AbstractAkal budi dalam konteks Melayu merupakan konsep yang dikenal pasti melalui pandangan kearifan cara bangsa Melayu berfikir dan berpekerti. Akal budi Melayu dapat dilihat dengan mengkaji karya kesusasteraan dan hasil seni bangsa yang mempunyai nilai kebijaksanaan. Pembangunan aspek akal budi juga merupakan unsur kemanusiaan yang penting bagi setiap insan mahupun bangsa, agama dan negaranya. Penulisan lirik lagu juga merupakan salah satu cabang kesusasteraan yang jarang diperkatakan kerana ia bersifat popular namun sebahagiannya masih mengandungi nilai estetika malah mempunyai bahasa sastera yang tinggi serta mampu mencabar pemikiran khalayak. Untuk membuktikan bahawa lirik lagu juga mampu mendewasakan pemikiran, ilmu ketamadunan, serta mempunyai nilai akal budi Melayu yang tinggi, kajian ini akan memberi tumpuan kepada karya-karya seorang seniman yang terkenal dan tidak asing lagi di Malaysia iaitu M. Nasir. Sebanyak lapan buah lirik lagu hasil ciptaan sepenuhnya M. Nasir di dalam album .....