UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
Total records found : 65 |
Simplified search suggestions : PENDIDIKAN KHAS |
1 | 2014 thesis | Penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid berkeperluan khas Abidah Abd. Rahman Kepentingan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak telah banyak dinyatakan oleh kajian-kajian Iepas. Dalam konteks kajian ini, skop penglibatan ibu bapa adalah berdasarkan Model Penglibatan Epstein yang mengandungi enam aspek penglibatan. Aspek-aspek penglibatan tersebut ialah keibubapaan, komunikasi, memberi bantuan secara sukarela, pembelajaran di rumah, membuat keputusan dan bekerjasama dengan masyarakat. Manakala, faktor sosio ekonomi yang dikaji ialah taraf ekonomi keluarga, taraf pendidikan ibu bapa dan bilangan anak. Kajian ini melibatkan 50 orang responden ibu bapa murid berkeperluan khas yang bersekolah di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di tiga buah sekolah di daerah Kuala Selangor. Dapatan kajian diinterpretasikan dengan nilai min dan sisihan piawai bagi melihat tahap penglibatan mengikut aspek yang dikaji. Manakala, bagi melihat perhubungan antara faktor sosio ekonomi dengan tahap penglibatan pula, nilai korelasi diperoleh melalui analisis Korelasi Pearson dan ..... 1914 hits |
2 | 2015 thesis | Kesan kaedah gabung bunyi kata terhadap literasi awal Al-Quran dalam kalangan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran Aminuddin Khalit This research aims at comparing the effects of using Kaedah Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran KGBK and Kaedah Iqra' of early literacy Al-Quran and motivation of students with learning disabilities in special education classes. This research is a Quasi- Experiment which six students with learning disabilities special education classes in two schools in Hilir Perak was selected for this study. The sample was divided equally into two groups, namely students who learn using Kaedah Iqra' and the group of students who learn using Kaedah Mudah Belajar Membaca Al-Quran KGBK. The results of observations show that students are more motivated to learn using Kaedah Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran KGBK as against the Kaedah Iqra'. Differences in achievement scores between the two study groups showed a group of students who learn using Kaedah Mudah Belajar Awal Membaca Al-Quran KGBK obtain a higher score ie 90% and increase reading skills faster than the group that studied using Kaedah Iqra' w..... 1778 hits |
3 | 2015 thesis | Penggunaan ICT dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah rendah Siti Badariah Mohamad Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti sejauh mana penggunaan ICT dalam kalangan guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah rendah dan faktor-faktor yang mempengaruhinya. Kaedah tinjauan berbentuk kuantitatif digunakan bagi menjalankan kajian ini yang melibatkan 209 orang responden terdiri daripada kalangan guru-guru Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran di sekolah rendah negeri Pulau Pinang. Terdapat 12 persoalan kajian yang dikemukakan. Dapatan kajian menunjukkan tahap penggunaan ICT mereka adalah pada tahap sederhana dan terdapat hubungan dengan bidang ikhtisas, kehadiran kursus, umur, sikap, tujuan dan kemahiran ICT. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempunyai hubungan perlu diberi perhatian dalam merangka program-program untuk meningkatkan tahap penggunaan ICT guru... 2769 hits |
4 | 2017 thesis | Pendekatan belajar melalui bermain untuk membantu kemahiran komunikasi kanak-kanak autistik di Pra Sekolah Pendidikan Khas Hasmah Muhamed Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki kesan pendekatan belajar melalui bermain untuk kanak-kanak autistik yang bermasalah komunikasi di prasekolah pendidikan khas. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti masalah komunikasi, jenis aktiviti bermain dan impak aktiviti bermain terhadap komunikasi kanak-kanak autistik. Kajian kes kualitatif ini dijalankan di sebuah prasekolah pendidikan khas di daerah Kluang, Johor melibatkan tiga kanak-kanak autistik dan seorang guru prasekolah pendidikan khas sebagai responden kajian. Tempoh masa kutipan data adalah selama lapan minggu. Kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Pemerhatian dijalankan sebanyak lima kali bagi setiap aktiviti bermain menggunakan borang senarai semak pengesanan masalah komunikasi dan senarai semak pengesanan kewujudan aspek komunikasi pada kanak-kanak autistik. Dua set soalan temu bual disediakan dan digunakan dalam empat sesi temu bual. Data pemerhatian, dokumen rasmi dan ..... 1127 hits |
5 | 2017 thesis | Model kesediaan guru pendidikan kesihatan dan seksualiti pendidikan khas program integrasi murid bermasalah pembelajaran sekolah rendah Ruayah Herman@Doren Kajian ini bertujuan membina satu Model Kesediaan Guru Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti Pendidikan Khas Program Integrasi Murid Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah di Sabah. Selain itu, pengaruh faktor-faktor kewajaran pelaksanaan Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti dan faktor kepercayaan dan kesedaran guru terhadap kesediaan guru-guru ke atas pelaksanaan Pendidikan Kesihatan dan Seksualiti kepada murid-murid bermasalah pembelajaran turut dikaji. Seramai 288 orang guru yang mengajar di seluruh sekolah rendah Pendidikan Khas Program Integrasi Murid Bermasalah Pembelajaran di seluruh Sabah terlibat dalam kajian ini. Pembinaan kerangka model Kesediaan Guru ini menggunakan pembinaan Model Persamaan Struktural berasaskan data empirikal dan menunjukkan hubungan faktor-faktor yang dikaji. Instrumen soal selidik dibangunkan sepenuhnya oleh pengkaji dan dianalisis mengikut keperluan iaitu melalui analisis faktor eksploratori (Exploratory Factor Analysis/EFA) menggunakan program aplikasi S..... 1420 hits |
6 | 2019 thesis | Hubungan kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas dengan kesediaan guru dalam mengajar kemahiran hidup (masakan) Parthiban Govindasamy Kajian ini bertujuan mengukur hubungan kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas dengan kesediaan guru dalam mengajar kemahiran hidup (masakan) kepada murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran di Pahang. Reka bentuk kajian ini ialah kajian korelasi dengan menggunakan Model Pengetahuan Guru Shulman dan Model Pengetahuan Guru Grossman. Kajian ini adalah bersifat kuantitatif. Pengkaji memilih seramai 200 orang guru pendidikan khas sebagai sampel kajian secara rawak. Instrumen soal-selidik digunakan dalam bentuk skala Likert 5 poin bagi memperoleh data empirikal tentang kesediaan pengetahuan mengajar guru pendidikan khas. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferens yang melibatkan ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson yang menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah kajian. Analisis deskriptif menunjukkan guru- guru bersetuju mempunyai kesediaan pengetahuan guru dalam tujuh dimensi dengan nilai purata (M= 4.32, S.P= 0.240). Sementara ..... 1933 hits |
7 | 2018 thesis | Pembinaan dan pengujian modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi bagi murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran tanpa komunikasi lisan Ahmad Yazid Yahya Kajian kuantitatif ini bertujuan untuk membina dan menguji modul pengajaran isyarat perkataan berfungsi (IPB) menggunakan isyarat tangan bagi kegunaan murid berkeperluan pendidikan khas masalah pembelajaran (BPKMP) tanpa komunikasi lisan. Seramai 134 orang peserta kajian, iaitu 115 orang guru pendidikan khas, tujuh orang pakar dan 12 orang murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dipilih menggunakan multiphase sampling. Instrumen kajian terdiri daripada soal selidik, borang penilaian pakar, modul, ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens. Dapatan kajian menunjukkan 83.8% guru memerlukan modul pengajaran untuk mengajar murid BPKMP tanpa komunikasi lisan dan 81.3% guru mempunyai masalah menjalankan pengajaran dan berkomunikasi bersama murid BPKMP tanpa komunikasi lisan. Dapatan kajian menyenaraikan 70 perkataan berfungsi mengikut tema dan daripada senarai ini, 10 perkataan paling utama dikenalpasti, iaitu [duduk] (M=9.33), [makan] (M=9.30), [rumah] (M=9.23), [b..... 996 hits |
8 | 2019 thesis | Membangunkan perisian intervensi atrikulasi dan pertuturan (IAP) bagi murid pendidikan khas Fariza Salwa Yaakub Kajian ini dijalankan untuk membangunkan perisian pengajaran dan pembelajaran
multimedia Intervensi Artikulasi dan Pertuturan (IAP). Kajian ini menggunakan metodologi
penyelidikan dan pengembangan (Research and Development [R&D]). Pembangunan perisian ini
dibangunkan dengan menggunakan perisian Adobe Flash Professional CS6 sebagai platform
utama. Pembangunan perisian multimedia ini menggunakan model instruksi pembangunan perisian
Hannaffin dan Peck, (1988) sebagai tunjang kepada keseluruhan kajian. Model pembangunan ini
merangkumi tiga fasa penting dan melalui penilaian dan pengulangan mengikut keperluan setiap fasa.
Model ini menggabungkan teori kognitivisme dan teori perkembangan sosial oleh Lev Vygotsky sebagai
teori sokongan. Antara fasa-fasa yang terlibat bagi model ini adalah fasa pertama Analisis
Keperluan, kedua Rekabentuk dan ketiga adalah Pembangunan dan Perl..... 1313 hits |
9 | 2018 thesis | Pelaksanaan KSSR pendidikan khas (Pendidikan Jasmani) bermasalah peembelajaran Rustam Siis Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengetahuan guru terhadap Kurikulum Standard
Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK) Pendidikan Jasmani Bermasalah Pembelajaran
daripada empat aspek utama iaitu kurikulum, kemahiran dan pengendalian, pentaksiran dan
pelaksanaan. Seramai 122 orang guru Program Pendidikan Khas Integrasi di Daerah Larut
Matang dan Selama dipilih secara pensampelan rawak. Data dianalisis menggunakan statistik
deskriptif dan inferens. Hasil kajian mendapati tahap pengetahuan kurikulum guru adalah
tinggi (min 4.13, sisihan piawai 0.41). Tahap pengetahuan guru terhadap kemahiran dan
keupayaan pengendalian adalah tinggi (min 3.94, sisihan piawai 0.38), dan tahap
pengetahuan guru terhadap pentaksiran adalah tinggi (min 3.94, sisihan piawai 0.41),
mana..... 1333 hits |
10 | 2021 thesis | Tahap penguasaan kemahiran asas mengajar aspek media digital guru pelatih pendidikan khas Nur Fittrah Hassan Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penguasaan guru pelatih pendidikan khas terhadap
kemahiran asas mengajar aspek media digital. Reka bentuk soal selidik kajian tinjauan
ini dianalisis menggunakan pendekatan kuantitatif yang terdiri daripada statistik
deskriptif. Objektif kajian adalah mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran asas
mengajar aspek media digital guru pelatih pendidikan khas bagi menyumbang kepada
amalan pengintegrasian revolusi pendidikan 4.0 dalam pengajaran dan pemudahcaraan
di program pendidikan khas integrasi. Seramai 45 orang guru pelatih pendidikan khas
dipilih sebagai responden kajian melalui pensampelan tujuan bagi mewakili populasi
guru pelatih pendidikan khas. Instrumen kajian diadaptasi daripada modul penilaian
pengajaran, teknologi dan pentaksiran latihan perguruan dan telah mendapat kesahan
daripada dua orang pakar bidang Pendidikan Khas dengan nilai Cronbach Alpha, α =
0.736 dan Cohen Kappa, κ = 1.0 adalah diterima. Hasil analisis kajian pada ..... 3962 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 7 | [ Next ] [ Last ] |