UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 44
Simplified search suggestions : Pembelajaran abad ke 21
12021
thesis
Pengetahuan dan proses pengajaran guru terhadap elemen dalam pembelajaran abad ke-21
Muhammad Izzat Mailis
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengetahuan dan proses pengajaran guru terhadap elemen dalam Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21). Ia menggunakan pendekatan kuantatatif jenis tinjauan dan disokong oleh pendekatan kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan dokumen. Sampel kajian terdiri daripada 153 orang guru yang mengajar di tiga buah Sekolah Kebangsaan (SK) di daerah Sepang, Selangor. Empat orang responden pula dipilih untuk temu bual dan pemerhatian pengajaran di dalam kelas. Borang soal selidik diguna untuk mendapatkan maklumat tentang pengetahuan guru dalam PAK21 dan disokong dengan protokol temubual. Borang senarai semak pemerhatian diguna untuk melihat proses pengajaran guru terhadap elemen dalam PAK21. Data daripada soal selidik dan senarai semak dianalisis menggunakan peratusan manakala analisis dokumen RPH dan protokol temu bual dibuat secara tematik. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan guru dalam PAK21 adalah tinggi dengan skor peratusan di antara 75- 100%. P.....

6486 hits

22015
thesis
Analisis penguasaan kemahiran penaakulan saintifik, kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah menengah di jajahan Bachok, Kelantan
Azizah Mat Ail
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran penaakulan saintifik,kemahiran proses sains dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar sekolah menengah Jajahan Bachok, Kelantan. Responden terdiri daripada 293 orang pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat telah dipilih menggunakan pensampelan rawak berstrata. Kajian jenis kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan tiga instrumen iaitu soal selidik kemahiran abad ke-21, Ujian Bilik Darjah Lawson dan Ujian Kemahiran Proses Sains. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar adalah tinggi bagi setiap subskala kemahiran abad ke-21 dan sederhana bagi kemahiran proses sains dan rendah bagi kemahiran penaakulan saintifik. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan kemahiran pemikiran inventif, komunikasi berkesan dan produktiviti tinggi berdasarkan tingkatan. Selain itu, terdapat perbezaan signifikan dalam penguasaan kemahiran pemikiran inventif dan produktiviti tinggi berdasarkan j.....

1143 hits

32016
thesis
Pembangunan perisian multimedia interaktif panduan pengajaran dan pentaksiran KSSR Dunia Muzik Tahun 1
Abdul Rahman Safian
Penggunaan ICT di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah terbukti memberi banyak faedah kepada guru dan murid. Selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melestarikan pembelajaran abad ke-21 , penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar dapat memberi impak kepada perkembangan murid. Projek ini dijalankan untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah perisian multimedia interaktif yang dapat digunakan oleh guru muzik dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) serta pentaksiran bagi mata pelajaran Dunia Muzik Tahun 1. Projek ini menggunakan Microsoft Power point 2010 sebagai perisian utama dengan gabungan beberapa perisian lain seperti Sony Vegas 7.0, Adobe Audition 1.5, GIMP, Format Factory dan Snipping Tool. Hasil projek ini telah menghasilkan sebuah perisian interaktif merangkumi elemen pengajaran dan pentaksiran yang dapat mengoptimakan masa PdP dan pentaksiran dalam peruntukan waktu 30 minit. Hasil penilaian mengesahkan bahawa perisian ini dapat.....

652 hits

42015
thesis
Analisis penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap Sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan
Siti Fazidah Mat Yaacob
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains dalam kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Gua Musang, Kelantan. Kajian tinjauan ini melibatkan 359 orang pelajar dengan menggunakan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran abad ke-21 dan sikap terhadap sains pelajar adalah pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan serta norma dan nilai kerohanian berdasarkan aliran. Di samping itu, terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains berdasarkan lokasi sekolah. Manakala dari segi aliran terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari aspek implikasi sosial terhadap sains, sikap terhadap inkuiri saintifik, amalan sikap saintifik, keseronokan pembelajaran sains, minat terhadap sains dan kerjaya dalam sains. Selain itu, terdapat kesan interaksi.....

766 hits

52016
thesis
Elemen kemahiran abad ke-21 dan indikator kreativiti kanak-kanak dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital
Laili Farhana Md Ibharim
Kajian ini bertujuan menganalisis indikator kreativiti dan elemen kemahiran abad ke-21 dalam proses reka bentuk permainan penceritaan digital menggunakan peranti Teknologi Kapasitif Sentuhan dalam persekitaran bilik darjah terhadap kanak-kanak. Melalui indikator kreativiti, kajian memberi fokus kepada aspek keaslian, keluwesan, kelancaran dan kejelasan semasa proses reka bentuk permainan penceritaan digital. Tiga elemen kemahiran abad ke-21 yang difokuskan dalam kajian ini adalah kemahiran pembelajaran dan inovasi; kemahiran maklumat, media dan teknologi; serta kemahiran hidup dan kerjaya. Kaedah gabungan berpandukan model reka bentuk kajian bertumpu selari telah digunakan bagi memperolehi dapatan yang lebih mendalam dan menyeluruh. Data dikumpulkan melalui senarai semak pemerhatian, senarai semak temu bual dan penilaian portfolio. Kajian dijalankan di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar yang melibatkan 20 orang murid Tahun 4. Data kualitatif dianalisis menggunakan kaedah triangulas.....

1010 hits

62016
thesis
Keberkesanan kaedah POGIL (Process Oriented Guided-Inquiry Learning) dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar prauniversiti
Roslina Ibrahim
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah POGIL dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar prauniversiti bagi topik respirasi sel. Kajian juga bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap keberkesanan kaedah POGIL dalam meningkatkan motivasi, kefahaman dan kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Dua kaedah pengajaran yang berbeza dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan dua kumpulan yang berbeza; kaedah tradisional bagi kumpulan kawalan dan kaedah POGIL bagi kumpulan rawatan. Pemilihan responden kajian adalah secara persampelan bertujuan melibatkan 40 orang pelajar modul I program matrikulasi satu tahun yang mengambil subjek biologi. Responden terdiri daripada 20 orang pelajar kumpulan kawalan dan 20 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu modul pengajaran POGIL, ujian pencapaian dan bor.....

438 hits

72017
thesis
Tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) ke arah kemahiran abad ke-21
Yip, Chan Ling
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap dan hubungan atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) (PAKK) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke arah kemahiran yang terdapat dalam Kerangka Kerja Pembelajaran abad ke-21. Ini merupakan satu kajian penerokaan yang melibatkan pengumpulan data kualitatif dan kuantitatif. Instrumen kajian terdiri daripada dokumen program PAKK dan soal selidik. Sampel kajian dipilih berdasarkan kaedah persampelan “target population” yang melibatkan 230 orang graduan ISMP (PAKK) Sesi 2013 dan 2014 dan pelajar semester 8 (Sesi 1 2011/2012). Statistik deskriptif (peratusan) dan inferensi (korelasi Pearson) digunakan untuk menganalisis data yang diperoleh. Dapatan kajian menunjukkan tahap atribut pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam program PAKK ke arah kemahiran abad ke-21 adalah rendah. Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara a.....

1891 hits

82017
thesis
Pembangunan dan pengujian modul kaedah pengajaran berasaskan adventure terhadap pencapaian statistik asas, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran kepimpinan
Mohd Afifi Bahurudin Setambah
Kajian ini bertujuan membangun dan menguji Modul Kaedah Pengajaran Berasaskan Adventure (KPBA) terhadap pencapaian Statistik Asas, kemahiran berfikir kritis dan kemahiran kepimpinan pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan modul dengan dua fasa pelaksanaannya. Fasa pertama melibatkan fasa pembangunan modul KPBA berasaskan model ADDIE dan Kemp. Fasa kedua kajian menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-pos kumpulan kawalan tidak setara ke atas 30 orang pelajar semester dua Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di sebuah Institut Pendidikan Guru Malaysia yang dipilih secara teknik rawak berkelompok. Data dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu ujian pencapaian Statistik Asas, ujian kemahiran berfikir kritis dan soal selidik kemahiran kepimpinan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferens menerusi ANOVA dan MANOVA bagi menentukan perbezaan pelajar antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kajian ini berjaya membangunkan Modu.....

1555 hits

92017
thesis
Analisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru Biologi
NorHafizah Hamzah
Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kepercayaan, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru biologi. Selain itu, sumbangan kepercayaan keberkesanan pengajaran, persekitaran pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan isi kandungan terhadap pendekatan pengajaran guru biologi juga diterokai. Sampel kajian terdiri daripada 149 orang guru biologi sekolah menengah daerah Kulim Bandar Baharu, Kuala Muda Yan dan Baling Sik, Kedah. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan rawak. Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan terdiri daripada set soal selidik dan ujian bertulis. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan sederhana positif antara kepercayaan keberkesanan pengajaran dan persekitaran pengajaran terhadap pendekatan pengajaran guru biologi. Walau bagaimanap.....

904 hits

102018
thesis
Aplikasi pembelajaran berasaskan projek bidang seni digital: kajian kes di lima buah institusi pengajian tinggi di Malaysia
Ida Puteri Mahsan
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pemahaman pensyarah terhadap Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dan aplikasinya dalam pengajian seni digital di institusi pengajian tinggi (IPT). Persepsi pelajar-pelajar yang terlibat diambil kira untuk melihat kesan PBP kepada para pelajar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes kualitatif. Kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Kebolehpercayaan data dilakukan melalui triangulasi dan penilaian tiga orang pakar. Informan kajian adalah terdiri daripada lima orang pensyarah daripada lima buah IPT di semenanjung Malaysia yang menjadi tenaga pengajar dalam bidang seni grafik, multimedia dan animasi serta sepuluh orang pelajar daripada IPT yang sama. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman pensyarah terhadap PBP merujuk kepada tugasan berorientasikan produk, asas kemahiran, pembelajaran bersepadu, dan pembelajaran autentik. Manakala aplikasi PBP dilihat daripada aspek rancangan t.....

1064 hits

[First] [Prev] Page 1 of 5 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (45)
article ... (88)
monograph ... (12)
bulletin ... (2)
research_report ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Pembelajaran +abad +ke +21




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.