UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon


Browse by: Year_icon Subject Year_icon Publisher Year_icon Year
Total records found : 3
Simplified search suggestions : Hairul Anuar Harun
12017
Thesis
Estetika kerohanian dalam seni kata lagu S. Amin Shahab
Hairul Anuar Harun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesepaduan dan perkaitan antara unsur estetika dengan kerohanian dalam seni kata lagu karya S. Amin Shahab. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks dengan pengumpulan data berdasarkan temu bual responden utama dan kajian kepustakaan. Sebanyak 35 buah seni kata lagu menjadi sumber data berdasarkan dua kriteria utama, iaitu lagu yang popular dan malar segar serta seni katanya menepati tema kerohanian. Kerangka konsep Estetika Bersepadu yang dikemukakan oleh Abdul Halim Ali diaplikasikan sebagai reka bentuk kajian, apabila ia mengaitkan kesepaduan stail (estetika bahasa) dan pemikiran dengan perutusan agama. Data yang dianalisis dibincang secara deskriptif, dengan berpandukan aspek gaya bahasa oleh Tarigan dan gaya kata oleh Ali Imron. Penyepaduan unsur estetika gaya bahasa dan gaya kata (pemilihan diksi) ini dihubungkan dengan pemikiran S. Amin Shahab dan perkaitannya dengan unsur kerohanian. Hasil kaji.....

2239 hits

22023
Article
Akal Budi Melayu dalam karya M. Nasir
Hairul Anuar Harun
Akal budi dalam konteks Melayu merupakan konsep yang dikenal pasti melalui pandangan kearifan cara bangsa Melayu berfikir dan berpekerti. Akal budi Melayu dapat dilihat dengan mengkaji karya kesusasteraan dan hasil seni bangsa yang mempunyai nilai kebijaksanaan. Pembangunan aspek akal budi juga merupakan unsur kemanusiaan yang penting bagi setiap insan mahupun bangsa, agama dan negaranya. Penulisan lirik lagu juga merupakan salah satu cabang kesusasteraan yang jarang diperkatakan kerana ia bersifat popular namun sebahagiannya masih mengandungi nilai estetika malah mempunyai bahasa sastera yang tinggi serta mampu mencabar pemikiran khalayak. Untuk membuktikan bahawa lirik lagu juga mampu mendewasakan pemikiran, ilmu ketamadunan, serta mempunyai nilai akal budi Melayu yang tinggi, kajian ini akan memberi tumpuan kepada karya-karya seorang seniman yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia iaitu M. Nasir. Sebanyak lapan buah lirik lagu hasil ciptaan sepenuhnya M. Nasir di dalam album .....

360 hits

32025
Thesis
Akal budi melayu dan estetika keseniman dalam seni kata lagu karya M.Nasir
Hairul Anuar Harun
Seni kata lagu merupakan sebahagian daripada sastera popular yang dapat mempengaruhi masyarakat, terhasil daripada bakat kreativiti, daya intelektual dan pandangan hidup daripada seorang pengarang atau seniman. Penyelidikan ini bertitik tolak daripada kelompangan ketara terhadap kajian secara ilmiah dan mendalam mengenai seni kata lagu dalam industri muzik Malaysia. Sebanyak 60 buah seni kata lagu yang menjadi sumber data kajian ini, telah dihasilkan sepenuhnya oleh seniman M. Nasir daripada album solo beliau dan album kumpulan Kembara. Kesemua seni kata karya M. Nasir ini dianalisis dengan memfokuskan kepada unsur akal budi Melayu dan estetika kesenimanannya dengan menggabungkan pendekatan pemilihan kata dan juga aspek kepengaruhan serta kepengarangan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks selain menggunakan kaedah kepustakaan, temu bual dan Perbincangan Kumpulan Fokus. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menghuraikan unsu.....

34 hits

Filter
Loading results...



Specific Period
Loading results...



Top 5 related keywords (beta)

Loading results...



Recently Access Item




Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.