan perkara yang belum pernah diseragamkan oleh jabatan dan agensi yang mengendalikan Taman Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (TASKA) di Malaysia. Satu sistem pengukuran kualiti bagi kurikulum pendidikan awal kanak-kanak telah dibangunkan dan dinamakan sebagai Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SKPAK). Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada TASKA yang telah dinilai dengan menggunakan Penilaian SKPAK dengan memberikan borang soal selidik kepada TASKA. Kaedah analisis dokumen bagi 30 borang maklum balas TASKA dapat dibentangkan melalui kaedah analisis bertema iaitu; impak penilaian kepada TASKA, maklum balas mengenai penilai SKPAK dan penambahbaikan kepada penilaian SKPAK. Dapatan menunjukkan penilaian kualiti dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak adalah signifikan dalam memastikan pelaksanaan kurikulum berada di tahap yang memuaskan.
Kata kunci: Standard Kualiti Pengasuhan dan Pendi..... 41 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 4 | [ Next ] [ Last ] |