UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 109
12019
final_year_project
Pembangunan aplikasi mudah alih untuk topik perwakilan data 'JomKira"
Wan Nur Aqilah W. Yusof
Aplikasi mudah alih JomKira merupakan aplikasi yang berfokuskan kepada topik Perwakilan Data. Aplikasi ini berfungsi sebagai kalkulator penukaran dan nota ringkas yang  dikhaskan kepada pelajar sekolah menengah yang mengambil subjek Asas Sains Komputer. Objektif utama  penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti keperluan dan rekabentuk aplikasi JomKira dan  seterusnya membangunkan aplikasi JomKira. Metodologi pembangunan yang digunakan adalah adalah  berasaskan model Air Terjun kerana fasa-fasanya yang sistematik dan teratur. Pengujian aplikasi  dilakukan terhadap pelajar sekolah menengah yang berkaitan melalui pengedaran borang soal selidik  secara atas talian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi JomKira ini adalah mesra pengguna dan mencapai objektif pembangunan yang telah dinyatakan.  ..

1952 hits

22021
final_year_project
Pembangunan dan kesesuaian "Kit Funresfo" di dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) bagi subtopik respirasi sel dan fotosintesis, Sains tingkatan 1
Nur Aishah Ramli
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Kit Funresfo dan menguji kesesuaian penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ini kepada guru di dalam sesi Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) serta menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan kit ini. Reka bentuk kajian ini adalah pembangunan (Developmental Research Design) berdasarkan model ADDIE, menggunakan pendekatan kuantitatif. Kesahan instrumen dilakukan oleh dua orang pakar iaitu seorang guru Sains dan seorang pensyarah Biologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 18 orang guru dan pelajar Tingkatan Satu. Nilai purata kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) instrumen kajian terhadap guru dan pelajar adalah α = 0.87. Kaedah persampelan mudah (convenience sampling) digunakan di dalam kajian ini iaitu ke atas 10 orang guru dan 40 orang pelajar Tingkatan Satu di kawasan Permatang Pauh, Pulau Pinang. Data bagi menguji kesesuaian Kit Funresfo terhadap guru dan persepsi pelajar di dalam sesi PdPc di.....

1481 hits

32021
final_year_project
Pembangunan E-Komik dalam pembelajaran bagi subtopik sistem pencernaan manusia bagi mata pelajaran Biologi tingkatan 4
Nur Anissa Syamira Yousri
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai kebolehgunaan E-Komik Sistem Pencernaan Manusia dalam pembelajaran bagi Biologi Tingkatan 4. Kajian ini telah membangunkan satu bahan bantu mengajar yang berasaskan e-komik bagi subtopik Sistem Pencernaan Manusia dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dan laman web storyboardthat.com. Seramai 113 orang guru pelatih yang terdiri daripada pelajar semester 6 dan semester 7 yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Biologi) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 20 item menggunakan pengukuran empat skala Likert untuk menilai kebolehgunaan e-komik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 26. Nilai kesahan muka kajian adalah 92.9% manakala nilai kesahan kandungan kajian adalah 0.90. Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian adalah α=0.806. Nilai .....

4519 hits

42021
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan 'Gravigame' bagi subtopik hukum Kepler dalam kalangan guru pelatih Fizik
Farah Najwa Ismail
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan 'Gravigame' dalam topik hukum Kepler dan menilai kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan dengan mengaplikasikan model ADDIE yang mempunyai lima fasa: analisis, reka bentuk, pengembangan, pelaksanaan dan penilaian. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang guru fizik pelatih dari semester tujuh dan lapan yang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan iaitu borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan. Data daripada soal selidik kebolehgunaan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan min dan sisihan piawai (s.p). Data daripada dua pakar menunjukkan bahawa permainan yang dibangunkan mempunyai kesahan yang baik dengan persetujuan sebanyak 94%. Hasil data kebolehgunaan menunjukkan bah.....

3867 hits

52021
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Juquanji bagi subtopik teori kuantum cahaya dalam kalangan guru pelatih Fizik
Nur Aqilah Aisyah Sajri
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk membangunkan bahan bantu mengajar iaitu permainan JUQUANJI bagi subtopik Teori Kuantum Cahaya tingkatan lima dan menilai tahap kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih fizik di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian berdasarkan Model ADDIE. Permainan JUQUANJI ini merupakan satu permainan yang telah diadaptasi dari permainan papan JUMANJI. Kaedah pensampelan yang digunakan untuk menguji tahap kebolehgunaan permainan JUQUANJI adalah berdasarkan teknik pensampelan secara rawak mudah yang terdiri daripada 32 orang guru pelatih fizik dari semester 7 dan 8. Terdapat dua instrumen kajian yang digunakan iaitu borang kesahan pakar dan soal selidik kebolehgunaan. Data bagi soal selidik kebolehgunaan telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai (s.p). Hasil dapatan kajian, setiap kesa.....

4849 hits

62021
final_year_project
Pembangunan dan persepsi guru pelatih terhadap kit pemudahcaraan (Chemcard) bagi tajuk kadar tindak balas
Mohd Rahimi Abdul Razak
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan kit pemudahcaraan bagi tajuk Kadar Tindak Balas serta mengkaji persepsi guru pelatih kimia terhadap kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaannya. Responden kajian melibatkan 112 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia (AT13). Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang terdiri daripada kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaan kit pemudahcaraan. Data dianalisis secara statistik deskriptif yang mana menunjukkan nilai purata min bagi setiap konstruk berada pada tahap yang baik iaitu kandungan kit (3.86), reka bentuk kit pemudahcaraan (3.86) dan kebolehgunaan kit pemudahcaraan (3.82). Kesimpulannya, majoriti responden memberikan persepsi yang positif terhadap kandungan, reka bentuk dan kebolehgunaan kit pemudahcaraan ChemCard yang dibangunkan. Implikasinya, kit pemudahcaraan ini boleh digunakan untuk menarik minat pelajar dan digunakan sebagai bahan bantu mengajar berasaskan Pembelajaran Abad Ke- 21.....

1925 hits

72021
final_year_project
Pembangunan dan persepsi guru pelatih terhadap permainan papan Chemypoly dalam subtopik ikatan Ion dan Kovalen tingkatan empat
Nor Azwani Mohd Nawi
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan permainan papan Chemypoly yang mendapat nilai indeks kesahan yang baik dan mengkaji persepsi guru pelatih terhadap permainan papan Chemypoly.Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian reka bentuk dan pembangunan (DDR). Model reka bentuk yang dipilih adalah model ADDIE. Sampel kajian terdiri daripada guru pelatih Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kimia semester 5 hingga semester 7. Bagi kesahan, tiga orang pakar daripada Jabatan Kimia telah dipilih bagi menilai kesahan muka dan kandungan permainan. Terdapat 2 instrumen yang digunakan iaitu borang penilaian kesahan nmuka dan kandungan permainan dan borang soal selidik persepsi permainan. Bagi analisis data, kesahan dinilai menggunakan Content Validity Index (CVI). Bagi soal selidik persepsi pula, data dianalisis menggunakan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Nilai kebolehpercayaan Cronbach's Alpha yang diperoleh daripada kajia.....

2677 hits

82021
final_year_project
Pembangunan kit Calcnum Box mengintegrasikan pembelajaran berasaskan permainan bagi tajuk nombor nisbah tingkatan 1
Nurathika Noorzaiful Hisham
Kajian ini bertujuan membangun Kit CalcNum Box mengintegrasikan pembelajaran berasaskan permainan bagi tajuk Nombor Nisbah Tingkatan 1 yang mempunyai kesahan memuaskan dan menentukan persepsi bakal guru terhadap kebolehgunaan Kit CalcNum Box. Kajian ini menggunakan kajian reka bentuk dan pembangunan dan model ADDIE. Kajian ini telah dilaksanakan dalam lima fasa: (1) Analisis (2) Reka Bentuk Kit CalcNum Box (3) Pembangunan Kit CalcNum Box (4) Pelaksanaan Kit CalcNum Box dalam pengajaran, dan (5) Penilaian Kit CalcNum Box. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Penilaian Kit CalcNum Box (SSPC) dan Soal Selidik Persepsi terhadap Kebolehgunaan Kit CalcNum Box (SSPK). Kesahan kit dilakukan oleh tiga orang pakar bidang Pendidikan Matematik. Sampel kajian untuk menentukan persepsi bakal guru terhadap kebolehgunaan kit dipilih secara rawak iaitu terdiri daripada 50 orang bakal guru Matematik dari sebuah universiti. Dapatan kajian menunjukkan (1) Indeks Kesahan Kandungan Kit CalcNum Bo.....

2344 hits

92021
final_year_project
Pembangunan dan persepsi kebolehgunaan "Mystery M'Cycle Kit" dalam subtopik pembahagian sel bagi mata pelajaran sains tingkatan empat
Mohamad Kamaasraf Besar@Kamal
Kajian ini bertujuan membina dan membangunkan “Mystery M’cycle Kit” dalam subtopik pembahagian sel dalam sukatan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sains Tingkatan Empat. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan persepsi dan kebolehgunaannya dalam kalangan guru pelatih. Reka bentuk dan pembangunan “Mystery M’cycle Kit” menggunakan model ADDIE. Sampel untuk kesahan terdiri daripada tiga orang pensyarah biologi yang berpengalaman. Bagi kebolehpercayaan pula, sampel terdiri daripada 30 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) yang bukan dari sampel sebenar. Manakala, persepsi kebolehgunaan terdiri daripada 97 orang bakal guru pelatih yang mengambil program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) bagi ambilan A172 dan A181. Dua jenis instrumen digunakan dalam kajian ini iaitu Borang Kesahan Kandungan Kit dan Soal Selidik Kebolehgunaan Kit. Data kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehgunaan ini dianalisis dengan menggunakan pe.....

3773 hits

102021
final_year_project
Pembangunan dan kebolehgunaan permainan Germs Striker bagi subtopik pertahanan badan dalam mata pelajaran Sains tingkatan dua
Nur Amalina Abdullah
Penggunaan teknik dan bahan bantu mengajar yang kreatif oleh pendidik dalam sesi pengajaran dapat membantu pelajar untuk mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan serta menentukan kebolehgunaan permainan ‘Germs Striker’ bagi subtopik pertahanan badan dalam Sains Tingkatan dua daripada persepsi guru pelatih. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian pembangunan dan berpandukan model ADDIE. Seramai 140 orang guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dan Biologi semester enam dan tujuh dari Universiti Pendidikan Sultan Idris terlibat di dalam kajian ini. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang kesahan pakar dan borang soal selidik kebolehgunaan. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26. Dapatan kajian menunjukkan, permainan Germs Striker yang dibina mempunyai kesahan yang baik dengan nilai peratus persetujuan pakar sebanyak 84%. Dapatan kajian juga menunjuk.....

2251 hits

[First] [Prev] Page 1 of 11 [ Next ] [ Last ]
Filter
thesis ... (376)
article ... (385)
book_section ... (5)
conference_item ... (6)
monograph ... (79)
final_year_project ... (113)
bulletin ... (35)
research_report ... (15)



Specific Period







Top 5 related keywords

+pembangunan

+pembangunan +modul

+Pusat +Pembangunan +Keusahawanan

+pembangunan +dan +kebolehgunaan

+Pembangunan +permainan




Recently Access Item

No recently access item.


Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.