UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 31 |
1 | 2016 Thesis | Kesedaran tentang isu buli dalam kalangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Rahimah Roslan Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kesedaran, dan kesediaan berhadapan isu buli, serta pandangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengenai langkah-langkah berkesan menangani masalah buli yang berlaku di sekolah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan mengenai kesedaran buli diperolehi melalui temu bual dan disokong oleh data senarai semak. Seramai 10 orang GSTT yang mengikuti Program Diploma Pendidikan ambilan 2012/2013 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih sebagai responden, manakala 50 orang GSTT sebagai responden senarai semak. Hasil kajian menunjukkan bahawa GSTT sememangnya sedar akan masalah buli yang berlaku di sekolah, namun pengetahuan tentang buli yang tidak mendalam menyebabkan mereka tidak yakin untuk berhadapan dengan masalah ini. Oleh itu mereka menyerahkan sepenuhnya tanggung jawab berhadapan dengan masalah buli kepada guru disiplin, guru kaunseling, dan pengetua sekolah. Hasil kajian juga mendapati GSTT mempunyai ..... 2207 hits |
2 | 2015 Thesis | Pemahaman guru Pendidikan Islam mengenai perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Kerian Perak Rozaliza Abdul Manap Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti pemahaman guru-guru Pendidikan Islam tentang buli, jenis-jenis buli, lokasi kekerapan buli, faktor-faktor penyebab buli, tindakan menangani buli dan pendekatan mencegah buli. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan melibatkan 167 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di 21 buah sekolah menengah seluruh Daerah Kerian. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpulkan data kajian. Kajian mendapati 87.2% daripada responden memahami tentang buli; 83.4% responden memahami jenis-jenis buli iaitu buli langsung, buli lisan, buli fizikal, buli lisan bukan fizikal dan gangguan seksual; 84% responden setuju buli berlaku di sekolah; 77.7% responden bersetuju buli berlaku disebabkan oleh faktor keluarga, sekolah dan rakan sebaya. Responden juga memberikan pandangan tindakan-tindakan untuk menangani buli adalah dengan melaksanakan pendekatan secara Islam, kerjasama daripada setiap guru dan mengadakan kempen ant..... 2510 hits |
3 | 2019 Thesis | Implikasi gejala buli terhadap emosi dan tingkah laku dalam kalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar Mohd Rodzi Akob Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti implikasi buli terhadap emosi dan tingkah laku
dalam kalangan pelajar di dua buah sekolah menengah di luar bandar. Kajian ini berbentuk kajian kes
dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Peserta kajian terdiri daripada lima orang pelajar iaitu
tiga orang lelaki dan dua orang perempuan yang berumur di antara 13 hingga 17 tahun. Selain itu,
peserta kajian tambahan terdiri daripada dua orang guru disiplin dan dua orang guru kaunseling
dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan. Instrumen kajian adalah berasaskan protokol temu
bual yang mendalam dan menyeluruh secara tidak berstruktur.Data kajian telah dianalisis secara
deskriptif dan naratif untuk mengenal pasti tema-tema yang muncul. Teknik triangulasi data daripada
hasil temu bual pelajar dan guru, analisis dokumen seperti rekod disiplin, rekod kehadiran, dan
rekod pencapaian akademik serta pemerhatian telah dilakukan bagi menentukan kesahan dan
kebolehpercayaa..... 8140 hits |
4 | 2019 Article | Penggunaan pendekatan constructivist grounded theory dalam kajian buli Nor Junainah Mohd Isa Kajian buli di Malaysia kebanyakannya menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai reka bentuk kajian. Namun, kaedah ini dilihat tidak mampu memberikan kefahaman mendalam berhubung permasalahan tersebut. Justeru, pendekatan kualitatif dijangka dapat memberikan penjelasan tentang fenomena buli secara lebih menyeluruh. Antara reka bentuk kualitatif yang boleh digunakan adalah constructivist grounded theory (CGT) yang diperkenalkan oleh Charmaz (2006). Bagi memperlihatkan pengaplikasian CGT dalam kajian buli, kertas kerja ini akan menghuraikan pengalaman Pengkaji melaksanakannya secara langkah demi langkah. Diharapkan agar perkongsian ini memberi inspirasi kepada para pengkaji untuk menerapkan pendekatan CGT dalam kajian buli mereka... 1131 hits |
5 | 2019 Article | Masalah buli dalam kalangan murid: apakah kata guru? Nor Junainah Mohd Isa Kajian ini berbentuk analisis kandungan kualitatif bertujuan meneroka pandangan guru-guru mengenai masalahbuli dalam kalangan murid di sekolah. Respons bertulis daripada para peserta diperoleh melalui edaran set soalan berbentuk umum dan terbuka yang dihantar menggunakan mel elektronik. Penganalisisan data pula dibuat secara induktif untuk mengenal pasti kategori-kategori dan tema-tema yang terkandung dalam bahan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat sepuluh tema merangkumi definisi, lokasi, murid yang terlibat, punca, dan keseriusan masalah buli. Selain itu, didapati majoriti guru kurang jelas tentang definisi buli. Namun begitu, mereka beranggapan bahawa masalah buli dalam kalangan murid adalah serius dan perlu dibanteras dengan segera. Memandangkan dapatan hanya terhad kepada perbincangan tema dan kategori, maka dicadangkan agar kajian lanjutan, khususnya kajian berbentuk grounded theory dijalankan. Kajian sebegini membolehkan pengkaji meneroka pengalaman guru dengan le..... 1501 hits |
6 | 2021 Thesis | Gejala buli siber dan implikasi terhadap emosi, motivasi dan sosial dalam kalangan murid di Bandar Seberang Jaya Nur Azilah Ismail Kajian yang menjurus kepada penularan gejala buli siber semakin giat dijalankan. Tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk meninjau situasi gejala buli siber dan implikasi terhadap emosi,
motivasi dan sosial dalam kalangan murid sekolah menengah. Kajian berbentuk kajian
tinjauan melibatkan 250 orang murid sekolah menengah dari sebuah bandar di Pulau Pinang.
Instrumen kajian merupakan soal selidik yang dibina penyelidik dan diadaptasi dari Cyberbullying
and Online Aggression Survey Instrument, bagi menilai empat aspek utama iaitu situasi gejala
buli siber, implikasi emosi, motivasi dan sosial. Kesahan dan tahap kebolehpercayaan
item-item soal selidik kajian berada pada tahap yang baik iaitu semua bahagian berada di aras
tinggi ( > 0.8 ) dengan nilai yang diperoleh adalah 0.825. Data kajian dianalisis secara deskriptif
dan inferensi dengan menggunakan keker..... 5533 hits |
7 | 2020 Thesis | Analisis jenis, punca dan langkah mengatasi tingkah laku buli di sekolah-sekolah Rendah Daerah Kinta Utara, Perak Sangkari Chandra Sehgar Kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis perbandingan jenis, punca dan
langkah mengatasi tingkah laku buli dalam kalangan murid di sekolah rendah daerah Kinta Utara.
Pendekatan kualitatif dengan reka bentuk Hermeneutik telah digunakan dalam kajian ini. Instrumen
yang digunakan untuk mengumpul data kajian ialah temu bual berstruktur. Seramai 45 orang guru iaitu
15 orang guru dari setiap jenis sekolah rendah di daerah Kinta Utara, Perak telah mengambil
bahagian dalam kajian ini. Data dianalisis menggunakan Kaedah Hermeneutik yang berbentuk
interpretasi teks temu bual yang ditranskripkan kepada metateks. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat empat tema yang diperoleh bagi soalan kajian pertama iaitu
buli secara langsung, buli secara tidak langsung, buli verbal dan buli fizikal. Jenis tingkah
laku buli yang paling kerap berlaku dalam kalangan murid yang dikaji adal..... 4773 hits |
8 | 2020 Thesis | Pengaruh empati terhadap sikap guru disiplin dalam pengurusan kes buli di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lumpur Muniswari P Ratnam Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti pengaruh empati terhadap sikap guru
disiplin dalam pengurusan kes buli di sekolah-sekolah menengah kebangsaan di Kuala Lumpur yang
meliputi Daerah Keramat, Sentul dan Bangsar. Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai
181 orang guru disiplin telah dipilih sebagai responden daripada 22 buah sekolah yang
dikategorikan sebagai ‘Hot Spot Schools’. Sampel kajian telah dipilih menggunakan kaedah
pensampelan rawak berstrata. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal-selidik yang
ditadbir kepada guru disiplin. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens
seperti peratus, min, sisihan piawai, korelasi Pearson dan regresi. Secara keseluruhannya,
responden bersetuju (M = 3.84; SP = 0.55) bahawa mereka memiliki sifat empati dari aspek kognitif. Dari konteks afektif
pula, responden agak bersetuju (M=3.55, SP = 0.68) bahawa mer..... 2498 hits |
9 | 2019 Thesis | Meneroka perspektif ibu bapa mengenai permasalahan buli anak-anak, pendekatan constructivist grounded theory Nor Junainah Mohd Isa Kajian ini bertujuan untuk meneroka perspektif ibu bapa mengenai permasalahan buli anak-anak, khususnya di peringkat sekolah rendah. Reka bentuk constructivist grounded theory telah digunakan bagi menjawab persoalan tentang definisi yang ibu bapa berikan terhadap perlakuan buli, cara mereka mendepani permasalahan buli anak- anak, dan teori substantif yang dapat dibina daripada pengalaman tersebut. Melalui teknik temu bual separa berstruktur menggunakan vignet situasi hipotetikal, pengkaji telah menemu bual 29 orang peserta yang dipilih secara pensampelan bola salji. Berdasarkan analisis menggunakan pengekodan awal dan pengekodan terfokus yang diperkenalkan oleh Charmaz, didapati ibu bapa mentakrifkan buli sebagai perbuatan mengganggu atau menindas orang yang lebih lemah sehingga memberi kesan negatif terhadap mangsa sama ada secara fizikal atau psikologikal. Dapatan juga menunjukkan bahawa ibu bapa menggunakan pelbagai strategi seperti pendekatan berbentuk agresif, asertif, dan empati ..... 1923 hits |
10 | 2020 Article | Buli siber dalam kalangan murid sekolah menengah di daerah Samarahan, Sarawak Karsodikromo, Yatiman Kajian ini bertujuan mengenal pasti ciri-ciri buli siber dalam kalangan murid di Daerah Samarahan,Sarawak Tujuh jenis buli siber dalam kajian ini ialah buli siber melalui mesej teks, gambar atau klip video, panggilan telefon, email, bilik smebang, mesej segera dan laman web. Data diperoleh melalui pensampelan bertujuan melibatkan 322 orang murid tingkatan empat di semua sekolah menengah di Daerah Samarahan, Sarawak. Rekabentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik Cyberbullying Questionnaire (CBQ).
Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Sciences (IBM-SPSS) versi ke-23. Keputusan kajian menunjukkan lebih separuh daripada responden pernah menjadi mangsa buli siber iaitu 61.8% (n = 199) berbanding yang tidak dibuli sebanyak 38.2% (n = 123). Dapatan kajian turut mengemukakan ciri-ciri buli siber bagi pemahaman yang lebih kukuh. KKajian ini mencadangkan pihak sekolah, ibu bapa, guru dan rakan sebaya agar memahami ciri-ciri buli siber yang berlaku dalam kalangan mur..... 1305 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 4 | [ Next ] [ Last ] |