UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 84
Simplified search suggestions : Ahi Berat
12015
Thesis
Analisis masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah
Marydevi Taniapa
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis masalah disiplin berat berlaku yang dalam kalangan pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di negeri Perak. Seramai 20 orang pelajar dipilih sebagai responden kajian ini. Kaedah Pedagogi Hermeneutik digunakan dalam kajian ini untuk menganalisis data. Transkrip temu bual digunakan untuk mengumpul data daripada responden. Hasil kajian menunjukkan jenis-jenis masalah disiplin berat yang sering berlaku dalam kalangan pelajar ialah kes pergaduhan, merokok, buli dan peras ugut. Faktorfaktor paling dominan yang menyebabkan berlakunya masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar sekolah menengah ialah faktor rakan sebaya dan ibu bapa. Oleh hal yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak ibu bapa harus bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mengurangkan masalah disiplin berat dalam kalangan pelajar sekolah menengah...

1745 hits

22016
Article
Kesan fokus luaran dan dalaman ke atas angkatan ‘press behind neck atlet angkat berat
Ghazali Ahmad Fazlan, Abdul Rani Mahamad Yusof, Low Jeffrey Fook Lee,
Banyak kajian lepas dalam fokus tumpuan secara konsisten menunjukkan fokus luaran (kesan pergerakan) meningkatkan prestasi motor dan pembelajaran berbanding fokus dalaman (pergerakan tubuh badan). Walau bagaimanapun, keberkesanan arahan fokus luaran dan fokus dalaman ke atas angkatan ‘Press Behind Neck’ belum lagi dibandingkan ke atas atlet angkat berat. Oleh sebab itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti di antara tiga keadaan kumpulan (fokus luaran, fokus dalaman dan kawalan) yang membawa prestasi yang terbaik dalam angkatan ‘Press Behind Neck’. Sejumlah 30 atlet pelapis angkat berat Selangor melakukan ujian pra terlebih dahulu sebelum dibahagikan kepada kumpulan rawatan (fokus luaran dan fokus dalaman) dan kumpulan kawalan. Perubahan dalam skor angkatan antara ujian (pra, ujian pasca dan pengekalan) dan antara kumpulan akan dianalisa menggunakan ANOVA dua hala pengukuran berulangan. Dapatan kajian mendapati, terdapat kesan utama untuk ujian, F (2, 54) = 1671.065 p=.....

2496 hits

32016
Article
Tahap kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi di Taman Tasik Taiping, Perak
Nayan Nasir, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Ismail Kamarul, Mahat Hanifah, Koh Liew See,
Artikel ini akan membincangkan tentang kepekatan logam berat dalam tasik rekreasi yang melibatkan sentuhan secara langsung antara air dengan manusia. Ia melibatkan tujuh unsur logam berat iaitu zink, ferum, kadmium, magnesium, merkuri, plumbum dan kuprum. Kajian ini melibatkan sampel air dari 22 stesen kajian bagi empat buah kolam di Taman Tasik Taiping. Data primer telah digunakan iaitu melibatkan pencerapan sampel air di lapangan. Data primer kepekatan unsur logam diperoleh dengan pengambilan sampel air yang dibawa ke dalam makmal untuk ujian dalam makmal. Penilaian tahap kepekatan logam berat adalah berdasarkan pengelasan Indeks Kualiti Air daripada Jabatan Alam Sekitar dan Standard Kualiti Air Minum daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Secara keseluruhan, hasil pengujian menunjukkan nilai kepekatan logam berat masih di bawah standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar kecuali plumbum. Terdapat juga nilai kepekatan logam berat yang meleb.....

4203 hits

42017
Article
Kesan kebimbangan atlet angkat berat Selangor ke atas prestasi di Kejohanan Angkat Berat Peringkat Kebangsaan
Ghazalli Ahmad Fazlan, Abdul Rani Mahamad Yusof, Mohd Nelfianty,
1985 hits

52018
Article
Kesan “sprint interval training” (SIT) ke atas indeks jisim tubuh dan peratusan lemak badan dalam kalangan individu berlebihan berat badan
Norhazira Abdul Rahim
Pada masa kini masalah berlebihan berat badan adalah antara faktor utama masalah kesihatan di Malaysia. Pelbagai kaedah penurunan berat badan telah dicadangkan untuk mendapatkan kesan penurunan yang optimum. Beberapa penemuan terkini menunjukkan senaman tunggal secara pecutan (sprint) dapat dicadangkan sebagai kaedah senaman alternatif yang lebih cekap dari segi penjimatan masa untuk mengurangkan berat badan. Kaedah sprint interval training (SIT) dengan tempoh yang singkat iaitu 2 minggu telah menunjukkan potensi untuk menurunkan berat badan dalam kalangan individu obesiti. Dalam kajian ini, kesan latihan SIT dinilai ke atas indeks jisim tubuh (IJT), ukuran lilit pinggang (ULP), peratusan lemak badan, kadar nadi dan tekanan darah dalam kalangan individu berlebihan berat badan. Subjek kajian ini adalah pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (n=10, umur 23.8±0.42) yang mempunyai berat badan berlebihan iaitu dengan purata IJT di antara 25.0 hingga 29.9 (lelaki 29.9±3.75 dan perempua.....

1095 hits

62020
Thesis
Kesan modul eksperimen prauniversiti berbantukan telefon pintar terhadap pencapaian pelajar dalam topik daya graviti dan berat
Nurul Aina Syakirah Zainal Abidin
Tujuan  kajian  ini  adalah  untuk  menentukan  kesan  modul  eksperimen  prauniversiti berbantukan telefon pintar terhadap pencapaian pelajar dalam topik daya graviti dan berat. Modul  ini telah dibangun menggunakan model ADDIE dan modul ini telah disahkan oleh enam orang pakar.  Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen pra dan pasca- ujian bagi menguji keberkesanan  modul yang dibangunkan. Sampel kajian terdiri daripada 31 orang pelajar kumpulan rawatan dan 34  orang pelajar kumpulan kawalan yang telah dipilih secara rawak mudah kelompok daripada populasi  seramai 196 orang pelajar yang mengambil kursus Fizik Asas I di salah sebuah universiti awam.  Instrumen kajian terdiri daripada ujian pencapaian dan soal selidik. Ujian digunakan untuk menguji  keberkesanan modul  manakala  soal  selidik  digunakan  untuk  mengukur  persepsi  pelajar   kumpulan rawatan terhadap kebolehgunaan modul. Soal selidik telah dibina berdasarkan Technology  Ac.....

4494 hits

72020
Article
School closure resulting from a bad school management approach: an early childhood teacher narrative
Ahi, Berat
This research focused on the academic year of a preschool teacher in a school that was considered to have a bad management approach. As narrative researchers, we acquired stories about the teacher's experiences by using various narrative approaches such as long-term participant observations at the school, document reviews, and interviews with relevant people. As a result of the research, we grouped the teacher‘s stories about herself and about bad school management throughout the course of one year under themes such as the teacher‘s acceptance of the school-a journey that began well but that developed problems such as a never-ending questioning process  ..

1036 hits

82021
Thesis
Kesan latihan bebanan terhadap komposisi tubuh dan kekuatan otot individu berlebihan berat badan
Muhammad Nor Faiz Ab Aziz
Latihan bebanan merupakan salah satu kaedah latihan yang sering digunakan untuk meningkatkan kekuatan dan saiz otot. Tujuan kajian ini adalah menentukan kesan latihan bebanan terhadap indeks jisim tubuh (BMI), jisim otot, peratusan lemak tubuh, kekuatan genggaman tangan dan ulangan maksimum tekan tubi dalam kalangan pelajar lelaki berlebihan berat badan lelaki. Teori Esco telah digunakan dalam kajian ini yang menekankan tentang kepentingan latihan bebanan untuk meningkatan kekuatan dan ketahanan otot. Kajian ini menggunakan kaedah kuasi-eksperimental sebagai reka bentuk kajian. Peserta kajian dipilih berdasarkan kriteria iaitu pelajar lelaki yang mempunyai indeks BMI 23.00 – 27.4. Subjek kajian terdiri daripada 20 pelajar lelaki (BMI 25.76 ± 1.35, umur 23.05 ± 2.14 tahun) yang telah dipilih secara rawak. Instrumen kajian terdiri daripada alat analisis komposisi tubuh digunakan untuk mengukur BMI, peratusan lemak dan jisim otot. Kekuatan otot diukur melalui ujian kekuata.....

1441 hits

92011
Thesis
Perbandingan di antara analisis pohon pengelasan dan regresi logistik: aplikasi terhadap data berat kelahiran di unit rawatan rapi neonatal
Noor Wahida Md Junus
Kajian ini bermatlamat untuk membandingkan analisis regresi logistik dan pohon pengelasan dalam menentukan faktor bayi berat lahir rendah (BBLR) pada 7260 bayi yang ditempatkan di pusat rawatan rapi neonatal seperti yang telah didaftarkan dalam Malaysian National Neonatal Registry pada tahun 2006. Sampel yang dipilih adalah berdasarkan tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India. Kaedah analisis yang digunakan ialah dengan membandingkan keputusan yang diperoleh daripada kedua-dua kaedah yang digunakan iaitu analisis regresi logistik dan analisis pohon pengelasan. Analisis menunjukkan kedua-dua kaedah menghasilkan keputusan yang hampir sama di mana minggu gestasi adalah faktor utama kepada BBLR. Pohon pengelasan menunjukkan struktur biologi yang lebih baik berbanding regresi logistik. Walaubagaimanapun, hasil dari analisis regresi logistik mempunyai kepekaan yang lebih tinggi. Secara kesimpulannya, kedua-dua kaedah ini mempunyai kelebihannya tersendiri. Gabungan kedua-dua kaedah mungk.....

544 hits

102024
Thesis
Kepekatan logam berat dalam air di Lembangan Sungai Bernam
Nur Aziemah Zainal
Kajian ini dijalankan bagi membuat penilaian terhadap kandungan logam berat di lembangan Sungai Bernam. Sebanyak sebelas stesen pensampelan telah ditetapkan di sepanjang lembangan Sungai Bernam. Sampel yang diambil dianalisis secara deskriptif, melalui Indeks Logam (MI) dan analisis kluster (CA). Sepanjang tempoh pensampelan iaitu dari Disember 2021 hingga Jun 2022 terhadap enam parameter logam berat iaitu Al, Zn, Mn, Cr, Cu dan Ni menunjukkan susunan kepekatan menurun iaitu Zn>Al>Mn>Cu>Ni>Cr. MI menunjukkan hasil yang berbeza untuk setiap peringkat hulu, tengah dan hilir sungai. Di peringkat hulu sungai, MI menunjukkan Sungai Bernam hanya sedikit tercemar manakala di peringkat tengah sungai air mulai menunjukkan keadaan sederhana tercemar kecuali di Sungai Bil dan Sungai Slim (sedikit tercemar). Di hilir Sungai Bernam, MI menunjukkan air sangat tercemar di Stesen Kg Kuala Slim dan semakin merosot kualiti di stesen Changkat Menteri (tercemar dengan serius). MI memaparkan keadaan sungai.....

513 hits

[First] [Prev] Page 1 of 9 [ Next ] [ Last ]
Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.