UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
Total records found : 17 |
Simplified search suggestions : Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri |
1 | 2012 Article | Analisis trend hujan di bandaraya Ipoh Perak 1970-2007 Hashim Mohmadisa, Ismail Wan Ruslan, Nayan Nasir, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Ibrahim Mohd Hairy, Penelitian terhadap trend hujan jangkamasa panjang adalah penting dan relevan dalam kajian hidrologi khususnya sebagai alat untuk mengesan dan mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam sistem hidrologi. Untuk itu, data hujan bulanan dan tahunan dari tahun 1970 hingga 2007 yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dianalisis dengan menggunakan ujian statistik dan Ujian Mann-Kendall bagi mengesan perubahan (meningkat, menurun atau stabil) atau trend yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1970-2007 dengan purata tahunan 2497 mm. Rekod juga menunjukkan bahawa trend hujan yang meningkat semasa Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya dalam tempoh yang sama. Hujan maksimum adalah pada bulan April dan Oktober iaitu semasa berlakunya pertukaran monsun. Rekod juga menunjukkan kawasan Ipoh menerima hujan paling banyak semasa Monsun Timur Laut walaupun stesen hujan terletak di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia dengan purata 1016 mm. H..... 6215 hits |
2 | 2006 Book Section | Impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi, Ishak Abdul Jalil, Cameron Highlands mula menjadi terkenal sebagai pusat peranginan tanah tinggi setelah dibuka oleh juru ukur British, William Camerons pada tahun 1888. Keindahan kawasan ini dengan kekayaan persekitaran sejadi yang menarik dan keunikan suhu (cuaca) menjadikan kawasan ini sebagai pusat pelancongan yang diminati oleh pelancong. Kesannya, Cameron Highlands telah membangun dengan pesat terutama dengan pembinaan hotel, ‘chalet’ dan kemudahankemudahan lain untuk kemajuan industri pelancongan. Di samping itu, pembangunan tanah juga pesat dilakukan untuk kegiatan pertanian (terutama sayur-sayuran berhawa dingin dan bunga-bungaan), pembinaan jalan raya dan petempatan. Pembangunan yang mendadak ini telah mengakibatkan pelbagai masalah alam sekitar terutama penerokaan tanah “haram” di Lembangan Bertam yang menjadi nadi keseimbangan ekosistem di kawasan ini. Oleh itu, satu kajian berkaitan impak pembangunan terhadap alam sekitar di Cameron Highlands telah dijalankan. Kajian ini dilakukan me..... 3233 hits |
3 | 2006 Book Section | Kajian impak pembangunan terhadap alam sekitar di Lembah Bernam (Tanjong Malim) Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Marzuki Mazdi, Dalam tempoh dua puluh tahun kebelakangan ini, isu-isu dan krisis alam sekitar hangat diperkatakan dan ia sering dikaitkan dengan proses pembangunan ekonomi dan sektoral yang berlaku di sesebuah negara atau wilayah. Dalam usaha memastikan arus pembangunan perdana sampai kepada seluruh masyarakat, kerajaan mengambil pendekatan mewujudkan kawasan/koridor pembangunan baru khususnya ke bahagian selatan dan utara dari Lembah Kelang. Dalam hal ini. Lembah Bemam menjadi fokus utama kerana kedudukannya yang strategik antara Kuala Lumpur-Ipoh-Pelabuhan Kelang. Pelbagai projek pembangunan utama telah dirancang dan mula bertapak di Lembah Bernam seperti Taman Perindustrian Bernam, Behrang 2020 dan Bandar Proton. Lembah Bernam agak unik dari segi kedudukan kerana melibatkan kepentingan dua negeri antara Selangor dan Perak, berada di kaki Banjaran Titiwangsa, mempunyai banyak sistem saliran yang menyokong sungai utama, iaitu Sungai Bernam, iklim mikro yang agak dingin, persekitaran yang masih seles..... 2279 hits |
4 | 2009 Monograph | Pengaruh perubahan guna tanah terhadap taburan hujan di kawasan Trolak-Slim River-Behrang-Tanjong Malim-Hulu Bernam (bahagian Hulu Lembangan Sungai Bernam) Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Dalam tempoh 50 tahun yang lalu, perubahan guna tanah dari perlombongan ke pembalakan, pembalakan ke pertanian,, pertanian ke petempatan dan perindustrian serta perubahan tanah pertanian tradisi ke pertanian komoditi telah menimbulkan kesan yang ketara terhadap persekitaran fizikal dan juga manusia teratama di lembangan saliran Pantai Barat, Semenanjung Malaysia. la melibatkan penurunan tahap bekalan air bersih, peningkatan tahap pencemaran air dan peningkatan iklim mikro. Bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baru di luar Lembah Klang. Kajian terhadap perubahan guna tanah pertanian ke guna tanah lain ke atas jumlah taburan hujan yang direkodkan telah dilakukan. Hasil kajian mendapati purata hujan tahunan bagi tempoh 50 tahun tidak menunjukkan perubahan yang ketara (peningkatan atau penurunan) walaupun pada awal 1990an dan seterusnya berlaku perubahan guna tanah pertanian ke petempatan dan industri. Ini dikaitkan dengan sebahagian besa..... 1584 hits |
5 | 2012 Article | Trend hujan jangkamasa panjang dan pengaruhnya terhadap hakisan permukaan: implikasinya kepada tapak kampus baru Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim Hashim Mohmadisa, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir, Hujan merupakan salah satu elemen penting dalam proses dan perubahan bentuk bumi. Penganalisisan terhadap data hujan akan dapat menentukan pelbagai impak yang berlaku di atas permukaan bumi seperti kadar luahan, aliran permukaan, air dalam tanah, hakisan tanih, meramalkan dan menetukan kejadian banjir. Trend jangka panjang dan juga intensiti sering dikaitkan sebagai penyumbang kepada peningkatan kadar hakisan permukaan di kawasan yang dibangunkan. Dalam penulisan ini, fokus diberikan kepada tindakan hujan terhadap masalah hakisan tanih yang berlaku di tapak kampus baharu UPSI yang sedang dibangunkan. Penelitian terhadap ciri hujan, pengaruh angin monsun, trend hujan jangkamasa panjang serta perkaitan hujan dengan kejadian hakisan dilakukan. Hasil kajian menunjukkan trend hujan jangkamasa panjang di Tanjong Malim adalah meningkat dan sentiasa melebihi 2400 mm setiap tahun. Kawasan kajian sedang dibangunkan terletak di kaki bukit dan Banjaran Titiwangsa sentiasa menerima hujan lebat deng..... 2356 hits |
6 | 2014 Article | Analisis bunyi bising trafik persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia Hashim Mohmadisa, Misran Hairul Farhan, Saleh Yazid, Nayan Nasir, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Artikel ini bertujuan untuk menilai masalah pencemaran bunyi bising trafik yang berlaku di persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia. Pemilihan kawasan kajian adalah berdasarkan faktor letakkan sekolah yang sentiasa terdedah dengan gangguan bunyi bising trafik. Sebanyak lima buah sekolah yang terletak di sekitar pusat bandar telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kaedah yang digunakan adalah dengan membuat cerapan menggunakan Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument bagi menentukan nilai maksimum (Mak), minimum (Min) dan purata keseluruhan (Leq). Pencerapan bagi setiap stesen adalah sebanyak tiga kali iaitu pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi), tengah hari (12.00 tengah hari hingga 2.00 petang) dan petang (5.00 petang hingga 7.00 petang) iaitu selama 10 minit setiap waktu pada hari bekerja dan tidak bekerja. Tujuan pemilihan tiga waktu pencerapan ini adalah untuk mendapatkan purata bagi keseluruhan hari dan membandingkan tahap bunyi bising trafik di lokasi kaj..... 3503 hits |
7 | 2014 Article | Analisis guna tanah dan implikasinya terhadap persekitaran fizikal Lembangan Sungai Bernam 1984-2004 Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Saleh Yazid, Mat Said Zahid, Pelbagai dasar pembangunan ekonomi telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memberikan manfaat kepada penduduk. Aktiviti pembangunan yang dilaksanakan akan melibatkan perubahan kepada guna tanah sesuatu kawasan dan meninggalkan kesan kepada persekitaran fizikal. Lembangan Sungai Bernam juga tertakluk sebagai kawasan tumpuan pembangunan baharu bagi mengatasi kesesakan di Lembah Klang. Kajian ini bertujuan mengenal pasti perubahan guna tanah yang berlaku khususnya di bahagian hulu Lembangan Sungai Bernam dari tahun 1984 hingga 2004 dan implikasi terhadap persekitaran. Data perubahan guna tanah diperoleh dari Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia dan data hujan mengikut stesen diperoleh dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Analisis siri masa dilakukan bagi kesemua data bagi menilai sebarang perubahan dalam jangka masa panjang. Hasil kajian mendapati guna tanah hutan semakin berkurangan di kawasan ini iaitu 689.2 km2 (1984) kepada 536 km2 (2004). Guna tanah hutan yang semakin berkura..... 2683 hits |
8 | 2014 Article | Impak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke atas ekonomi setempat di Mukim Hulu Bernam Timur, Perak Abd. Razak Rozelia Aznie, Dziauddin Mohd Faris, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Kertas kerja ini mengukur impak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ke atas ekonomi setempat di mukim Hulu Bernam Timur, Batang Padang, Perak. Model American Council of Education (ACE) digunakan bagi mengukur impak ekonomi keseluruhan (total economic impact) yang dijana oleh perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pelajar dan kakitangan IPT bagi mendapatkan barangan dan perkhidmatan di kawasan ini. Dengan menggunakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) yang terletak di mukim Hulu Bernam Timur, artikel ini memaparkan sejumlah RM120 juta telah dibelanjakan oleh pelajar dan kakitangan di kedua-dua IPT ini bagi tempoh setahun dan memberi sumbangan yang sangat signifikan kepada pertumbuhan ekonomi terutamanya aktiviti perniagaan di mana setakat tahun 2012 terdapat 842 premis perniagaan telah wujud di kawasan ini... 1471 hits |
9 | 2014 Article | Impak globalisasi terhadap perubahan fungsi bandar kecil beberapa penemuan di Batang Kali dan Bukit Beruntung, Selangor Saleh Yazid, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Hashim Mohmadisa, Nayan Nasir, Ismail Kamarul, Artikel ini menganalisis perubahan fungsi (ekonomi) bandar kecil di beberapa buah bandar kecil terpilih di Koridor Utara Negeri Selangor. Dengan menggunakan kaedah pemerhatian di lapangan, didapati fungsi-fungsi tradisional bandar kecil tersebut sudah mula berubah. Penawaran fungsi seperti kedai baja, kedai peralatan pertanian dan kedai buah-buahan semakin merosot. Sebaliknya fungsi-fungsi yang lebih bersifat global seperti pasar raya besar, penghantar cepat dan hotel semakin bertambah. Penemuan ini merupakan petunjuk awal ke arah bagi membuktikan bahawa proses globalisasi telah memainkan peranannya dalam mempengaruhi perubahan fungsi di kawasan kajian. Ini kerana semakin banyak perubahan penawaran fungsi (dari fungsi tradisional kepada yang lebih moden) membawa maksud semakin kuat pengaruh globalisasi di kawasan tersebut dan penemuan ini penting bagi menunjukkan bahawa perkembangan wilayah metropolitan Lembah Klang-Langat (WMKL) kini mula tersebar serta memberi kesan melampaui kawasan..... 2768 hits |
10 | 2016 Article | Aspek kritikal pendidikan pembangunan lestari berdasarkan data temu bual guru Mahat Hanifah, Hashim Mohmadisa, Saleh Yazid, Che Ngah Mohamad Suhaily Yusri, Nayan Nasir, Pengetahuan dalam melaksanakan aktivit kelestarian membantu individu mendapatkan pelbagai pengalaman, memperoleh pemahaman asas dalam usaha memastikan kelestarian alam sekitar. Malah, peningkatan tahap pengetahuan tentang alam sekitar dapat membentuk sikap positif terhadap alam sekitar. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan guru berhubung pendidikan pembangunan lestari (Education for Sustainable Development-ESD) yang dilaksanakan menerusi Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS). Pengetahuan dalam kajian ini terdiri daripada pengetahuan Program SLAAS, pengetahuan Kandungan ESD, dan pengetahuan amalan ESD. Protokol temu bual telah dibangunkan dalam kajian ini. Seramai 12 orang guru dari tiga kategori sekolah yang terlibat dalam Program SLAAS telah ditemu bual. Dapatan utama kajian menunjukkan responden mengetahui aktiviti yang dilaksanakan dalam Program SLASS namun kurang memberi penegasan terhadap nilai di sebalik aktiviti tersebut. Kedua, pengetahu..... 8117 hits |
[First] [Prev] | Page 1 of 2 | [ Next ] [ Last ] |