UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

45 record(s) found

1
Abstract
Kertas kerja ini berdasarkan kajian dan analisis daripada projek penyelidikan Institut Peradaban Melayu UPSI bertajuk "Sejarah Lisan Tokoh-tokoh SITe". Projek kajian ini bertujuan merakamkan pengalaman dan sumbangan lulusan SITe dalam pelbagai bidang kemasyarakatan. Projek kajian ini dilakukan memandangkan amat sedikit sekali mak1umat yang tersimpan di UPSI mengenai rakaman sejarah dan peristiwa di SITe khususnya era sebelum Perang Dunia Kedua. Jika tidak dirakam dan didokumentasikan besar kemungkinan sejarah lisan mengenai latihan guru dan perguruan ini akan pupus memandangkan semakin ramai lulusan SITe (1022 - 1957) yang telah meninggal dunia. Skop kajian ialah merakam pengalaman responden sebagai guru pelatih semasa menjalani kursus selama tiga tahun di SITe Tanjong Malim, menjalani kelas (kurikulum) dan aktiviti luar kelas (kokurikulum), budaya belajar dan mengajar, aspirasi dan harapan sebelum diterima masuk ke SITe dan selepas lulus dan mendapat sijil perguruan dari SITe dan perk.....
Conference Item Published 2005 2877 hits Available
2
Abstract
This research aims to survey the responds and subscriptions of UPSI staffs to takaful family products which are offered by takaful companies based on several factors. Samples of 726 respondents are selected from academic and non academic staffs. The questionnaire forms are used in gathering information related to the research which are then analyzed by using SPSS 15.0 software, research outcome show that 83 percent of respondents subscribe to insurance offered by takaful or conventional insurance companies. On the other hand, only 17 percent of the respondents are not involved with any insurance products. From the figure, 48 percent of the respondents opt to products by takaful whereas the rest tends to choose conventional insurance products. The research finding proves that security from any risks is the factor for respondents' involvement in takaful or conventional insurance products while religious law is the main factor that contributes in the selection...
Monograph Published 2007 15755 hits Available
3
Abstract
Penulisan ini adalah usaha mencari perbezaan konsep antara patung dan arca. Seni 3-dimensi wujud dalam semua budaya, memenuhi keperluan artistik manusia. Berhala, monumen, tugu, anak patung, boneka, wayang kulit, ‘orang-orangan’ di sawah, ukiran kayu orang asli dan lain-lain yang tiada dalam perbendaharaan kata tempatan, seperti torso, effigy, simulacrum, statuette dan mannequin disamaertikan dengan patung dan arca, termasuk struktur seni bina, batu bersurat, batu nisan, kepala perahu dan hulu senjata tradisi. Rangkuman dan pengadunan pelbagai entiti ke dalam satu maksud mewujudkan kesamaran dan kekeliruan...
Article Published 2014 1955 hits Available
4
Abstract
The Cambodian Malay-Cham are a single community descended from the Malay Archipelago and the once famous Kingdom of Champa, who have played leading roles in the civil and military administration of their adopted homeland since the fifteenth century. During the nineteenth century however, there was a rebellion led by a Malay-Cham minority against the governor of Cambodia’s eastern province that forced military retaliation by King Ang Duong to crush the rebel force. This article discusses the reasons for, and chronology of, the uprising from a close reading of the contemporary Cham manuscript known as CM39(36). In particular, it considers the role of ‘Po’, a Malay-Cham prince who sided with the Cambodian King in his efforts to defeat the rebels. Po and his followers earned the King’s trust and, as a reward, they were allowed to settle in western Cambodia. CM39(36) offers a detailed description of the rebellion, the Malay-Cham’s subsequent journey to western Cambodia, as well as.....
Article Published 2013 4707 hits Available
5
Abstract
Laporan projek pembangunan buku Pengenalan Asas Rebab Kelantan ini disediakan bagi memenuhi keperluan kursus APM6006 dalam program Sarjana Pendidikan Muzik di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Penghasilan projek ini adalah bagi menambahkan lagi koleksi bahan dan sumber tentang permainan alat muzik rebab khususnya di negeri Kelantan. Penghasilan buku ini juga sedikit sebanyak akan menyumbang kepada pengekalan warisan kebudayaan dari luput ditelan zaman. Buku Pengenalan Asas Rebab Kelantan ini dibina berpandukan penerbitan buku Gaya Dewan. Untuk tujuan penilaian projek yang dihasilkan ini telah dijalankan temu bual terhadap tiga orang pemain rebab yang berpengalaman. Dapatan hasil temu bual menunjukkan kesemua responden bersetuju dengan segala aspek yang berkaitan dengan produk yang dihasilkan. Namun begitu terdapat juga sedikit kelemahan dalam penghasilannya dan cadangan-cadangan untuk menambahbaikan bagi mengatasi kelemahan tersebut turut dibincangkan dalam bahagian akhir penulisan i.....
Thesis Published 2015 3145 hits Available
6
Abstract
Kajian ini bertujuan mengkaji pelaksanaan Modul Projek Penyiasatan dalam meningkatkan komunikasi, kemahiran sosial dan penglibatan kanak-kanak prasekolah melalui aktiviti 'hands-on '. Kaedah kajian yang digunakan adalah etnografi berdasarkan Teori Konstruktivisme dan Teori Interaksionalis. Subjek kajian terdiri daripada sepuluh orang kanak-kanak prasekolah di sebuah sekolah di daerah Kota Setaro Data primer terdiri daripada data pemerhatian, data temu bual dan data analisis dokumen. Kesemua data dianalisis menggunakan perisian Atlas Ti.O.7. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan aktiviti yang terdapat dalam Modul Projek Penyiasatan meningkatkan komunikasi kanak-kanak dengan guru, rakan dan persekitaran mereka. Kesan terhadap peningkatan komunikasi, keyakinan kanak-kanak berkomunikasi bersama individu lain bertambah baik. Dapatan juga menunjukkan komunikasi yang berlaku semasa aktiviti projek meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kanak-kanak terhadap topik yang diminati. Di samping itu.....
Thesis Published 2015 3021 hits Available
7
Abstract
Kajian ini tertumpu kepada pembangunan perisian kursus ‘Saya Suka Belajar’ yang mempunyai ciri-ciri yang dapat menarik perhatian kanak-kanak autisme untuk belajar Bahasa Melayu. Responden kajian terdiri dari lima orang kanak-kanak autisme pada aras ringan yang sedang belajar di sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur. Satu borang pemantauan khusus yang pernah digunakan oleh Megan Davis, Kerstin Dautenhahn, Chrystopher L. Nehaniv dan Stuart D. Powell di dalam kajian mereka yang bertajuk The Narrative Construction of Our (Social) World: Steps towards an Interactive Learning Environment for Children with Autism telah digunakan sebagai instrumen bagi kajian ini dengan sedikit pengubahsuaian dilakukan agar ianya sesuai dengan keperluan kajian. Dapatan kajian pula dianalisis secara kualitatif berdasarkan beberapa persoalan kajian yang turut dicadangkan dalam kajian mereka dan telah diubahsuai mengikut keperluan kajian ini. Hasil kajian mendapati perisian kursus yang telah dibangunkan berda.....
Article Published 2014 2488 hits Available
8
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap perapatan yang wujud antara guru dengan kanak-kanak di prasekolah dalam aktiviti pembelajaran dan aktiviti bukan pembelajaran. Menggunakan pendekatan kualitatif, data kajian diperolehi daripada analisis rekod naratif, Borang Skema Pemerhatian Perapatan Guru-kanak-kanak (BSPP), dan Rubrik Tahap Perapatan dan Tahap Rasa Selamat (RTP-TRS) yang digubal oleh pengkaji. Kajian ini telah dijalankan di sebuah tadika di Daerah Bidor, melibatkan 41 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dan tiga orang guru. Kesemuanya, sembilan pemerhatian telah dilakukan dan dirakamkan. Dapatan kajian menunjukkan tahap keakraban guru dengan majority kanak-kanak adalah pada tahap 0 dan 1, yang bermaksud tiada perapatan atau perapatan adalah tidak akrab. Hanya segelintir kanak-kanak yang mempunyai perapatan tahap 2 dan 3, iaitu hubungan ikatan perapatan yang lebih akrab. Menggunakan rubrik RTP-TRS, didapati tahap rasa selamat yang dialami oleh kanak-kanak di pras.....
Thesis Published 2015 2347 hits Available
9
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan pembelajaran dalam talian ke atas pencapaian pelajar serta tahap kepuasan belajar mereka. Di samping itu, penyelidik juga menilai tahap kualiti pembelajaran dalam talian “MyClass Online” yang digunakan sama ada ianya setanding dengan piawaian antarabangsa DOVILES. Reka bentuk kajian adalah Percubaan Ujian-Pra dan Pasca dengan Kumpulan Kawalan ke atas 81 subjek yang dipilih secara rawak daripada 123 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di IPGM Kampus Ipoh. Seramai 41 orang daripada subjek tersebut telah dipilih secara rawak untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran kursus Kemahiran Generik: Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara dalam talian. Pencapaian pelajar diukur melalui skor ujian pra dan ujian pasca, manakala tahap kepuasan belajar diukur melalui respons subjek terhadap soal selidik tahap kepuasan belajar. Tahap kualiti pembelajaran dalam talian pula diukur melalui respons pelajar terhadap .....
Thesis Published 2008 2328 hits Available
First Prev
Page 1 of 5

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.