AbstractKajian ini bertujuan untuk mengenai pasti tahap kemahiran guru dalam bidang Pendidikan Seni Visual dalam usaha untuk berfungsi secara berkesan. Kajian ini juga melihat perbezaan antara tahap kompetensi berdasarkan ciri-ciri latar belakang dan hubungan antara keperluan dan tahap kompetensi. Keutamaan kompetensi mengikut persepsi guru-guru pendidikan seni juga dilihat. Di samping itu, kajian juga melihat sikap murid-murid terhadap Pendidikan Seni Visual. Pengumpulan data dilakukan melalui soal selidik ke atas guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan murid-murid tahun enam di sekolah rendah di kawasan Batang Padang, Manjung, Kinta, Shah Alam dan Wilayah Persekutuan. Jumlah sekolah yang dilibatkan adalah 41 buah dengan sejumlah 67 orang guru dan 1088 murid tahun enam. Kompetensi yang dikaji meliputi empat kategori iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian, dan hubungan interpersonal. Kaedah deskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (ujian-t, ANOVA Sehala, da.....