AbstractKemahiran literasi menulis merupakan suatu kemahiran asas yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua murid di sekolah rendah. Jika kemahiran ini tidak dikuasai akan menyebabkan proses pembelajaran mereka terjejas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun satu, membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara murid-murid lelaki dan perempuan serta membandingkan tahap penguasaan kemahiran literasi menulis bahasa Melayu antara sekolah kebangsaan (SK), sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui ujian. Responden kajian ini terdiri daripada 105 orang murid SK, SJKC dan SJKT di sekitar daerah Segamat, Johor dipilih untuk menjawab ujian-tersebut. Kajian ini memfokuskan pada tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran menulis serta perbezaan tahap penguasaan kemahiran literasi den.....