UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

16 record(s) found

1
Abstract
Tujuan  kajian  ini  adalah  untuk  menentukan  kesan  modul  eksperimen  prauniversiti berbantukan telefon pintar terhadap pencapaian pelajar dalam topik daya graviti dan berat. Modul  ini telah dibangun menggunakan model ADDIE dan modul ini telah disahkan oleh enam orang pakar.  Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen pra dan pasca- ujian bagi menguji keberkesanan  modul yang dibangunkan. Sampel kajian terdiri daripada 31 orang pelajar kumpulan rawatan dan 34  orang pelajar kumpulan kawalan yang telah dipilih secara rawak mudah kelompok daripada populasi  seramai 196 orang pelajar yang mengambil kursus Fizik Asas I di salah sebuah universiti awam.  Instrumen kajian terdiri daripada ujian pencapaian dan soal selidik. Ujian digunakan untuk menguji  keberkesanan modul  manakala  soal  selidik  digunakan  untuk  mengukur  persepsi  pelajar   kumpulan rawatan terhadap kebolehgunaan modul. Soal selidik telah dibina berdasarkan Technology  Ac.....
Thesis Published 2020 4533 hits Available
2
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  menentukan  pengaruh  tahap  literasi  kewangan,  pengurusan kewangan, hutang, dan faktor demografik (jantina, umur, tahap pendidikan dan zon kajian)  terhadap   kesejahteraan  kewangan  dalam  kalangan  pekerja  di  Zon  Tengah (Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur  dan  Wilayah  Persekutuan Putrajaya)  dan  Zon Utara (Perak dan Kedah), Malaysia.  Pendekatan kuantitatif yang melibatkan seramai 403  orang  pekerja  yang  berkhidmat  dalam  sektor   awam  dan  swasta  terlibat  dalam kajian  ini.  Sampel  diperoleh  melalui  pengedaran  borang   soal  selidik  secara  dalam talian melaui e-mel kepada responden yang bekerja dalam organisasi di  zon kajian. Analisis  data  dibahagikan  kepada  analisis  deskriptif  iaitu  analisis  min,   peratus  dan sisihan  piawai  serta  analisis  inferensi  yang  melibatkan  ujian  ANOVA,  korelasi  Pearson dan regresi berganda. Dapatan ANOVA menda.....
Thesis Published 2019 2198 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Seramai 65 orang ibu bapa yang mempunyai anak berusia lima dan enam tahun telah menjadi responden kajian. Kajian dijalankan merupakan kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk melihat jenis gajet yang sering digunakan oleh kanak-kanak, tempoh masa penggunaan gajet dan kesan penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah. Dapatan kajian menunjukkan telefon bimbit merupakan jenis gajet yang menjadi pilihan utama kanak-kanak untuk menonton kartun dan bermain game.  Selain itu, tempoh masa penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak juga melebihi tempoh masa yang disarankan oleh pakar. Kajian juga mendapati penggunaan gajet memberi impak kepada aspek perkembangan sosial dan emosi serta menjejaskan tahap penglihatan mereka kanak-kanak. Kesimpulannya, gaya didikan ibu bapa sangat penting dalam mengatasi isu penggunaan gajet berlebihan dalam kalangan kanak-kanak. Impli.....
Article Published 2020 1857 hits Available
4
Abstract
The writing of argumentative essays promotes higher-order thinking skills amongst students regardless of their level of studying only when it involves collaborative argumentation. Hence, argumentation researchers recommend that teachers use group argumentation to teach argumentative essays since Vygotsky?s sociocultural theory believed that group argumentation improves students? writing skills. The study?s objective is to explore the use of group argumentation during the teaching of argumentative essays in English as a Second Language (ESL) classrooms in Malaysia. Hence, the involvement of practitioners is significant so that the full extent of the problem is known rather than being interpreted solely by researchers. This qualitative study was conducted on nine ESL teachers through convenience sampling. Data was collected through online interviews and analyzed using thematic analysis. The findings demonstrated that ESL teachers did not practice group argumentation when teaching argumen.....
Article Published 2021 1211 hits Available
5
Abstract
Penggunaan alat digital dapat meningkatkan kemahiran dan strategi yang sangat relevan dalam bidang matematik, seperti penyelesaian masalah dunia nyata. Perisian GeoGebra membolehkan pelajar mempelajari subjek abstrak, seperti geometri, algebra dan kalkulus secara interaktif. Tujuan kajian ini adalah bagi mengenalpasti peranan perisian Geogebra dalam pendidikan matematik. Kajian yang dibincangkan dalam penulisan ini adalah tinjauan literatur sistematik (SLR) berkaitan peranan perisian Geogebra dalam pencapaian pelajar bagi pembelajaran matematik yang telah diterbitkan dalam lingkungan 5 tahun yang lepas. Kajian ini menggunakan protokol Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) bagi menganalisis artikel daripada Web of Science (WoS) dan Scopus. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sebahagian besar artikel menggunakan pendekatan kuantitatif. Dapatan kajian berdasarkan negara menunjukkan bahawa negara Malaysia paling banyak melakukan kajian berkaitan perisian.....
Article Published 2022 1827 hits Available
6
Abstract
In this study, an interactive mobile learning web-based system will be developed, 'Basic French-Malay Words,' especially for the first-timer students taking French subjects in schools or universities. The goal of this system's development is to learn the challenges that Malay language students have understanding French as a foreign language utilising existing traditional approach. To address this issue, the initial goal of this research is to establish the system requirements that will make a good learning platform. The next step is to create a mobile learning web-based system that will assist students in overcoming the challenges that arise. The final goal is to assess students' and educators' satisfaction with the application's usefulness. As a result, the purpose of this research is to design and construct a mobile web-based system for students to learn French in Malay. The methodology used for identifying the requirements is from the literature review content analysis and interview.....
Article Published 2021 1031 hits Available
7
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penerimaan murid dalam aspek minat dan motivasi serta mengkaji hubungan di antara penerimaan minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran menggunakan permainan DaMath bagi tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor Integer. Populasi kajian adalah murid tingkatan satu di sebuah sekolah di daerah Petaling Perdana, Selangor dan melibatkan seramai 233 orang murid yang dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden kajian. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan analisis deskriptif melibatkan nilai min dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati nilai min bagi penerimaan murid daripada aspek minat terhadap pembelajaran berasaskan permainan DaMath adalah sebanyak 2.4040 manakala nilai min bagi penerimaan murid dari aspek motivasi adalah sebanyak 2.4059. Ini menunjukkan bahawa tahap penerimaan murid terhadap pembelajaran menggunakan DaMath bagi tajuk Operasi Asas Aritmetik Nombor .....
Article Published 2021 852 hits Available
8
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul peta konsep iaitu E-Modul Element- Think! bagi standard pembelajaran Jadual Berkala Unsur Kimia Tingkatan 4 dan menilai persepsi kebelohgunaannya dalam kalangan pelajar Tingkatan 4. Kajian yang dijalankan merupakan kajian pembangunan yang menggunakan model ADDIE yang terdiri daripada lima fasa iaitu fasa analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Sampel kajian ialah pelajar Tingkatan 4 yang mengambil subjek Kimia di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor. Ianya dinilai daripada empat konstruk iaitu reka bentuk, kandungan, kebolehgunaan dan minat terhadap e-modul. Instrumen yang digunakan ialah borang kesahan muka dan kandungan, serta soal selidik persepsi kebolehgunaan. Modul yang dibangunkan mempunyai nilai peratus persetujuan pakar yang tinggi iaitu 89.29% bagi kesahan muka dan kandungan, dan 84.50% bagi kesahan soal selidik persepsi. Nilai Alfa Cronbach yang diperoleh daripada kajian rintis ialah 0.938. Ka.....
Final Year Project Published 2024 1202 hits Available
9
Abstract
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan E-Komik Islamik Neuro- Manga bagi Sistem Saraf Manusia dan mengenalpasti tahap persepsi kebolehgunaan pelajar terhadap penggunaan E-Komik Islamik Neuro-Manga bagi Sistem Saraf Manusia dalam subjek Biologi Tingkatan Empat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan 73 orang sampel pelajar muslim Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi semester 6 dan 7. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik untuk menilai kebolehgunaan E-Komik yang mengandungi empat konstruk. Kesahan bagi E-Komik dan borang soal selidik telah dinilai oleh dua pensyarah pakar dengan nilai CVI yang diperoleh bagi borang soal selidik ialah 0.86, manakala nilai Alpha Cronbach adalah 0.929, yang menunjukkan nilai yang baik dan mempunyai ketekalan. Keempat-empat konstruk ialah Kebolehgunaan, Kemudahan Penggunaan, Mudah Dipelajari dan Kepuasan yang melalui proses analisis deskriptif yang .....
Final Year Project Published 2024 818 hits Available
10
Abstract
This project aims to overcome the problem of manual scheduling among the education organization such as school. The project was carried out by developing timetabling system named ClassGrid which has several features that can be used to generate timetable according to users details. ClassGrid is developed using Laravel framework that consist of Hypertext Preprocessor (PHP) programming language, bootstrap for the design and being tested to 10 school teacher using System Usability Scale (SUS) to evaluate to end user. The results of the study found that the developed system is effective in decrease the overlap of the time slot and subject in timetable. The use of this ClassGrid timetabling system also found that it is a good way to standardised scheduling in every school and ensure all school to have fair opportunity in education. But even though it is good in generating timetabling, it also have their limitation..
Final Year Project Published 2024 1007 hits Available
First Prev
Page 1 of 2

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.