AbstractKajian ini bertujuan membangunkan koswer pembelajaran, LinProT bagi kursus Kaedah
Pengoptimuman (KP) sebagai bahan bantu belajar dan menilai kebolehlaksanaannya
terhadap pelajar. Kaedah yang digunakan ialah reka bentuk produk dan pembangunan
menggunakan model ADDIE. Koswer LinProT yang dibangunkan merangkumi pakej elemen
multimedia; gambar yang diimbas menggunakan aplikasi QR Code dan penggunaan aplikasi
Augmented Reality dalam video-video tutorial berkaitan dengan KP. Koswer
LinProT diuji kebolehlaksanaannya melalui instrumen soal selidik terhadap 65 orang
pelajar yang dipilih secara rawak daripada sebuah universiti awam. Data soal
selidik telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 20.0. Analisis kajian menunjukkan respond.....