UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 38
Simplified search suggestions : Pembelajaran abad ke 21
12018
article
Kesediaan guru Sains sekolah rendah terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21
Azalida Tajudin
Kajian tinjauan ini dijalankan bertujuan mengkaji sejauh manakah kesediaan guru Sains dan sekolah rendah daripada aspek pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dalam melaksanakan pembelajaran abad ke-21 di Jasin. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti adakah terdapatnya hubungan kesediaan guru Sains daripada segi penguasaan pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap dengan pengalaman mengajar dan jantina. Seramai 115 orang guru telah dipilih secara rawak berstrata dalam menjayakan kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik, skala likert 5 mata digunakan bagi tahap kesediaan dari segi pengetahuan, kemahiran, minat dan sikap. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) version 20.0 dan ditunjukkan dalam frekuensi, min dan sisihan piawai. Dapatan hasil kajian menunjukkan tahap kesediaan guru Sains sekolah rendah di Jasin dari segi pengetahuan,sikap, kemahiran dan minat berada pada tahap tinggi. Melalui Ujian-t dan ANOVA m.....

691 hits

22019
article
Kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran Abad 21 terhadap pembangunan pelajar
Noor Lela Ahmad
Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru terhadap kepentingan amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 dalam sesi PdP mereka bagi tujuan pembangunan pelajar. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengumpul data dari sampel kajian. Instrumen kajian diadaptasi dan diubahsuai dari model Partnership for 21st Century Skills mengikut keperluan persoalan kajian. Soal selidik mengandungi lapan dimensi amalan pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. Pemilihan sampel kajian menggunakan persampelan secara rawak. Sampel kajian terdiri daripada 242 orang guru daripada 34 buah sekolah di daerah Kinta Utara, Perak. Berdasarkan dapatan kajian, tiga kemahiran amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 guru di daerah Hulu Kinta yang tertinggi adalah dimensi kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran komunikasi dan kemahiran pemikiran kritikal. Manakala dimensi amalan pengajaran dan pembelajaran abad 21 yang terendah adalah adalah dimensi ke.....

3067 hits

32020
article
Model bersepadu penerapan kemahiran pedagogi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 dalam kalangan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris
Muhammad Khairuddin Lim Abdullah
Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penggunaan Kemahiran Pedagogi PdPc abad ke-21 dalam kalangan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris dan seterusnya membina model bersepadu penerapan kemahiran ke-21. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kuantitatif, kualitatif dan pemerhatian serta temu bual. Min purata elemen amalan PdP pensyarah adalah 4.43 dan standard deviation = 0.53. Secara tuntasnya, min berada pada tahap penguasaan yang tinggi dan keupayaannya boleh dipertingkatkan lagi agar berada di dalam tahap cemerlang. Elemen-elemen itu adalah seperti kemahiran pemikiran kritikal, komunikasi, refleksi, kolaborasi, pentaksiran, penyelesaian masalah, teknologi serta kemahiran kreativiti dan inovasi. Penentu kepada kejayaan PdPc itu sendiri adalah para pensyarah itu sendiri yang arif dalam profesional bidang keguruan masing-masing. Kajian ini diharap dapat menyumbangkan kepada peningkatan kebolehpasaran graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Justeru itu, diharap .....

951 hits

42021
article
Kesan pembelajaran abad Ke-21 melalui aplikasi Google Classroom terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan Sejarah
M. Kaviza
Kajian eksperimen-kuasi dengan reka bentuk faktorial 3 X 2 ini bertujuan untuk mengkaji kesan pembelajaran abad ke-21 terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan sejarah dalam kalangan murid berdasarkan jantina. Sampel kajian ini merupakan 41 orang murid Tingkatan Dua yang telah ditentukan berdasarkan teknik persampelan berkelompok. Instrumen kajian ini merupakan ujian pencapaian sejarah yang berbentuk item objektif yang telah disahkan kandungan dan konstruknya oleh pakar-pakar penilai serta mempunyai nilai kebolehpercayaan, indeks diskriminasi dan indeks kesukaran yang baik. Data kajian ini telah dianalisis secara statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu ujian Split Anova dengan menggunakan perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini telah melaporkan bahawa pembelajaran abad ke-21 melalui aplikasi Google Classroom adalah berkesan terhadap pencapaian penguasaan pengetahuan sejarah walaupun jantina dilaporkan tidak mempengaruhi pencapaian penguasaan pengetahuan sejara dalam kalangan .....

298 hits

52016
article
Keberkesanan teknik peta pemikiran terhadap peningkatan prestasi Bahasa Arab dalam kalangan pelajar
Nawawi Khairudin, Abdullah Norazilawati,
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan teknik peta pemikiran dalam meningkatkan tahap pencapaian mata pelajaran Bahasa Arab dalam kalangan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Rapat Jaya, Ipoh, Perak. Kajian ini melihat tahap pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab selepas menggunakan teknik peta pemikiran. Kaedah kuasi eksperimen telah digunakan adalah kajian ini. Responden terdiri daripada 66 orang pelajar yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik untuk menyokong dapatan kajian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Keputusan kajian dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, min, sisihan piawai dan ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab telah meningkat selepas menggunakan teknik peta pemikiran. Kajian ini mempunyai implikasi kepada g.....

5655 hits

62013
article
Pembelajaran berasaskan projek takrifan, teori dan perbandingannya dengan pembelajaran berasaskan masalah
Machmudi Isa Nitche Isa Medina, Abdullah Mai Shihah,
Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project Based Learning (PBL) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Pada awalnya, implementasi kaedah PBP telah dimulakan di sekolah-sekolah bestari perdana. Ini merupakan tinjauan literatur yang membincangkan takrifan dan teori yang digunapakai dalam kaedah PBP. Selain itu, perbandingan kaedah PBP dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) atau Problem Based Learning (PBL) turut dibincangkan memandangkan kedua-dua kaedah ini menggunakan akronim yang sama dalam hahasa Inggeris. Berdasarkan tinjauan literatur ini, didapati bahawa kaedah PBP mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, maka terpulang kepada budi bicara guru yang mengajar untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P dan P) bersesuaian dengan kebolehan murid...

827 hits

72017
article
Keberkesanan pendekatan Flipped Classroom dalam pembelajaran sains di sekolah rendah
Mohamed Noh Noraini, Abdullah Norazilawati, Wong Kung Teck, Hamzah Mahizer,
1806 hits

82017
article
Metakognisi pembelajaran berasaskan projek kursus seni digital dalam kalangan pensyarah: kajian kes di institusi pengajian tinggi Malaysia
Mahsan Ida Puteri, Ibrahim Md. Nasir,
440 hits

92017
article
Pelaksanaan literasi visual dalam pengajaran dan pembelajaran
Yusi Nur Idayu,
246 hits

102018
article
Modul hayati, eksplorasi, berfikir aras tinggi (hebat) bacaan: strategik pengajaran dan pembelajaran membaca
Rusdi Mat Nor
Artikel ini bertujuan untuk menjelaskan tentang Modul HEBAT Bacaan sebagai satu strategik pengajaran dan pembelajaran membaca dalam usaha meningkatkan literasi bacaan murid sekolah menengah daripada murid Tingkatan Satu hingga murid Tingkatan Empat. Modul HEBAT bacaan adalah wardah yang disediakan oleh KPM bagi menyediakan murid untuk menjawab Literasi Bacaan PISA. Pembinaan Modul HEBAT Modul ini telah dibangunkan menggunakan pendekatan bertema dan memberi penekanan tentang teknik serta proses membaca sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Oleh itu dalam penulisan ini dibincangkan tentang pemikiran modul HEBAT bacaan, kebolehlaksanaan Modul HEBAT Bacaan dan Pedagogi Abad ke-21 (PAK 21) serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Secara keseluruhannya modul ini mempunyai nilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) membaca Bahasa Melayu kerana pendekatan yang digunakan adalah menyeluruh mencakupi aspek strategik P&P, cadangan aktiviti, bahan rangsangan.....

385 hits

[First] [Prev] Page 1 of 4 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (45)
article ... (88)
monograph ... (12)
bulletin ... (2)
research_report ... (1)



Specific Period







Top 5 related keywords

+Pembelajaran +abad +ke +21




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.