UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 12
12003
monograph
Pencapaian dan penguasaan konsep dalam Matematik peringkat SPM
Noordin Abu Bakar, Abu Bakar Bhasah, Saad Noor Shah, Mohd Tajudin Nor‘ain,
8066 hits

22004
monograph
Proses pemiklran Matematik pelajar dalam pembelajaran teknik kamiran
Mohd. Tajudin Nor'ain,
5274 hits

32003
monograph
Pengaruh Matematik dan Ekonomi Asas sebagai prasyarat ke atas pencapaian Prinsip Ekonomi di UPSI
Ismail Ramlee,
Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pemiagaan) adalah salah satu daripada program yang ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kemasukan pelajar bagi program ini ditapis dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Salah satu kriteria ialah asas akademik bagi subjek berkaitan dengan program yang dipohon oleh pelajar. Sejauh mana prasyarat kemasukan mempengaruhi pencapaian tidak dapat dijelaskan. Justru kajian ini cuba menentukan samna ada prasyarat mempunyai pengaruh ke atas pencapaian pelajar. Kajian ini membataskan kepada pengaruh asas matematik dan ekonomi ke atas pencapaian salah satu subjek major program, iaitu Prinsip Ekonomi. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan signifikan antara saluran kemasukan dengan purata pencapaian pelajar bagi subjek yang dikaji. Analisis regressi pula menunjukkan pelajar yang mempunyai asas lebih kukuh mendapat keputusan yang lebih baik. Kajian menunjukkan pelajar yang pertama sekali berhadapan dengan subjek ini tidak signifikan...

988 hits

42009
monograph
Standard pengajaran Matematik mempertingkatkan kualiti pengajaran guru Matematik di sekolah-sekolah Malaysia
Saad Noor Shah, Mohamed Zulkifley, Mohd Tajudin Nor
2006 - 2010 berhasrat untuk memastikan bukan sahaja dapat melahirkan guru yang berkualiti malahan untuk memastikan mereka yang berkualiti ini kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Bagi mencapai hasrat ini, standard pengajaran yang berkesan dan berkualiti harus diamalkan di kalangan guru-guru khususnya guru matematik. Kajian ini melibatkan tiga peringkat. Pertama, kajian literatur secara intensif tentang standard pengajaran matematik yang diperkenalkan di luar negara seperti National Council of Teacher of Mathematics (NCTM, 2000), The Australian Association of Mathematics Teachers (AAMT, 2006) dan Training and Development Agency for School (TDA, 2007). Di Malaysia, Standard Kualiti Pendidikan (2003) dan Standard Guru Malaysia (2007) turut diperkenalkan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti guru dalam perkhidmatan dan praperkhidmatan. Peringkat kedua melibatkan pembinaan instrumen soal selidik tentang standard kecemerlangan pe.....

5025 hits

52008
monograph
Pengetahuan asas dalam ekonomi dan kemahiran matematik mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus makroekonomi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Zulkifl Normala, Abdul Aziz Shahrun Nizam,
Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi (PEG1013) di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UPSI. Bagi mengkaji pengaruh faktor pengetahuan asas ekonomi, gred yang diperoleh dalam subjek Ekonomi Asas (SPM), Ekonomi (STPM) dan gred bagi kursus Prinsip Ekonomi (PEA 1013) telah dipilih. Manakala bagi mengkaji pengaruh faktor kemahiran matematik pula, gred bagi subjek Matematik Moden dan Matematik Tambahan (SPM) di ambil kira. Kajian kuantitatif ini telah dijalankan ke atas 217 pelajar ekonomi yang terpilih (major dan minor). Pengaruh faktor pengetahuan asas ekonomi dan kemahiran matematik terhadap pencapaian pelajar dalam kursus Pendidikan Makroekonomi telah dianalisis menggunakan Analisis Korelasi Spearman. Ujian Mann-Whitney pula, telah digunakan untuk membuat perbandingan terhadap pencapaian pelajar di antara dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan asas dalam ekon.....

2171 hits

62008
monograph
Kesan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah rendah
Haron Isahak, Gapor Abdul Latif, Masran Md Imasir, Ibrahim Abdul halim, Mohamed Nor Mariam,
Tujuan kajian ini ialah untuk melihat kesan dasar penggunaan Bahasa lnggeris sebagai bahasa pengantar Matematik dan Sains di sekolah (PPSMI), terutama di sekolah rendah: sejauh manakah dasar ini berkesan untuk meningkatkan pembelajaran dan prestasi murid dalam kedua-dua mata pelajaran ini; dan sejauh manakah ia meningkatkan kemahiran pelajar dalam Bahasa lnggeris, seperti yang diharapkan oleh Kerajaan apabila dasar ini diumumkan dalam Julai 2002, dan mula dilaksanakan pada awal tahun 2003. Kajian ini merupakan kajian tinjauan soal selidik dan ujian Matematik, Sains dan Bahasa lnggeris di kalangan sampel murid Tahun 5 di sekolah rendah dalam tiga kohort, iaitu tinjauan Februari 2007 (N=1564) dari 27 buah sekolah rendah, Julai 2007 (N= 636) dari 13 buah sekolah, dan Januari 2008 (N= 1703) dari 28 buah sekolah. Murid ini telah mengalamai pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa lnggeris selama empat tahun, iaitu sejak dasar ini mula diperkenalkan. Dapatan dari ketiga-tiga sampel ini .....

3080 hits

72007
monograph
Hubungan antara gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid dengan pencapaian dalam pelajaran Matematik di beberapa buah sekolah rendah
Jantan Ramlah, Masran Md Nasir,
Tujuan utama kajian ini di jalankan adalah untuk melihat hubungan di antara gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid dengan pencapaian Matematik muridmurid sekolah rendah. Seramai 395 orang murid dan 13 orang guru sekolah rendah di sekitar daerah Tanjong Malim, Perak dan Hulu Bernam, Selangor telah terpilih menjadi sampel kajian. Murid-murid tersebut terdiri daripada murid-murid darjah 3, 4, 5, dan 6 manakala guru-guru pula terdiri daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran Matematik di sekolah rendah. Proses pengumpulan data soal selidik dijalankan ke atas murid menggunakan soal selidik Ujian Bentuk Tersembunyi Berkumpulan (GEFT) oleh Herman Witkin. dan Goodenough (1977). Manakala soal selidik untuk guru pula menggunakan soal selidik yang telah diubahsuai daripada Grasha (1996) iaitu Inventori Gaya Mengajar Guru (Teaching Styles Inventory). Data soal selidik ini digunakan untuk melihat apakah gaya mengajar seorang guru dan melihat gaya belajar murid semasa pembelajaran ber.....

1364 hits

82007
monograph
Hubungkait kemahiran penggunaan komputer dengan perisian multimedia ke atas pembelajaran Matematik kanak·kanak prasekolah
Masnan Abdul Halim,
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungkait kemahiran komputer dengan perisian multimedia ke atas "pembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah. Sarnpel terdiri daripada 29 orang kanak-kanak berumur lima dan enam tahun. Keputusan analisis Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat perkaitan signifikan antara latar belakang keluarga dengan kemahiran komputer dan pembelajaran matematik kanak-kanak. Hasil ujian Korelasi yang dijalankan menunjukkan terdapat perkaitan negatif antara kemahiran komputer terhadap pembelajaran matematik kanak-kanak, Hasil dari ujian T-test mendapati tidak terdapat perbezaan kemahiran komputer di antara kanakkanak berumur lima dan enam tahun dan kebolehan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Juga didapati tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang mempunyai komputer di rumah dengan yang tidak mempunyai komputer di rumah terhadap pembelajaran matematik mereka. Kajian ini memberi implikasi bahawa kanak-kanak boleh mendapat pengetahuan.....

1353 hits

92003
monograph
Geometer Sketchpad: penggunaannya di dalam pembelajaran Matematik tambahan
Puteh Marzita, Masri Rohaidah,
Kursus Lepasan ljazah (Matematik) yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan telah memuatkan Geometer Sketchpad (GSP) di dalam kurikulumnya sebagai salah satu komponen teknologinya dan pelajar-pelajar dimestikan mempunyai kemahirannya setelah tamat pengajian. Maka sasaran penggunaan GSP di sekolah-sekolah menengah adalah salah satu objektif Kementerian Pendidikan dan diharapkan projek ini dapat merealisasikan kehendak itu. Memandangkan era teknologi dan penggunaan leT yang begitu pesat, maka penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran matematik adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Dalam projek ini satu prototaip perisian menggunakan GSP untuk pengajaran dan pembelajaran mengikut kemahiran dan tajuk-tajuk kurikulum matematik di sekolah menengah telah dibangunkan, diuji dan dikaji agar satu pengkalan data perisian pengajaran pembelajaran berkaitan geometri diwujudkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar yang bakal menjadi guru. Prototaip ini mengandungi lima bahagia.....

1382 hits

102013
monograph
Pembinaan modul KG-GSP bagi topik garis lurus dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
Nor’ain Mohd Tajudin
Objektif kajian ini adalah untuk membina modul mengintegrasikan teknologi kalkulator grafik (KG) dan perisian Geometers' Sketchpad (GSP) bagi topik Garis Lurus Tingkatan Empat, menilai tahap kebolehgunaan pedagogi bagi modul KG-GSP, mengenal pasti tahap pandangan pelajar tentang kelebihan dan kekangan penggunaan kalkulator grafik, mengenal pasti tahap masalah pelajar dalam menggunakan perisian GSP dan mengkaji pengalaman pelajar ketika menggunakan perisian GSP ketika belajar topik Garis Lurus. Kajian dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama adalah pembinaan modul dan fasa kedua melibatkan kajian tinjauan menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual. Terdapat empat instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu Soal Selidik Kebolehgunaan Pedagogi, Soal Selidk Pandangan Pelajar, Soal Selidik Masalah Pelajar dan Protokol Temu Bual. Sampel kajian melibatkan 30 orang pelajar Tingkatan Empat dan 30 orang guru matematik daripada tiga buah ; sekolah di daerah Sabak Bemam, Hulu Selangor.....

794 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (151)
article ... (187)
book_section ... (2)
conference_item ... (1)
monograph ... (30)
bulletin ... (13)
research_report ... (4)



Specific Period







Top 5 related keywords

+matematik

+isu +dalam +matematik

+pembangunan +dan +kebolehgunaan +matematik

topik+matematik+tingkatan+dua

+inovasi +dalam +pendidikan +matematik




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.