UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 22 |
1 | 2016 article | Apresiasi karya ‘folk art Zahir Yusof dalam persekitaran sosial masyarakat masa kini Shamsuddin Baharudin, Zalay @ Zali Aziz, Kertas kerja ini dibuat bertujuan untuk menjelaskan apresiasi sebenar dalam melihat seni folk karya En. Zahir Yusof dari sudut interdisiplin. Penjelasan ini bermula dengan pengenal pastian intraestetik karya iaitu bentuk, imej dan simbol dalam karya tersebut. Ini seterusnya membawa kepada melihat pengaruh karya tersebut terhadap institusi sosial. Pengaruh yang dimaksudkan adalah persekitaran, perilaku, keperluan serta nilai dalam seni ‘folk art’ Zahir Yusof sebagai satu unsur apresiasi ekstraestetik. Satu bentuk ‘folk art’ telah dianalisa berdasarkan konsep tema tertentu iaitu ‘decoupage'. Nilai kepercayaan mewujudkan identiti Zahir Yusof yang tersendiri terhadap gaya dan olahan idea yang dihasilkan. Penjelasan apresiasi ‘folk art’ Zahir Yusof ini memberi makna dalam aspek rupa bentuk, imej dan simbol serta meninggalkan pengaruh positif terhadap institusi sosial masyarakat pada masa kini... 1648 hits |
2 | 2015 article | Making a living: pro poor tourism in hot spring recreational park of Sungai Klah, Sungkai, Perak, Malaysia Che Leh Fauziah, Omar Baharudin, Ahmad Baharom Azmi, Poverty is perceived as something unending in most poor and developing countries and it still occurs in areas including which have become tourist attraction centres. Tourism is an economic sector that is increasingly growing in importance to most poor and developing countries especially in rural areas and in the interior. Tourism activities have the ability to stimulate regional development rapidly which in turn benefits the locals. However, there is also a situation whereby its development is not equally beneficial to the government, investors and locals despite the rapidly developing tourism activities in that area. Pro Poor Tourism (PPT) is a mechanism that is able to benefit the poor at tourism centres; several strategies and approaches were identified as capable of increasing the cooperative bonding between the government, private sectors and local population as well as providing benefits to all three parties without ignoring the locals in the area. This study aims to present the ..... 1640 hits |
3 | 2014 article | Manusia dan perkembangan peradaban beberapa aspek pemikiran Malek Bennabi dan Ali Syariati Yaacob Norazlan Hadi, Maslan@ Baharudin Aiza, Manusia sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t. dengan sebaik-baik kejadian diberikan tugas dan amanah yang sangat besar, iaitu untuk mentadbir, memakmur dan membangun peradaban. Berbekalkan kejadian penciptaan manusia yang terdiri daripada unsur jasmani dan rohani dengan kelebihan akal dan kudrat, manusia berkemampuan merubah dan mencorak masa depan peradaban mereka sendiri. Persoalan tentang pembinaan dan perkembangan peradaban telah pun dibincangkan oleh beberapa orang tokoh sarjana dan pemikir tersohor di Timur dan di Barat dengan menjadikan manusia sebagai fokus utama perbincangan. Cetusan minda sarjana dan pemikir silam wajar direnungi dan dimanfaat oleh generasi hari ini untuk membangunkan kembali kegemilangan peradaban manusia. Pembinaan peradaban harus bercirikan keseimbangan antara kemajuan material dengan ketinggian akhlak yang berpaksikan tauhid. Kajian ini bertujuan menganalisis dan membahaskan beberapa aspek pemikiran dua orang tokoh pemikir Muslim yang berkaitan..... 1875 hits |
4 | 2013 monograph | Pemasaran dan kepenggunaan tempat untuk pembangunan pelancongan di Kuala Kangsar, Perak Che Leh Fauziah, Yeop Yunus Nek Kamal, Abd Razak Ahmad Zainal Abidin, Omar Baharudin, 2341 hits |
5 | 2017 article | Pengaruh penjajaran strategik di antara strategi sistem maklumat dan strategi pengurusan organisasi terhadap kejayaan sistem maklumat Baharudin Razana, Ibrahim Mohamed, 707 hits |
6 | 2017 thesis | Pembinaan dan penilaian modul PBM-SC2 dan kesan terhadap KBAT, motivasi dan refleksi dalam kalangan pelajar Nur Fadhila Baharudin Kajian ini bertujuan membina dan menilai kesan modul PBM-SC2 berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Kajian juga menilai kesan modul terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), motivasi, dan refleksi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk eksperimen benar digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden kajian dijalankan secara pensampelan rawak berlapis dan rawak mudah dengan melibatkan 70 orang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah harian dalam daerah Kuantan, Pahang. Responden kajian terdiri daripada 35 pelajar kumpulan rawatan dan 35 pelajar kumpulan kawalan. Empat jenis instrumen digunakan iaitu modul PBM-SC2, ujian KBAT bagi tema Penyenggaraan dan Kesinambungan Hidup, soal selidik motivasi intrinsik dan soal selidik refleksi terhadap persekitaran PBM. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap KBAT, motivasi dan refleksi pelajar terha..... 1415 hits |
7 | 2018 article | Usaha Lembaga Tabung Haji menangani cabaran pengendalian hal ehwal haji, 1969-1985 Aiza Maslan@Baharudin Lembaga Tabung Haji (LTH) merupakan sebuah institusi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Malaysia bagi mengelola segala perkara berhubung hal ehwal pengurusan haji umat Islam di Malaysia. Pencapaian cemerlang yang ditunjukkan oleh LTH menjadi kebanggaan masyarakat Muslim di Malaysia. Walau bagaimanapun, kejayaan yang dikecapi oleh LTH pada hari ini tidaklah diperoleh dengan jalan yang mudah. Sejak penubuhannya pada tahun 1969, LTH tidak pernah sunyi daripada berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran yang sentiasa menguji kewibawaannya sebagai sebuah institusi tunggal yang diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk mengendalikan pemergian jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Makkah. Kajian ini meneliti pelbagai cabaran yang dihadapi oleh LTH sejak penubuhannya pada tahun 1969 sehingga tahun 1985, setahun selepas penubuhan Muassasah dan usaha yang dilakukan oleh LTH dalam menangani cabaran berkenaan. Antara cabaran terbesar yang harus ditangani oleh LTH adalah persaingan daripada agen..... 826 hits |
8 | 2016 article | Model kejayaan sistem maklumat dalam pengurusan organisasi Baharudin Razana, Ibrahim Mohamad, 2610 hits |
9 | 2018 thesis | Model konseptual penjajaran antara sistem maklumat dengan organisasi di institusi berteraskan pendidikan Razana Baharudin Kajian ini menentukan hubungan antara ciri sistem maklumat dan ciri organisasi
dengan kejayaan sistem maklumat (KS), serta membentuk Model Konseptual Penjajaran
antara Sistem Maklumat dengan Organisasi di Institusi Berteraskan Pendidikan (IS-Org
Fit Model). Kajian ini menggunakan gabungan pendekatan kualitatif dan kuantitatif.
Pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual digunakan untuk mendapat gambaran awal
tentang pelaksanaan sistem maklumat yang melibatkan 15 orang pegawai perkhidmatan
pendidikan di Perak. Pendekatan kuantitatif digunakan untuk membentuk dan menilai
IS-Org Fit Model. Bagi pembentukan model, borang soal selidik diedarkan kepada 375 orang
guru di 10 buah sekolah menengah di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Muallim, dan ..... 1149 hits |
10 | 2019 thesis | Cabaran bebanan tugas terhadap amalan profesionalisme guru tabika perpaduan Haiza Hayati Baharudin Kajian ini bertujuan memahami kesan bebanan tugas terhadap amalan profesionalisme
Guru Tabika Perpaduan (GTP) dari aspek etika, amalan reflektif dalam pengajaran dan
pembelajaran serta keberkesanan amalan kolaborasi di antara guru dan pentadbir dalam
membantu menguruskan bebanan tugas. Kajian ini merupakan sebuah kajian kes yang
dijalankan menggunakan kaedah kualitatif melalui teknik-teknik temu bual, pemerhatian,
analisis dokumen dan triangulasi data. Pemilihan subjek kajian menggunakan persampelan
bertujuan melibatkan empat orang GTP daerah Kampar, Perak. Hasil kajian menunjukkan
bahawa GTP mendefinisikan bebanan tugas sebagai tugas-tugas seperti pengurusan fail,
aktiviti-aktiviti luar, pengurusan aset dan inventori, tugas perkeranian dan arahan semasa
dari pentadbir. Bebanan tugas ini memberikan kesan dan menjejaskan persediaan dan
pelaksanaan rancangan pengajaran, bahan bantu mengajar dan tumpuan kepada kanakkanak.
Kajian ini juga mendapati bahawa GTP memahami ciri-ciri ..... 2201 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 3 | [ Next ] [ Last ] |