UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 16
12023
final_year_project
Meningkatkan keupayaan pelajar Tingkatan Lima mempelajari drama ‘Pichirantaiyar’ melalui pendekatan teknologi multimedia
Logapriyaa Shanmugam
Kajian ini bertajuk meningkatkan keupayaan pelajar Tingkatan Lima mempelajari drama ‘Pichirantaiyar’ melalui pendekatan teknologi multimedia. Oleh itu, kajian ini mengandungi 2 objektif iaitu mengenal pasti masalah dan punca murid Tingkatan Lima dalam pengajaran pembelajaran bermain ‘Pisirantaiyar’. Objektif kedua iaitu Meningkatkan keupayaan pelajar Tingkatan Lima mempelajari drama ‘Pichirantaiyar’ melalui pendekatan teknologi multimedia. Kajian ini dijalankan sebagai Kajian Tindakan. Kajian ini dijalankan di Daerah Batu Gajah, Negeri Perak Darul Ridzuan. Penyelidik menggunakan 20 orang pelajar tingkatan lima Bahasa Tamil kesusasteraan dan seorang guru Bahasa Tamil Kesusasteraan sebagai sampel kajian. Instrument yang digunakan oleh penyelidik adalah protocol temu bual, ujian pra,, ujian pasca. Dapatan kajian adalah dapat mengenal pasti masalah dan punca murid Tingkatan Lima dalam pengajaran pembelajaran bermain ‘Pisirantaiyar’ dan sebabnya. Melalui kajian ini dapat mem.....

519 hits

22023
final_year_project
Tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik terhadap penggunaan teknologi multimedia interaktif bagi subtopik Hukum Keplers
Muhammad Harraz Azizi
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik terhadap penggunaan teknologi multimedia interaktif dalam subtopik Hukum Kepler. Kajian ini juga menerangkan hubungan antara tahap kesediaan dan motivasi guru pelatih Fizik terhadap penggunaan teknologi multimedia interaktif dalam subtopik Hukum Kepler. Seramai 108 orang responden telah terlibat secara langsung dalam kajian ini yang terdiri daripada guru pelatih Fizik UPSI semester 5, 6 dan 7. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Soal selidik dalam bentuk platform Google Form telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Statisical Package for Social Science (SPSS) versi 25.0 telah digunakan untuk menganalisis data kajian secara statistik deskriptif bagi menentukan kekerapan, min dan sisihan piawai manakala statistik inferensi menggunakan ujian kolerasi Spearman’s Rho bagi menentukan kekuatan hubungan antara dua pekali. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan d.....

890 hits

32023
final_year_project
Penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan guru pelatih pendidikan jasmani Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Nur Zulfah Syafieqah Zawahid
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam kalangan guru pelatih Pendidikan Jasmani. BBM ini dapat menarik minat pelajar untuk menghadirkan diri ke sekolah, dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar, serta dapat menyelesaikan pelbagai kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah tinjauan berbentuk deskriptif menggunakan borang soal selidik untuk meninjau tahap pengetahuan, tahap kemahiran, dan faktor-faktor penggunaan multimedia sebagai bahan bantu mengajar kepada guru pelatih Pendidikan Jasmani Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sampel kajian ialah seramai 61 orang pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Jasmani) dan data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan menunjukkan bahawa responden bagi bahan bantu mengajar berasaskan teknologi multimedia berada pada t.....

833 hits

42023
final_year_project
Penerapan pengajaran berasaskan multimedia dalam teks Sulalatus Salatin bagi tingkatan 6
Nur Hidayah Komarudin
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerapan pengajaran berasaskan elemen multimedia dalam teks Sulalatus Salatin. Multimedia merupakan segala bahan PdP yang mengabungkan unsur-unsur teks, grafik, animasi, imej, suara dan video seperti CD-ROM, permainan komputer dan sebagainya bagi membolehkan pengalaman sebenar terhadap tajuk yang diajar atau dipelajari. Tujuan penggunaan multimedia adalah sebagai alat komunikasi yang boleh merangsang pelbagai deria. Objektif kajian ini ialah i) Mengenal pasti penerapan pengajaran berasaskan multimedia dalam teks Sulalatus Salatin bagi Tingkatan 6. ii) Menganalisis tahap keberkesanan dalam mengaplikasikan pengajaran berasaskan multimedia bagi teks Sulalatus Salatin sebagai bahan bantu mengajar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif. Kaedah kualitatif yang digunakan ialah kaedah kepustakaan. Kaedah kepustakaan ini digunakan untuk rujukan bagi membuat item soal selidik dan untuk melengkapkan kajian seperti menyelitk.....

325 hits

52024
final_year_project
Tinjauan persepsi penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia bagi mata pelajaran Biologi dalam kalangan murid tingkatan empat
Maisarah Mohamad Azizi
Kajian yang dilaksanakan ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia bagi mata pelajaran Biologi dalam kalangan murid tingkatan empat. Kajian ini melibatkan sekolah-sekolah di daerah Kerian, Perak. Sampel kajian adalah seramai 136 murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Biologi dari populasi murid seramai 223 orang. Kajian ini telah mendapat kesahan daripada empat orang pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Instrumen kajian telah memperolehi kesahan dengan purata keseluruhan nilai pekali kesahan sebanyak 0.85 bagi kesahan kandungan dan 0.90 bagi kesahan muka. Nilai Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan instrumen merupakan 0.946. Dapatan kajian mendapati bahawa murid-murid yang terlibat dalam kajian mendapat purata nilai min dan sisihan piawai adalah 4.039±0.818 bagi konstruk minat terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan multimedia. Seterusnya, bagi konstruk persepsi terhadap penggu.....

65 hits

62018
final_year_project
Motion graphic "HFMD EPIDERMIC" sebagai medium penyampai informasi menerusi media elektronik
Muhammad Fakhruddin Abdul Aziz
Inspirasi kajian ini tercetus apabila tularnya wabak penyakit berjangkit bermusim yang menyerang masyarakat kita sepeti SARS, H1N1 dan HFMD. HFMD berlaku disebabkan jangkitan virus Coxsackie pada sistem imunisasi badan. Ini sangat membimbangkan kerana wabak ini menyerang kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke bawah. HFMD Epidemic merupakan sejenis karya multimedia, motion graphic yang membawa maksud wabak penyakit tangan kaki dan mulut. Motion graphic terdiri daripada dua jenis perkataan iaitu motion dan graphic yang memberi erti pergerakan dan grafik. Motion graphic merupakan sebahagian daripada cabang multimedia. Oleh itu reka bentuk untuk menghasilkan motion graphic ini terdiri daripada teori-teori multimedia. Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum dan khususnya ibu bapa tentang bahayanya wabak penyakit berjangkit HFMD. Di samping itu, pada era yang serba moden pada hari ini Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan dalam indus.....

589 hits

72023
final_year_project
Pembangunan aplikasi Jawi dalam memperkasakan Jawi di kalangan murid tahun 1 sekolah kebangsaan Tengku Muhammad Fakhry Petra
Nasheda Amira Mohd Sukimi
Jawi merupakan tulisan arab yang telah diajar dan diamalkan oleh masyarakat Islam sejak berkurun lamanya dan ia mula diajar dan dididik kepada kanak – kanak diwaktu usia mereka masih kecil lagi. Bermula usia kanak – kanak ini memasuki umur 7 tahun, pembelajaran Jawi ini telah diwajibkan kepada mereka kerana telah terdapat di dalam silibus sekolah rendah. Oleh itu, satu aplikasi berkenaan dengan pembelajaran Jawi dan satu penyelidikan berkenaan aplikasi pembelajaran Jawi bagi memperkasakan Jawi di kalangan murid tahun 1 ini akan dijalankan. Tujuan penyelidikan adalah bagi memastikan semua murid tahun 1 ini mengetahui tentang asas Jawi yang berkaitan dengan pengenalan huruf dan juga sebutan huruf Jawi dengan betul. Oleh hal demikian, tujuan utama pembangunan aplikasi yang bakal dibangunkan ini adalah bagi meningkatkan tahap kelancaran bacaan Jawi bagi murid tahun 1. Selain itu, ianya juga bagi memberi satu alternatif kepada murid-murid tahun 1 mengenal huruf dan sebutan Jawi dengan l.....

678 hits

82023
final_year_project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan Multatlc dalam kalangan pelajar Kimia di UPSI
Nur Ain Kamal
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan multimedia amali bagi topik Thin Layer Chromatography (MultaTLC) dan mengenal pasti persepsi kebolehgunaan MultaTLC dalam kalangan pelajar Kimia di UPSI terhadap penggunaan multimedia amali yang dibangunkan. MultaTLC ini dibangunkan menggunakan pelbagai perisian dan aplikasi seperti Animaker dan Powerpoint. Kesemua video yang dihasilkan menggabungkan elemen multimedia seperti teks, audio dan grafik.  Sampel kajian yang digunakan adalah melibatkan seramai 132 orang pelajar semester lima, enam dan tujuh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah mengambil kursus Kimia Organik. Kajian dijalankan adalah berbentuk kuantitatif menggunakan soal selidik skala Likert empat sebagai instrumen kajian melalui kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang penilaian kesahan dan soal selidik persepsi kebolehgunaan terhadap pelajar Kimia di UPSI yang terdiri daripada aspek reka bentuk, keberguna.....

782 hits

92018
final_year_project
Motion graphic HFMD Epidemic sebagai medium penyampai informasi menerusi media elektronik
Muhammad Fakhruddin Abdul Aziz
Inspirasi kajian ini tercetus apabila tularnya wabak penyakit berjangkit bermusim yang menyerang masyarakat kita sepeti SARS, H1N1 dan HFMD. HFMD berlaku disebabkan jangkitan virus Coxsackie pada sistem imunisasi badan. Ini sangat membimbangkan kerana wabak ini menyerang kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke bawah. HFMD Epidemic merupakan sejenis karya multimedia, motion graphic yang membawa maksud wabak penyakit tangan kaki dan mulut. Motion graphic terdiri daripada dua jenis perkataan iaitu motion dan graphic yang memberi erti pergerakan dan grafik. Motion graphic merupakan sebahagian daripada cabang multimedia. Oleh itu reka bentuk untuk menghasilkan motion graphic ini terdiri daripada teori-teori multimedia. Tujuan karya ini dihasilkan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum dan khususnya ibu bapa tentang bahayanya wabak penyakit berjangkit HFMD. Di samping itu, pada era yang serba moden pada hari ini Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan dalam indus.....

344 hits

102023
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan Polystudykit sebagai bahan bantu mengajar (BBM) bagi topik poligon asas Matematik tingkatan 1
Nurul Asyerra Madjunun
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan bahan bantu mengajar, iaitu PolyStudyKit, yang mempunyai kesahan yang memuaskan dan seterusnya mengenal pasti tahap kebolehgunaannya sebagai bahan bantu mengajar berasaskan multimedia bagi topik Poligon Asas. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang murid sebuah sekolah di daerah Tambunan. Bahan bantu mengajar ini dibangun menggunakan pendekatan kajian pembangunan (Developmental Research Design, DRD) berasaskan model ADDIE. Instrumen yang digunakan ialah Soal Selidik Kesahan PolyStudyKit dan Soal Selidik Kebolehgunaan PolyStudyKit. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan Indeks Kesahan Kandungan untuk menilai kesahan PolyStudyKit dan skor min untuk menilai tahap kebolehgunaan PolyStudyKit. Perisian Statistical Package for Social Science versi 27 digunakan untuk menganalisis data bagi kebolehgunaan PolyStudyKit. Dapatan kajian membuktikan bahawa PolyStudyKit mempunyai kesahan yang memuaskan (kesahan muka = 0.95 dan kesahan kandung.....

1167 hits

[First] [Prev] Page 1 of 2 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (85)
article ... (248)
book_section ... (2)
monograph ... (19)
bulletin ... (3)
research_report ... (3)



Specific Period







Top 5 related keywords

+multimedia

+Penerapan +pengajaran +berasaskan +multimedia +dalam +teks +sulalatus +salatin

+pedagogy +in +multimedia

+Pembinaan +dan +keberkesanan +modul +multimedia +interaktif +dengan +agen +pedagogi +dalam +pembelajaran +elektrokimia

PEMBANGUNAN+DAN+PENILAIAN+MODUL+PENGAJARAN+DAN+PEMBELAJARAN+BERASASKAN+MULTIMEDIA+SUBJEK+REKA+BENTUK+DAN+TEKNOLOGI+SEKOLAH+RENDAH




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.