AbstractKajian ini bertujuan membina model petunjuk kesejahteraan hidup bagi kawasan pinggiran Wilayah Metropolitan Lanjutan (WML) Lembah Klang-Langat. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah eksperimen. Alat kajian yang digunakan adalah dengan borang soal selidik. Pemilihan saiz pensampelan adalah seramai 400 orang responden secara rawak. Responden yang dipilih merupakan ketua isi rumah yang menetap di kawasan WML Lembah Klang-Langat. Dapatan kajian mendapati terdapat lapan petunjuk yang telah melalui kaedah analisis faktor iaitu perumahan, pengangkutan dan komunikasi, penyertaan sosial, keselamatan, kependudukan, persekitaran fizikal dan kesihatan, sosioekonomi dan guna tanah. Nilai Alpha Cronbach bagi kesemua petunjuk melebihi 0.8. Hasil analisis menunjukkan model Structural Equation Model (SEM) telah mencapai ketepatan padanan yang baik dengan mengikut nilai goodness of fit selepas melalui proses Analisis Faktor Penerokaan (EFA) dan Analisis Faktor Pengesahan (CFA). Dapat.....