UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 23
Simplified search suggestions : PENDIDIKAN KHAS
12020
article
Analisis pemupukan kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah pendidikan khas masalah pembelajaran
Hashimah Hussein
Mulai tahun 2015, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) mensasarkan semua murid prasekolah daripada pelbagai peringkat akan berupaya mengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai ke dalam kehidupan mereka melalui kemahiran penaakulan. Ini menunjukkan murid prasekolah yang bermasalah pembelajaran juga tidak terkecuali untuk menjayakan pelan tersebut. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti aktiviti-aktiviti pengajaran yang dipraktikkan oleh guru prasekolah pendidikan khas untuk memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan murid prasekolah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif yang dilaksanakan kepada empat orang partisipan yang terlibat secara langsung dengan prasekolah PKMP.  Data kajian dikutip melalui temu bual dan pemerhatian pengajaran di dalam bilik darjah. Dapatan kajian menunjukkan aktiviti pengajaran yang dilaksanakan oleh partisipan adalah aktiviti latih tubi yang lebih bersesuaian untuk pemupukan kemahiran ber.....

556 hits

22023
article
Ekspresi seni dan komunikasi visual murid berkeperluan khas dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
Ida Puteri Mahsan
Ekspresi seni dapat dilihat melalui gambar atau visual yang dijadikan sebagai media untuk melakukan identifikasi dan eksplorasi perasaan. Komunikasi visual yang wujud dalam karya murid berfungsi menyampaikan informasi secara visual dengan memaparkan suatu gambar, tanda atau simbol. Aktiviti menggambar, mewarna dan membina objek memberi peluang kepada luahan ekspresi dalam seni. Kaedah ini dilihat mempunyai nilai yang signifikan untuk dijadikan medium dalam meningkatkan kebolehan berkomunikasi apabila murid dan guru membuat diskusi tentang emosi yang diterjemahkan dalam lukisan. Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) di sekolah, murid telah didedahkan dengan aktiviti seni seumpama ini termasuklah murid berkeperluan khas (MBK). Artikel ini bertujuan mengkaji persepsi guru dan aplikasi seni sebagai salah satu medium ekspresi diri dan komunikasi dalam bilik darjah. Hasil karya murid MBK yang mempunyai masalah pembelajaran, autisma dan cacat pendengaran dikaji dari aspek ekspresi.....

359 hits

32022
article
Pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Khas dalam melaksanakan program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Masalah Pendengaran
Dashwini Selvam
Kajian ini bertujuan untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh guru Pendidikan Khas di program PPKI Masalah Pendengaran dari aspek pengetahuan dan kesediaan guru Pendidikan khas yang mengajar murid masalah pendengaran. Kajian kualitatif dengan reka bentuk kajian kes ini telah melibatkan enam orang guru pendidikan khas masalah pendengaran dari Program Pendidikan Khas Integrasi di salah sebuah sekolah rendah di negeri Selangor. Dengan menggunakan teknik pensampelan bertujuan. Kajian ini melibatkan dua pendekatan kaedah pengumpulan data iaitu temu bual dan pemerhatian. Data kajian ini dianalisis secara tematik dengan menggunakan Perisian Nvivo versi 12. Hasil kajian ini mendapati bahawa beberapa responden kajian kurang pengetahuan dan pengalaman dalam mengajar Murid Berkeperluan Khas Masalah Pendengaran rentetan daripada kebanyakan responden kajian ini tidak mempunyai kelayakan akademik dalam pengkhususan bidang pendidikan khas masalah pendengaran serta ditambah dengan tahap kemahiran ber.....

144 hits

42022
article
Isu terhadap penggunaan Teknologi Media Digital dalam kalangan guru pelatih jurusan Pendidikan Khas
Ain Syafia Qutreenie Alwi
Kemahiran penggunaan teknologi media digital merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu digunakan pada peringkat institusi pengajian tinggi. Salah satu kemahiran penting penggunaan teknologi media digital ialah guru pelatih perlu mengetahui cara menggunakan pelbagai media digital. Namun begitu, tidak banyak kajian yang memfokuskan kepada isu-isu berkaitan penggunaan teknologi media digital dalam kalangan guru pelatih. Terdapat isu utama yang diutarakan dalam kertas konsep ini iaitu tahap penggunaan teknologi dan pengetahuan pedagogi guru pelatih. Kertas konsep ini penting untuk merubah penggunaan teknologi media digital guru pelatih bagi bertindak balas terhadap perubahan yang berlaku pada masa kini. Kajian ini mencadangkan supaya universiti mempunyai bilik darjah maya yang lengkap dengan kemudahan teknologi media digital supaya dapat menjadi perantara dalam menyebarkan maklumat. Kajian ini juga turut menggalakkan guru pelatih untuk menggunakan teknologi media digital. Kertas in.....

142 hits

52023
article
Kesejahteraan emosi murid berkeperluan pendidikan khas pasca covid-19
Mohd Ridhuan Mohd Jamil
Konsep kesejahteraan merangkumi pelbagai dimensi, termasuk aspek mental/psikologi, fizikal, dan sosial. Salah satu dimensi kesejahteraan iaitu kesejahteraan emosi yang menerangkan konsep psikologi berkaitan dengan kepuasan hidup, tujuan, dan emosi positif. Dimensi kesejahteraan emosi ini amat kritikal terutamanya bagi murid berkeperluan pendidikan khas pasca Covid-19. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah tinjauan literatur dengan merujuk bahan daripada sumber ilmiah. Objektif kajian berfokus kepada; (i) mengenal pasti perkaitan antara kesejahteraan emosi dan murid berkeperluan pendidikan khas, (ii) mengenal pasti isu kesejahteraan emosi bagi murid berkeperluan pendidikan khas pasca Covid-19. Hasil analisis mencadangkan keperluan terhadap panduan dalam menguruskan kesejahteraan emosi bagi murid berkeperluan pendidikan khas pasca Covid-19 bagi membantu guru dan murid menangani isu ini. Kata kunci: kesejahteraan emosi, murid berkeperluan pendidikan khas, pasca Covid-.....

34 hits

62012
article
Pengajaran kemahiran komunikasi bagi murid-murid bermasalah pembelajaran teruk
Ahmad Noor Aini, Mahamod Zamri, Aziz Zahara,
Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan turut mendapat peluang untuk belajar dalam Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Mereka berkomunikasi dengan guru dan rakan-rakan menggunakan bahasa isyarat sendiri. Perkara ini tentu menyukarkan mereka kerana tidak boleh berinteraksi secara bebas dengan orang di sekeliling mereka. Murid-murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan boleh mendapat manfaat daripada sistem pendidikan yang mereka hadiri jika guru dan murid menggunakan komunikasi augmentatif dan alternatif dalam proses P&P. Satu kajian kualitatif telah dijalankan secara naratif inkuiri sebagai kaedah kajian. Data dikumpul melalui pemerhatian di dalam bilik darjah, temu bual dan analisis bukti dokumen. Hasil kajian mendapati murid bermasalah pembelajaran teruk tanpa pertuturan belajar kemahiran bahasa menggunakan isyarat tangan dan berbantukan gambar yang mana boleh dianggap sebagai kaedah tradisional. Proses P&P kemahiran bukan lisan dap.....

1964 hits

72016
article
Penggunaan Inst Card untuk meningkatkan kemahiran mengeja perkataan dengan suku kata tertutup bagi murid bermasalah pembelajaran
Elias Rashidah, Sulaiman Senana,
Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan Inst Card dalam meningkatkan kemahiran mengeja perkataan dengan suku kata tertutup kvk bagi murid bermasalah pembelajaran kategori slow learner. Model Kurt Lewin telah digunakan dalam penyelidikan tindakan ini. Peserta kajian terdiri daripada dua orang murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang dipilih melalui keputusan ujian diagnostik. Data dikumpulkan melalui pemerhatian, ujian pra dan ujian pasca. Hasil analisis data mendapati bahawa kedua-dua peserta kajian menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam ujian pasca berbanding ujian pra. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Inst Card berkesan dalam meningkatkan kemahiran mengeja perkataan dengan suku kata tertutup kvk...

947 hits

82015
article
Belajar kemahiran mengenal huruf menggunakan aktiviti membentuk doh
Ahmad Noor Aini, Abd. Latiff Nur Liyana,
Aktiviti membentuk doh boleh diaplikasikan untuk membantu murid bermasalah pembelajaran mempelajari kemahiran mengenal huruf. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana aktiviti menggunakan membentuk doh dapat membantu meningkatkan penguasaan mengenal huruf dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran. Kajian eksperimental kuasi dijalankan terhadap enam orang murid bermasalah pembelajaran yang dipilih secara pensampelan bertujuan di tiga buah sekolah menengah yang menjalankan Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) di dua buah daerah di negeri Perak Darul Ridzuan. Kumpulan kawalan di Sekolah A terdiri daripada dua orang murid (M1 dan M2) manakala rawatan dijalankan di Sekolah B dan Sekolah C. M3 dan M4 di Sekolah B menerima Rawatan 1 menggunakan aktiviti membentuk doh manakala M5 dan M6 di Sekolah C menerima Rawatan 2 menggunakan aktiviti percikan. Alat kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pasca dan kajian telah dilaksanakan selama tiga bulan. Dapatan kajian.....

1091 hits

92017
article
Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan penyelesaian masalah melalui kaedah Hermeneutik
Nachiappan Suppiah, Sinnasamy Barathy, Suffian Sandra,
1497 hits

102017
article
The integration of ICT creative multimedia in visual art education teaching and learning
Syamrul Nizam Abdul Malek
The objective of this study is to identify the Ely’s Variation (Conditions of Change) - 1999, which exists to support the integration of ICT. The sample consists of VAE major students - semester 5, 6, 7 and 8, who have attended the course. As a result of the fish bowl draw for choosing the population capable of governance, a total of 223 VAE students from 6 ITE in Peninsular Malaysia have been selected for this study. The respondents come from these institutes: 1) IPGK Bahasa Antarabangsa (9.0%), 2) IPGK Dato’ Razali Ismail (9.0%), 3) IPGK Raja Melewar (25.6%), 4) IPGK Pendidikan Teknik (9.9%), 5) IPGK Ilmu Khas (13.5%) and 6) IPGK Sultan Mizan (33.2%). From the 223 (100%) sets of questionnaires distributed, 213 (96%) sets have been successfully analysed. The study uses a questionnaire survey method. The questionnaires consist of 6 items (Demographic Information of Respondents) and 40 items (Ely terms, 1999). The reliability of the instruments for integrating ICT according to Elyâ€.....

586 hits

[First] [Prev] Page 1 of 3 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.