UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

5 record(s) found

1
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk menilai masalah pencemaran bunyi bising trafik yang berlaku di persekitaran sekolah di bandar Batu Pahat, Johor, Malaysia. Pemilihan kawasan kajian adalah berdasarkan faktor letakkan sekolah yang sentiasa terdedah dengan gangguan bunyi bising trafik. Sebanyak lima buah sekolah yang terletak di sekitar pusat bandar telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kaedah yang digunakan adalah dengan membuat cerapan menggunakan Sound Level Datalogger Model 407780 Extech Instrument bagi menentukan nilai maksimum (Mak), minimum (Min) dan purata keseluruhan (Leq). Pencerapan bagi setiap stesen adalah sebanyak tiga kali iaitu pagi (7.00 pagi hingga 9.00 pagi), tengah hari (12.00 tengah hari hingga 2.00 petang) dan petang (5.00 petang hingga 7.00 petang) iaitu selama 10 minit setiap waktu pada hari bekerja dan tidak bekerja. Tujuan pemilihan tiga waktu pencerapan ini adalah untuk mendapatkan purata bagi keseluruhan hari dan membandingkan tahap bunyi bising trafik di lokasi kaj.....
Article Published 2014 4573 hits Available
2
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesepaduan dan perkaitan antara unsur estetika dengan kerohanian dalam seni kata lagu karya S. Amin Shahab. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks dengan pengumpulan data berdasarkan temu bual responden utama dan kajian kepustakaan. Sebanyak 35 buah seni kata lagu menjadi sumber data berdasarkan dua kriteria utama, iaitu lagu yang popular dan malar segar serta seni katanya menepati tema kerohanian. Kerangka konsep Estetika Bersepadu yang dikemukakan oleh Abdul Halim Ali diaplikasikan sebagai reka bentuk kajian, apabila ia mengaitkan kesepaduan stail (estetika bahasa) dan pemikiran dengan perutusan agama. Data yang dianalisis dibincang secara deskriptif, dengan berpandukan aspek gaya bahasa oleh Tarigan dan gaya kata oleh Ali Imron. Penyepaduan unsur estetika gaya bahasa dan gaya kata (pemilihan diksi) ini dihubungkan dengan pemikiran S. Amin Shahab dan perkaitannya dengan unsur kerohanian. Hasil kaji.....
Thesis Published 2017 2344 hits Available
3
Abstract
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengenalpasti tahap integriti, pengetahuan  pengurusan kewangan dan penghayatan agama guru besar; hubungan di antara  penghayatan  agama   dengan  integriti  guru  besar;  hubungan  di  antara pengetahuan pengurusan kewangan dengan  integriti guru besar; hubungan di antara pengetahuan  pengurusan kewangan dengan sikap terhadap  pengurusan kewangan; dan pengaruh pembolehubah bebas (penghayatan agama, pengetahuan pengurusan  kewangan atau sikap terhadap pengurusan kewangan) ke atas integriti guru besar. Sampel kajian  terdiri daripada responden seramai 227 orang guru besar yang telah dipilih secara rawak dari  sekolah rendah di negeri Perak. Set soal selidik yang mengandungi  IO item berkaitan demografi dan  57 item lagi berskala 5 likert telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Sebanyak empat  hipotesis nol telah dibentuk bagi kajian ini. Untuk tujuan pengujian hipotesis, kaedah statistik  K.....
Thesis Published 2012 699 hits Available
4
Abstract
Akal budi dalam konteks Melayu merupakan konsep yang dikenal pasti melalui pandangan kearifan cara bangsa Melayu berfikir dan berpekerti. Akal budi Melayu dapat dilihat dengan mengkaji karya kesusasteraan dan hasil seni bangsa yang mempunyai nilai kebijaksanaan. Pembangunan aspek akal budi juga merupakan unsur kemanusiaan yang penting bagi setiap insan mahupun bangsa, agama dan negaranya. Penulisan lirik lagu juga merupakan salah satu cabang kesusasteraan yang jarang diperkatakan kerana ia bersifat popular namun sebahagiannya masih mengandungi nilai estetika malah mempunyai bahasa sastera yang tinggi serta mampu mencabar pemikiran khalayak. Untuk membuktikan bahawa lirik lagu juga mampu mendewasakan pemikiran, ilmu ketamadunan, serta mempunyai nilai akal budi Melayu yang tinggi, kajian ini akan memberi tumpuan kepada karya-karya seorang seniman yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia iaitu M. Nasir. Sebanyak lapan buah lirik lagu hasil ciptaan sepenuhnya M. Nasir di dalam album .....
Article Published 2023 426 hits Available
5
Abstract
Seni kata lagu merupakan sebahagian daripada sastera popular yang dapat mempengaruhi masyarakat, terhasil daripada bakat kreativiti, daya intelektual dan pandangan hidup daripada seorang pengarang atau seniman. Penyelidikan ini bertitik tolak daripada kelompangan ketara terhadap kajian secara ilmiah dan mendalam mengenai seni kata lagu dalam industri muzik Malaysia. Sebanyak 60 buah seni kata lagu yang menjadi sumber data kajian ini, telah dihasilkan sepenuhnya oleh seniman M. Nasir daripada album solo beliau dan album kumpulan Kembara. Kesemua seni kata karya M. Nasir ini dianalisis dengan memfokuskan kepada unsur akal budi Melayu dan estetika kesenimanannya dengan menggabungkan pendekatan pemilihan kata dan juga aspek kepengaruhan serta kepengarangan. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks selain menggunakan kaedah kepustakaan, temu bual dan Perbincangan Kumpulan Fokus. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dan menghuraikan unsu.....
Thesis Published 2025 142 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.