UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

1 record(s) found

Simplified search suggestions : Fatin Najihah Abdul Basir
1
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pandangan ibu bapa terhadap pesalah seksual kanak-kanak tadika. Khususnya, kajian ini mengenal pasti perbezaan pandangan ibu bapa berdasarkan jantina mengenai pandangan ibu bapa terhadap pesalah seksual kanak-kanak, pandangan ibu bapa terhadap pesalah seksual kanak-kanak di persekitaran mereka, pandangan ibu bapa terhadap hukuman pesalah seksual kanak-kanak dan pandangan ibu bapa terhadap kanak-kanak yang mengalami penderaan seksual.  Seramai 61 orang ibu bapa di sekitar daerah Klang, Selangor yang mempunyai kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dipilih sebagai responden kajian. Kajian ini telah menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diterjemahkan mengikut kesesuaian konteks kajian. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pandangan ibu bapa terhadap pesalah seksual berdasarkan jantina.  ..
Article Published 2020 1990 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.