|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
| Total records found : 46 |
| 1 | 1957 Book | Tun Fatimah Geliga Limited Singapore Kisah Tun Fatimah ini sebahagian besar daripadanya ialah asalnya dari" Hikayat Sejarah Melayu"yang di-sulam, dirangkai, di-kait-kaitkan serta dibunga-bungakan disana sini,sehingga. merupakan sebuah cerita yang disebut "roman sejarah"(historical-romance)... 1115 hits |
| 2 | 2016 Article | Analisis pengajaran guru dalam mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah melalui Kaedah Hermeneutik Nachiappan Suppiah, Rengasamy Kanmani, Maniam Vishananthini, Ganaprakasam Charles, Mohd Zulkafaly Fatimah, Kajian ini adalah untuk menganalisis pengajaran mata pelajaran Matematik ke arah aplikasi kognisi dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di sebuah sekolah rendah melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini melibatkan enam orang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik KSSR di sebuah sekolah rendah yang terletak di Sungai Siput (U), daerah Kuala Kangsar. Sampel kajian adalah berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka. Hasil kajian didapati terdapat tiga masalah utama yang dihadapi oleh murid, iaitu sukar memahami konsep matematik, sukar mengingati istilah atau kata kunci matematik dan juga masalah dalam penyelesaian masalah matematik. Guru juga menghadapi tiga masalah utama dalam pengajaran Matematik, iaitu bahan rujukan matematik kurang, guru tidak berpengalaman atau guru bukan opsyen Matematik dan masa pengajaran dan pembelajaran Matematik tidak mencukupi. Hasil kajian juga menunjukkan tiga kaedah penting yang boleh digunakan oleh guru semasa mengajar Matematik..... 2410 hits |
| 3 | 2022 Article | Reaksi bukan Muslim terhadap ayat-ayat Saintifik dalam Al-Quran Fatimah Mohamed Video youtube ayat-ayat saintifik dalam al-Quran yang dimuatnaik oleh youtuber muslim telah dijadikan bahan video reaksi oleh youtuber bukan muslim. Kelebihan video reaksi yang dibuat oleh youtuber bukan muslim mendapat komen daripada pelbagai penganut agama dan setengahnya mendapat lebih banyak ‘viewer’ berbanding video asal. Daripada sembilan video reaksi berkaitan ayat saintifik dalam al-Quran, hanya seorang youtuber yang bertindak memeluk Islam. Benarlah bahawa hidayah itu adalah milik Allah.
Kata kunci: Ayat saintifik, Youtuber, video reaksi, ‘viewer’.. 375 hits |
| 4 | 2015 Article | Identification of Tacca chantrieri (dioscoreaceae) through anatomical and morphological characters Mohd Noor Nor Nafizah, Wun Shun Jie, Mohamed Fatimah, Daud Norhayati, Alimon Hasimah, Anatomy and morphological characters were employed to identify four samples of Tacca sp. (Belimbing Tanah) from different localities in Perak. Anatomical characters including leaf epidermal characters, leaf venation, type of stomata and trichomes were investigated through transverse sections, epidermal peel and leaf clearing procedures. The outline and vascularization of the sections were also investigated. Result has shown that Tacca from four different localities in Perak were similar anatomically. However, morphologically these four species can be differentiated mostly based on their leaves, flowers and fruits. The leaf margins are slightly different of either entire or denticulate, and the colours of floral bracts are either purplish-black or purplish-black at the base gradually turns white to the apex. Eventhough they are slightly different morphologically, Tacca of Gunung Lang and Gunung Liang were suggested as T. chantrieri based on dichotomous key of Kalkman which emphasizes on..... 2526 hits |
| 5 | 2014 Article | Kemapanan dan daya saing pajak gadai Islam di Malaysia perspektif perintis Abdul Razak Azila, Muhammad Fidlizan, Mohd Hussin Mohd Yahya, Abdul Hadi Fatimah Salwa, Pembiayaan pajak gadai konvensional telah wujud sejak abad ke-19 lagi. Namun, praktis pemberian pinjaman daripada pajak gadai konvensional sering dikaitkan dengan penyelewengan dan mempunyai unsur eksploitasi terhadap peminjam. Sebagai alternatif, pajak gadai Islam yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Muassasah Gadaian Islam Terengganu dengan inisiatif oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sehingga tahun 2013, terdapat 464 buah cawangan daripada 10 institusi yang menawarkan pembiayaan pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional yang berlesen iaitu 259 buah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis persepsi tiga perintis utama pemegang pajak gadai Islam di Malaysia iaitu MAIDAM, YaPEIM dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berkaitan aspek kemapanan dan daya saing produk, isu pembiayaan berfokuskan penggunaan dan kesedaran masyarakat terhadap kewujudan pajak gadai Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual sep..... 3683 hits |
| 6 | 2016 Article | Kolej kediaman lestari : keselesaan bilik penghuni kolej kediaman Tun Fatimah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Buyung Mohd Reduan, Shafi Haryati, Kajian ini merupakan kajian awalan bagi pembangunan konsep kolej kediaman lestari di Malaysia. Artikel ini mengkaji keselesaan menginap di bilik penginapan kolej kediaman Tun Fatimah, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Metodologi yang digunakan adalah melalui borang soal selidik terhadap 40 responden. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A berkaitan demografi responden yang mengandungi tiga item soalan dan bahagian B berkaitan keselesaan terhadap bilik penginapan kolej kediaman yang mengandungi 11 item soalan. Selain itu, bahagian B juga terdapat dua subtopik iaitu keselesaan terhadap ruang fizikal bilik penghuni dan keselesaan terhadap peralatan dalaman bilik penghuni. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan peratusan untuk menentukan tahap keselesaan pada setiap item soalan berkaitan bilik penghuni. Keputusan kajian mendapati semua sebelas item soalan keselesaan penghuni terhadap bilik penginapan berada pada tahap selesa dan ini menunjukkan peny..... 1264 hits |
| 7 | 2015 Thesis | Gaya kognisi dan gaya pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah Fatimah Mohd Zulkafaly Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara gaya kognisi dan gaya pengajaran dalam kalangan guru sekolah menengah. Sampel kajian diberi borang kaji selidik yang memiliki tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan analisis statistik pekali Cronbach Alpha, indeks kebolehpercayaan bagi konstruk gaya kognisi sistematik adalah 0.84 (n=18). Manakala, indeks kebolehpercayaan bagi konstruk gaya kognisi intuitif adalah 0.75 (n=18). Indeks kebolehpercayaan bagi konstruk gaya pengajaran reproduktif adalah 0.68 (n=5), konstruk gaya pengajaran analitikal adalah 0.83 (n=18), konstruk gaya pengajaran kreatif adalah 0.78 (n=7) dan konstruk gaya pengajaran praktikal adalah 0.76 (n=6). Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara gaya kognisi dan gaya pengajaran praktikal (r=0.59, p.. 2045 hits |
| 8 | 2014 Article | Potensi Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-Reit) dalam membangunkan industri sawit di Malaysia Mohd Hussin Mohd Yahya, Yusuf Yusni Anis, Muhammad Fidlizan, Abdul Razak Azila, Abdul Hadi Fatimah Salwa, Amanah Pelaburan Hartanah Islam (I-REIT) merupakan satu instrumen pasaran modal yang berlandaskan syariah. Kewujudan I-REIT memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam bidang hartanah. Al-Hadharah Boustead REIT yang ditubuhkan pada tahun 2007 merupakan satu-satunya instrumen Amanah Pelaburan Hartanah Islam (IREIT) yang berasaskan perladangan kelapa sawit di Malaysia. Artikel ini bertujuan membincangkan prinsip syariah yang diguna pakai oleh Al-Hadharah Boustead REIT serta sumbangannya dalam industri sawit negara. Dapatan kajian menunjukkan Al-Hadharah Boustead REIT menggunakan prinsip al-musyārakah, Al-wakālah, Al-Ujr dan harta musyā dalam aktiviti pelaburannya. Di samping itu, penguasaan pemilikan Al-Hadharah Boustead REIT dalam industri sawit negara menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sepanjang tempoh kajian... 2697 hits |
| 9 | 2014 Article | Pertentangan keluarga dalam novel terpilih Fatimah Busu M. Zubir Siti Khariah, Ismail Nor Hasimah, Pertentangan merupakan suatu situasi tidak sehaluan antara dua pihak yang kadangkala menimbulkan kontroversi yang berlarutan. Pertentangan juga mampu mewujudkan kerengganan yang tidak berkesudahan kerana masing-masing ingin memenangi sesuatu keadaan. Pertentangan wujud apabila satu pihak dengan keinginan berlainan percaya bahawa lawan akan bertindak menentang mereka, dan satu pihak akan membuat tingkahlaku yang memudharatkan pihak lawannya. Pertentangan biasanya bermaksud perselisihan, namun boleh juga diertikan sebagai perbalahan. Sungguhpun pertentangan sering dilihat sebagai negatif, dalam keadaan tertentu, is mampu membawa hasil yang baik. Dalam kajian ini, analysis dilakukan terhadap pertentangan keluarga yang terdapat dalam empat buah novel Fatimah Busu. Objektif kajian ini terbahagi kepada dua, iaitu mengenalpasti isuisu pertentangan dan menganalisis isu pertentangan keluarga dengan menggunakan pendekatan psikologi Islam Al-Ghazali. Hasil kajian menunjukkan isu pertentangan kelu..... 1521 hits |
| 10 | 2014 Article | Pertelingkahan antara kawan-kawan dalam novel terpilih Fatimah Busu Mohd. Zubir Siti Khariah, Ismail Nor Hasimah, Pertelingkahan adalah perkara yang dilarang oleh agama kerana menyebabkan berlakunya permusuhan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Pihak-pihak ini akan berbalah sesama mereka. Kajian ini dilaksanakan bagi melihat sejauh mana pertelingkahan antara kawan terdapat dalam novel karya Fatimah Busu. Kajian ini akan menggunakan Pendekatan Psikologi Islam Al-Ghazali untuk menganalisis. Objektif kajian ini ialah menghuraikan isu-isu dan menganalisis pertelingkahan dengan kawankawan dalam novel Fatimah Busu. Kajian ini dijalankan untuk menjadi contoh dan teladan kepada pembaca dalam memilih kawan. Kebiasaannya, kawan adalah tempat untuk berkongsi pengalaman, pandangan, minat, masalah dan harapan. Pemilihan kawan yang tepat adalah perlu kerana kawan dapat mempengaruhi nilai, emosi dan cara pergaulan... 1884 hits |
| [First] [Prev] | Page 1 of 5 | [ Next ] [ Last ] |