AbstractPenggunaan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia telah mengalami perkembangan yang pesat seiring dengan kemajuan teknologi global dan inisiatif kerajaan untuk mendigitalkan ekonomi negara. Dengan kemajuan teknologi, AI terus berkembang dan semakin diaplikasikan terutama dalam sistem pendidikan untuk memperkayakan lagi proses pengajaran dan pembelajara. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengkaji tahap kefahaman dan penggunaan guru prasekolah berkaitan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Namun begitu, tahap kefahaman dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam kalangan guru prasekolah masih kurang diketahui. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif sebagai reka bentuk penyelidikan. Seramai 52 orang guru prasekolah di daerah Semporna, Sabah dipilih secara rawak untuk dijadikan sebagai sampel kajian. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengukur tahap kefahaman dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pengajaran dan.....