UPSI Digital Repository (UDRep)

Search Results

3 record(s) found

Simplified search suggestions : Jamilah Mohd Basir
1
Abstract
Kajian  ini  bertujuan  untuk  untuk  mengenalpasti  pengetahuan  kesediaan  global kanak-kanak  yang berumur enam tahun di prasekolah berasaskan tujuh aspek  global iaitu(a) kemahiran   komunikasi   dan   kebolehan berbahasa   pelbagai   (b)   kemahiran   ICT   (c) kepelbagaian  budaya  (d)  kemahiran  berfikir  aras  tinggi  (e)  kemahiran  pemeliharaan  alam sekitar (f) kemahiran literasi kewangan dan (g) kemahiran asas keselamatan serta pertahanan diri. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan soaljawab bertulis berdasarkan  gambar  dengan  melihat  beberapa  aspek  yang  diperincikan  daripada  tujuh  aspek yang  dinyatakan.  Sampel  kajian  terdiri  daripada  lapan  puluh  empat  orang  kanak-kanak prasekolah dari lima buah prasekolah daerah Mualim, Perak. Data dianalisis dengan melihat perbezaan  min  dalam  pengetahuan  Kesediaan  Global.  Dapatan  menunjukkan  pengetahuan kanak-kanak yang p.....
Article Published 2019 1234 hits Available
2
Abstract
Kecergasan fizikal kanak-kanak boleh menjadi petunjuk tahap kesihatan mereka pada masa akan datang. Kajian ini bertujuan untuk membangun dan menilai kandungan modul penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak-kanak prasekolah Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan (PRP) yang terbahagi kepada tiga fasa. Fasa I ialah fasa analisis keperluan yang menggunakan kaedah tinjauan. Soal selidik diedarkan kepada 145 orang guru prasekolah. Fasa II ialah fasa reka bentuk dan pembangunan kandungan modul. Kaedah Fuzzy Delphi dan protokol temu bual digunakan terhadap 5 orang informan dan 17 orang pakar turut terlibat dalam fasa ini. Fasa III ialah fasa penilaian kebolehgunaan yang menggunakan kaedah reka bentuk kumpulan praujian dan pascaujian dengan melibatkan 43 orang kanak-kanak prasekolah. Setiap instrumen telah mendapat kesahan pakar. Dapatan analisis Fasa I menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) 23.00 menunju.....
Thesis Published 2021 3442 hits Available
3
Abstract
Kajian ini bertujuan mendapatkan kesepakatan pakar tentang komponen dan ujian bagi reka bentuk dan pembangunan kerangka penilaian kecergasan fizikal berasaskan kesihatan kanak kanak prasekolah Malaysia. Pembangunan kerangka penilaian ini menggunakan kaedah Fuzzy Delphi. Borang soal selidik diedarkan kepada sejumlah 17 orang sampel yang terlibat sebagai pakar bidang dalam proses reka bentuk dan pembangunan. Borang soal selidik komponen kecergasan mengandungi enam bahagian, iaitu: (1) maklumat demografi; (2) komponen komposisi badan; (3) komponen daya tahan kardiovaskular; (4) komponen daya tahan otot tangan; (5) komponen kekuatan otot kaki; dan (6) komponen fleksibiliti. Manakala, soal selidik ujian kecergasan pula mempunyai lapan bahagian, iaitu; (1) maklumat demografi; (2) indeks jisim badan; (3) ukuran peratus lemak badan; (4) larian ulang alik 20 meter; (5) larian 1200 meter; (6) genggaman tangan; (7) lompat jauh berdiri; dan (8) jangkauan melunjur. Analisis kaedah Fuzzy Delphi menu.....
Article Published 2021 1035 hits Available

Filter

Loading filters...

Specific Period

Loading periods...

Recently Accessed



Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.