AbstractKajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu Garis Panduan Guru (GPU) untuk
melaksanakan Modul Projek Penyiasatan dalam kalangan pelajar ISMP Pendidikan Awal
Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris yang menjalani latihan mengajar di TADIKA.
Kajian yang berbentuk kualitatif ini mempunyai tiga fasa iaitu fasa analisis elemen keperluan
GPG, fasa membina GPG dan fasa pelaksanaan dan penilaian GPG. GPG yang dihasilkan
mengandungi tiga aktiviti pelaksanaan berdasarkan Modul Projek Penyiasatan, iaitu fasa
permulaaan projek, fasa pembangunan projek dan fasa dokumentasi atau kemuncak.
Persampalen yang digunakan ialah persempalan bertujuan iaitu 10 orang pelajar ISMP yang
menjalani latihan mengajar. Teknik pengumpulan data adalah dengan menggunakan teknik temu
bual, pemerhatian dan analisis dokumen Instrumen yang digunakan ialah senarai semak
pemerhatian, senarai semak analisis dokumen dan protokol temubual. Fasa pertama bertujuan
untuk mengenalpasti keperluan dalam GPG .....